Pengikut

Jumaat, 14 Disember 2012

ANDAINYA RASULULLAH S.A.W MASIH ADA...Ingin sekali mendengar gurauannya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma solli wasallim 'ala muhammad...

perkongsian bersama tentang SYAMAIL MUHAMMADIYYAH-(Peribadi Rasulullah s.a.w)

KISAH PERTAMA:

Anas Bin malik r.a berkata:suatu hari Zahir(seorang lelaki kampung Badwi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w pun membungkusnya ketika hendak pulang.Baginda berkata kepada sahabat-sahabat yang lain,:''Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita,dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya''.Rasulullah s.a.w sendiri sangat menyenangi Zahir walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Suatu ketika,Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan.Baginda terus mendakap Zahir dari belakang.Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata:''siapa ini?''lepaskan aku!''.Setelah itu Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w.Dengan itu Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih,Rasulullah s.a.w kemudian secara bergurau,Rasulullah s.a.w berkata:''Siapakah yang hendak membeli budak ini??''.

~Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)








KISAH KEDUA:

Hassan Al-Basri berkata:
''Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w sambil berkata:
''Wahai Rasulullah,doakanlah agar saya boleh masuk syurga''.Baginda pun menjawab:''Wahai Ummu!Syurga tudak dihuni oleh perempuan yang sudah tua''.Mendengar hal itu,perempuan itu segera beredar sambil menangis.

Maka Rasulullah s.a.w berkata kepada sahabat:''Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga di dalam keadaan tua.Allah s.w.t berfirman:

''Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh) yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya''.

(Surah Al-Waqi'ah;ayat 35-37)

~Riwayat At-Tirmidzi dan Al-Tabarani).






Selasa, 11 Disember 2012

KITA TIADA BEZA.....~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..jangan kita lupa ucapkan alhamdulillah kerana Allah s.w.t masih lagi memberikan nyawa sebagai pinjaman kepada kita..malam ni sahabat-sahabat seperjuangan ana akan bertolak ke Jordan untuk meneruskan jihad dalam menuntut ilmu di sana..Alhamdulillah..Allah berikan jalan yang mudah buat depa.Ana?Insyaallah..tak lama lagi ana aka menyusuri mereka.Amin23x..!:D.

Sekarang ni fenomena orang-orang terlebih muda nak bercouple dan teringin2 nak kahwin.wah2..ramai dah rakan-rakan yang sebaya dengan ana dah bernikah.untungnya!..~_~..tak apa.jodoh tu Allah yang tentukan.bukan mausia dan juga fenomena sekarang adalah saling kutuk mengutuk kejadian Allah s.w.t..kutuk apa tu?hmm..kutuk mengenai rupa,kelemahan dan membandingkan diri seseorang..pernah jugak kan kamu-kamu semua membandingkan diri kamu dengan kawan-kawan yang lain dari segi rupa dan harta?
meh nak bagi sikit kenapa Allah ciptakan manusia pelbagai rupa,bangsa,dan agama..:)..

firman Allah s.w.t:

''Setelah sempurna kejadian manusia,Kami bentukkan dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya''

(surah Al-Mukminun:ayat 14)

Dalam Al-quran pun Allah dah sebut yang Allah ciptakan manusia berlainan rupa ada sebabnya..contoh macam jari-jari di tangan kita.kalau jari-jari ni Allah jadikan sama bentuk,tak ada yang kecil,tak ada lekuk,agak-agak kita boleh makan tak??..boleh kita kaut nasi tak?.

Macam tu juga manusia.Setiap orang adalah unik dan setiap orang juga ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu.Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah S.A.W kerana baginda telah ditentukan maksum.Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah,buruk,hina,sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Wahai sahabat-sahabat ana tidak kira lelaki atau wanita,tak perlu rasa susah hati disebabkan gemuk,tidak menarik,rendah malah cacat.Biar macam mana keadaan kamu,kamu tetap unik dan tanpa kamu alam ini tidak sempurna.

Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya''

(surah At-Tin:ayat 5)




jangan kaitkan dengan politik.hanya gambar hiasan..huhu

Memang Allah s.w.t menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.Di situlah berkuasanya Allah.Dia berhak dan mampu membuat apa saja mengikut kehendakNya.

Sahabat-sahabat ana dan termasuk juga ana mesti rasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita.Nah!anggap ja ianya satu kelebihan.Jika kita rasa kita ni buruk,ia satu kelebihan yang tidak ada pada orang cantik.:).Adakah kecantikan itu sentiasa membawa untung?Tidak.tidak selalunya begitu.Kadang-kadang kecantikan itu memusnahkan.Setelah kita dikenali sebagai cantik,ketakutan kita terhadap keburukan lebih besar daripada jika kita semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk.Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.Saat menjadi tidak cantik pasti tiba,Bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.Samalah halnya,kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak kebaikan di atas muka bumi ini.

Tontonlah filem atau drama di TV.Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.Jika kita buruk setidak-tidaknya kita bebas rasa riak dan takbur(Segelintir saja..^_^..)

penghuni neraka kebanyakkannya adalah wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya.Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk tapi dia faham Allah s.w.t tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik,orang buruk,orang rendah,orang kurang upaya,semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan manusia selalunya tersasar.Hargailah diri kita sebab kewujudan kita Membuktikan kebesaran Allah s.w.t...^_^...





semua ni yang penting..:)..~


Kita Tiada Beza ok..~~..:)..



Ahad, 9 Disember 2012

pada dirinya ada Redho Allah untukku...~

Bismillahirrahmanirrahim.........

alhamdulillah...hari ni entry ana mengenai 'REDHO'' diriku ada padanya.entry kali ni ana macam bercerita sikit mengenai perjalanan serba sikit hidup ana ni.dalam hidup ana ni tak ada apa yang happening,best or sebagainya macam kawan-kawan ana yang lain diluar sana.hidup ana simple tapi masih dikelilingi ilmu agama Allah yang sempurna.

Ana bersyukur kerana dikurniakan kedua orang tua ana yang mendidik ana dengan baik(kadang kala rasa terkongkong juga).tapi semua itu untuk kebaikan ana dan adik-beradik ana.keluarga yang utama..:)..

inilah keluarga besar ana..:)..


Sungguh!bila kehidupan kita diberi,diberi dan diberi tanpa diuji,kita akan rasa seronok ja kehidupan ini..
Bila kita di timpa kesusahan sikit,terus merungut!mesti terdetik dalam hati,''Hidup ni tak adil''..tidak ada keadilan di dunia melainkan di akhirat...

Dah terlajak ana bermuqaddimah..huhu..sebenarnya ana nak kongsikan di sini mengenai emak ana.
kan redho Allah terletak pada kedua orang tua kita,kan?tapi ana terfikir2 dan fikir dan fikir,''aku dapat ke redho itu?''

Firman Allah S.W.T:
''Wahai orang-orang yang beriman!bersabarlah kamu(dalam menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan,dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).''

(Surah Al-Imran:200)


selepas keluarnya mak ana dari hospital,ana,adik kembar dan kakak ana telah membahagikan tugas-tugas untuk menjaga seorang ibu(kat sikit boleh tengokkan,seorang ibu boleh jaga 10 orang anak).tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang mak.nak jaga mak saja,dah kena tiga orang..

masa jaga mak,ada saja peristiwa yang akan terjadi.mak akan marah-marah,sekejap2 seakan2 nak menangis.pening juga nak faham~_~...

suatu hari,mak ana tak mahu makan ubat,puas ana pujuk,mak tak mau makan jugak,sampaikan ana tertinggi suara kat mak.sedangkan dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman:

''Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibu bapa,ibunya telah mengandungya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyapihnya dalam dua tahun<1>.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang ibu bapa kamu,hanya kepadaKu lah kembalimu..''

(Surah Luqman:14)

Ana cuba belajar menjadi seorang penyabar sebab ana ni seorang yang cepat naik darah-_-(burukkan sikap ni)tapi tu lah hakikatnya.kak teh ana pernah bagi nasihat pada ana:''Moga2 adik2 kak dapat bersabar dengan ujian yang mendatang.Yakinlah Allah pasti akan beri hadiah bernilai buat adik2 kak.di usia muda ni adik2 kak korbankan masa untuk bonda tercinta.Tak semua orang boleh buat dik.Satu ja kak pesan,jaga hati..sentiasa mohon agar dikurniakan sifat ikhlas.Ikhlas itu milik Allah.Banyakkan beristighfar.Moga Allah redho dengan segala apa yang kita lakukan.ingat,redho kita ada pada mak,kalau mak tak redho dengan kita,apatah lagi Allah.''


Allah...ana rasa macam tak mampu.ana rasa dah putus asa.sebab selama ni ana hanya tengok di tv,anak derhaka pada mak,anak yang sanggup jaga mak ayah ketika diorang tua.bila tengok anak-anak yang derhaka pada mak ayah,hati terdetik:''anak-anak yang tak kenang budi..jaga mak ayah bukannya susah.
Tapi bila benda ni jadi dan berlaku pada diri ana,Allah,Allah,Allah...terasa diri tumbang,lemah..''Ya Allah..berikan kekuatan pada hambaMu ini''..

Tengah hari tadi,ana teruskan rutin harian ana menyuapkan makan tengah hari pada mak.tiba-tiba lauk dari atas pinggan terjatuh.Mak suruh ana kutip,ana kata,''tak pa mak,habis chaq suap mak,chaq kutip''.mak ana terus menjerit marah..hati ana tiba-tiba saja panas,rasa macam nak marah.ana terus masamkan muka ana.ana  ingat mak ana tak perasan dengan riak muka ana.

Tengah ana bersiap untuk keluar beli barang,kak ana panggil.kak ana kata mak ana nak jumpa ana.ana dengan berat hati terus ke bilik mak.mak tengah baring.ana tanya mak ana,''nak apa mak?''..dengan suara perlahan mak ana kata:''mm...mmaak...mmaak...mak nn...nnak...min...minntak maaf k....kk..kt chaq...''mak terus menangis..ana sebak..Ya Allah..berdosakah aku?!.ana dah bagi mak ana mengalirkan air mata,padahal ana tak marahkan mak ana.ana terus kata,''tak dak apa-apa mak.chaq tak marah mak.mak jangan mintak maaf''..Ana terus kucup dahi mak.''chh..chhaq ma...mmarah mak?''mak bertanya,''ana sekadar menggelengkan kepala..sebak:'(...

Ya Allah...ajarkanlah aku erti sabar..Aku mahukan redhoMu..sesungguhnya redho ku ada pada dirinya...

IBUKU.......



Allah tidak zalim kepada Hamba2Nya...


mak dan ayah tersayang...



dalam satu kesusahan,Allah datangkan dua kemudahan..<3.~





p/s:-ana(saya)
  ~Ana itu dalam bahasa melayu maksudnya saya.itu perkataan arab..maaf kalau rasa macam ''skema ja ayat ana'' tapi itulah ana..serba sikit pengajaran dari kisah ana.jangan jadi anak yang tidak baik macam ana..:'(



Khamis, 6 Disember 2012

SAAT NUR HIDAYAH ALLAH MENYAPA DIRINYA.~~

Bismillahirrahmanirrahim....



Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
lahirnya dari keluarga yang cukup sederhana..
tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang kuat ajaran agamanya...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
sifat keras kepala,merungut dah sebati dalam dirinya..
dia bukanlah malaikat atau bidadari syurga...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
nasihat dari ibunda dan ayahnda tercinta didengar tanpa rela..
kadang-kala sentiasa menyakiti hati orang tua..

Dia hanyalah gadis yang biasa...
dihantar belajar ke sekolah agama,
agar dapat merubah akhlak menjadi seorang muslimah yang berguna,
itulah harapan kedua orang tuanya...

Dia hanyalah seorang gadis biasa..
masih tetap dengan pendiriannya...
tiada siapa yang dapat menyangkal apa dirinya kata..
itulah dirinya..

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa..
dulunya sentiasa menghafal al-quran tanpa rasa jemu di dada,
tetapi sekarang al-quran hilang sikit demi sikit,
yang dikejarnya hanyalah nikmat dunia...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
dulunya tidak pernah kenal erti cinta antara lelaki dan wanita,
tetapi bila dirinya terjebak ke kancah cinta,
makin dia seronok mengejar cinta manusia..

Kadangkala apabila ujian tidak menjengah,
Gadis biasa itu lupa untuk memohon,
Kadangkala apabila kehidupan tidak pernah diuji,
Gadis biasa itu lupa untuk Meminta...

Lantaran itu,hati gadis biasa itu terasa KOSONG..
Bukan kerana ujian terasa berat..
Tetapi jarak dan hubungan antara gadis biasa itu DenganNya yang tanpa sedar semakin JAUH...

Dalam senang,gadis biasa itu itu lupa untuk Meminta:
''Semoga Allah lancarkan segala urusanku''
Semoga Allah membantuku melalui hari-hari seterusnya..''

Gadis biasa itu lupa diri,Terasa diri mampu menjalani hari,
Tanpa perlu memohon padaNya..


TETAPI KINI...

Gadis biasa ini menyesali akan dirinya sendiri...

''Ya Allah..zalimnya diri ini..
Mungkin kerana itu,hati dia terasa kosong walau hidup terasa senang,
kerana sejujurnya,gadis biasa ini telah jauh dari Allah..

Ujian yang dia rasai akibat dari perbuatan masa silam,
merupakan TARBIYYAH buat diri gadis biasa ini..

Gadis biasa ini ingin mencari jalan pulang...
jalan yang dulunya dia kecapi semasa dia kecil..
jalan menuju redho Allah yang hakiki...

Gadis biasa ini cuba belajar membuang sikapnya yang degil..
cuba belajar mendengar nasihat orang tuanya dengan rela..
cuba mencari di mana kelemahan dirinya..

Gadis biasa ini ingin kembali menjadi seorang muslimah yang cintakan Al-quran..
Ingin merasai nikmatnya akhirat..
ingin menjadi perindu pada ayat-ayat cinta yang didambakan oleh orang-orang yang soleh..

walau gadis biasa ini tahu..
dirinya tidak dapat menjadi seorang muslimah yang solehah..
asalkan biarlah gadis biasa ini menjadi seorang wanita yang bertatih mencari redho Allah dan Rasulullah S.A.W...

Terima Kasih kepada Allah s.w.t yang selalu menegur dan menasihati diri gadis biasa itu...


DAN....

Dia hanyalah seorang Gadis biasa itu adalah diri aku.....~~.




Isnin, 3 Disember 2012

BILA SIFAT MALU TIDAK BERFUNGSI....~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..perkongsian Ilmu lagi..:)

Biasa kita mendengar lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga.Kalau kumbang suka kepada bunga,lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.Lalu wanita menjadi sasaran lelaki baik di sekolah,di jalan-jalan raya,di pasar raya,di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba..




Pasti akan ada yang tertanya-tanya,apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki?sedangkan ada ja wanita yang tidak cantik paras rupanya,badan tidak se ''slim'' Siti Nurhaliza,apa yang istimewanya di mata lelaki??

Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak kelainannya.Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud:

''Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,Lalu Allah S.W.T kurniakan ke atas mereka sifat malu.''
(Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita,apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki.Kalau dia buat baik,akan dikagumi,Apabila buat jahat diminati,apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan,apabila berpakaian seksi dilihat menggoda,dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.Oleh sebab itu Allah S.W.T mengurniakan kepada wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak,hendak dedahkan aurat dia takut orang menganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.





Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita.Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu?Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata,pedulikan kalau orang tengok,tak kira kalau orang menganggu dan mengusik,bahkan mereka berasa senang,seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari,Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

''Jika engkau tidak malu,buatlah sesuka hatimu''.

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat,malah neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.Barangkali wanita hari ini kebanyakkannnya tidak malu atau kurang malu.Sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.Atau mungkin sifat malu yang dikurniakan Allah s.w.t itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya.Kalau demikian,beerti tiada iman di dada mereka...

Jelasnya,mereka tidak takut kepada Allah s.w.t,tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cintakan Syurga Allah.Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.Ini tandanya mereka tiada iman.Apabila tidak beriman,maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang.Inilah realiti yang tidak dapat dinafikan,buktinya boleh dilihat di mana-mana.Melalui media cetak,media elektronik bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam,kemungkinan berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang,wanita sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.Tapi percayalah,kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya,tentulah mereka akan berpakaian sopan,berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

''Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat''

Wallahua'lam..:)..~



Ahad, 25 November 2012

BALANCE DAN KEHIDUPAN..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Umpamanya..:

1)Dari bujang--->Kahwin No.1--->no.2--->DLL.
2)Dari pakai Moto Kapcai--->Kancil--->Wira--->Honda--->dan seterusnya.....
3)Badminton--->Bowling--->Golf...
4)Rumah sewa--->Rumah murah--->Rumah teres--->rumah Banglo...
5)Technician--->Supervisor--->Engineer--->Manager...
6)Tv '14'--->'21'--->'29'--->Home Theather...
7)Sg.Danga--->Tanjung Leman--->Langkawi--->Hadnyai--->Bangkok...
8)Dalam semua segi kita mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour...
9)Mancing dekat parit/longkang--->Sungai--->Kolam(bayar punya)--->Laut dalam(sewa Bot mewah)...



Tetapi.....
Kita Juga Lupa....
Semakin banyak kita kecapi Kejayaan,semakin hampirlah saat kematian kita...
Ditakuti semakin berjaya,kita semakin lupa,semua yang kita dapat adalah 
Pemberian Tuhan ''On Loan''...

Setiap kali kita buat action Plan atau buat Revision,
berapa banyakkah kita masukkan item-item yang membawa kearah 
''Persediaan untuk mati''



Umpamanya:

1)Tak sembahyang--->pastikan sembahyang--->jadikan amalan...
2)Banyak maksiat--->kurangkan--->hapuskan...
3)Bangi--->Madinah--->Makkah...
4)Sedekah RM1.00--->RM10.00--->RM100.00...
5)Sembahyang di rumah--->Sembahyang Di Surau/Masjid...
6)5jam sehari menonton tv--->3jam tv&2jam majlis ilmu...
7)3 jam baca suratkhabar/majalah/internet--->2 jam majalah/surat khabar/internet &1 jam membaca Al-Quran/selawat & zikir....
8)Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT...


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah
PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada ke arah KEDUNIAAN SEMATA-MATA..
Perkara berkaitan AKHIRAT slowly diketepikan...

Jadi,sama-samalah kita membuat
BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET DAN BALANCE IMPROVEMENT.^_^..





ANTARA 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI...~~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...perkongsian ilmu lagi untuk hari ini 25/12/2012...
Selalu orang tua-tua kata ''siti'' ni nama samaran untuk tikus..hah?!kenapa jadi macam tu?'!sedangkan dalam islam kita tahu para-para srikandi islam kebanyakkannya nama bermula dengan ''siti''..
Disini ana kongsikan 9 ''siti'' yang patut di contohi oleh muslimah-muslimah diluar sana..Insyaallah...


1)SITI KHADIJAH.
-Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah s.a.w,setia dan  menyokong Rasulullah s.a.w walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik.Beliau menghantar makanan kepada baginda Rasulullah s.a.w ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2)SITI FATIMAH AZ-ZAHRA.
-Merupakan anak Rasulullah s.a.w yang tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dansetia kepada suaminya Ali  r.a walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan satu batal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali r.a.Rasulullah s.a.w pernah berkata:''Aku takkan maafkan kamu Fatimah sehinggalah Ali memaafkanmu.''


3)SITI AISYAH HUMAIRA'
 -Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang paling romantik.Sanggup berkongs bekas makanan dan
 minuman dengan Rasulullah s.a.w.Di mana Rasulullah s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan  bekas yang sama.


4)SITI HAJAR.
-Beliau ialah isteri nabi Ibrahim a.s yang patuh kepada suami dan suruhan Allah s.w.t.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s atas suruhan Allah s.w.t demi kebaikkan.Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s(Pengorbanan seorang ibu mithali).


5)SITI MARYAM.
-Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengadungkan Nabi Isa a.s.


6)SITI ASIAH.
-Isteri kepada Fir'aun,raja Mesir yang zalim yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada suaminya sendiri iaitu Fir'aun Laknatullah...


7)SITI AMINAH.
-Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w.Mendidik Baginda menjadi insan yang mulia.


8)SITI MUTI'AH.
-Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah s.w.t syurga untuknya kerana setianya kepada suami,menjaga makan minum,menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9)SITI ZUBAIDAH.
-Wanita kaya yang dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T...








Khamis, 15 November 2012

BAIK ATAU JAHAT JODOHKU ITU?INI JAWAPANNYA~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..hari ini 15/11/2012 Allah s.w.t masih lagi meminjamkan nyawanya buat ana hambaNya yang lemah lagi hina..Ana berkesempatan lagi untuk berkongsi ilmu mengenai......Apa ya?nak kata cintan-cintun,tak kot..tapi berkait-kait juga rasanya...

muslimin dan muslimah di luar pernah kan tertanya-tanya, ''siapa jodohku?tiada bayangan untuk ku tahu siapa jodohku kah?.bagi kaum muslimah mesti berkata,''Handsome ke tidak bakal jodohku itu?.Monolog si teruna pula,:''Cantik bak bidadari kah bakal pendampingku nanti?..Dan berkemungkinan serentak muslimin dan muslimah itu berkata,:''Kalau tidak seperti apa yang aku gambarkan bagaimana?!!

Cik Gadis dan Cik Teruna..janganlah risau akan jodohmu..Allah s.w.t  dah tetapkan yang terbaik buat kamu..Kamu tidak redho dengan ketetapan dari Allah S..W.T ka?Jika manusia tidak menyakini salah satu dari rukun iman,maka imannya adalah kosong!.Ingat-ingat..^_^




''Lelaki yang baik@soleh untuk perempuan yang baik@solehah,begitu juga sebaliknya dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,begitu juga sebaliknya..''

-pernah dengarkan janji Allah s.w.t kepada hambaNya??

pernah ada seorang adik junior ana bertanya pada ana:

''kak,kalau tu janji allah,kenapa dik tengok ada ja lelaki yang berakhlak jahat dapat muslimah solehah sebagai isterinya,begitu juga dengan seorang wanita yang kurang akhlak nya mendapat seorang lelaki yang soleh sebagai suaminya..macam kakak saya dan suaminya..kakak saya jahat,sembahyang pun ada yang tinggal sedangkan suami dia tu seorang yang baik dan alim lagi.adakah Allah sengaja nak bebankan hambaNya?adakah Allah memungkiri janjiNya??''

ana tersenyum mendengar soalan adik junior ana tu..lalu ana terangkan satu-persatu padanya..:

''dik..Allah tak pernah mungkir pada janjiNya apatah lagi membebankan hamba2Nya..tahu tak apa maksud di sebalik janji Allah itu?..bagi pandangan akak,maksud Allah katakan di situ ialah manusia boleh berubah..sejahat-jahat mana pun manusia itu,dia bakal berubah ke arah fitrah yang dijadikan untuknya,iaitu fitrah beragama.begitu juga orang yang baik2,tak mustahil baginya ingin berasa melakukan kejahatan..bila adik lihat muslimah yang solehah mendapat seorang suami yang tidaklah baik akhlaknya,begitu juga lelaki yang soleh mendapat isteri yang kurang baik akhlaknya,itu menunjukkan Allah sayang pada hamba2Nya..Allah tahu apa yang Dia aturkan..Allah buat begitu kerana apa?kerana Allah tahu si suami muslimah solehah dan si isteri lelaki yang soleh itu akan berubah menjadi baik akhlaknya..Allah aturkan begitu untuk perkara yang baik melengkapi atau menutupi yang aib..jadi sama kan dengan janji Allah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya?..jangan sesekali kita mengatakan ee...tak sesuai la dia tu dengan orang baik2.dah la diri tu jahat,seumpama kita mempersendakan aturan Allah s.w.t.siapa lagi yang mahu membimbing mereka yang kurang akhlak dan agama kalau bukan kita yang alim lagi berilmu.bila jodoh Allah tentukan yang baik mendapat yang baik,Allah mahukan yang bterbaik lagi dalam amal ibadat mereka..insyaallah......"

adik senior itu tersenyum lantas berkata:''Allah Maha Hebat..hanya daya dan kekuatanNya sahaja...baru adik faham..jadi tak salahkan kalau adik nak kahwin dengan
Fahrin Ahmad?boleh membimbingnya ke jalan yang benar.kan3??.''

Ana tersenyum sahaja..:''ada2 ja budak kecik ni..''

~Siapa kita untuk menghukum manusia sedangkan Allah itu lebih Maha KuasaNya..Allah3...Muhasabah diri kembali..~
 






LELAKI NERAKA..~~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..Dengan izin rahmat dariNya,ana berkesempatan lagi menulis setiap apa yang ana pelajari untuk dikongsikan bersama-sama sahabat ana yang mengenali ana atau tidak..:)..

Insyaallah,kali ini ana belajar mengenai LELAKI AHLI NERAKA..Aik!bukan wanita ke yang kebanyakkannya ahli neraka?.kenapa lelaki pula di katakan ahli neraka?hmm..Mula-mula ana tertanya-tanya juga lepas dengar ustazah ana bagi kenyataan seperti ini.Berdebar-debar hati nak tahu kenapa lelaki ahli neraka pula ye.Ana bertanyakan pada ustazah ana,:''Ustazah..kenapa dikatakan lelaki ahli neraka?apa buktinya dan dalilnya?bukankah wanita itu yang banyak dilihat oleh Nabi Muhammad S.A.W didalam neraka?''ustazah itu hanya tersenyum mendengar soalan ana yang bertubi-tubi itu sampaikan tak tahu nak jawab yang mana satu.he..

''Hanani..Betul kata kamu yang wanita lebih ramai menjadi penghuni neraka.''Ustazah ana mula berkata-kata.''Tetapi yang dikatakan lelaki ahli neraka di sebabkan oleh wanita juga.Bukan wanita saja yang Allah memberikan tanggungjawab yang besar tetapi orang lelaki lagi besar tanggungjawabnya.Lelaki yang menjadi ahli neraka terdiri daripada 4 golongan yang ditarik oleh wanita ke neraka.

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA IALAH:

~AYAH~
*Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengajar membaca al-quran dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

~SUAMI~
*Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas dengan lelaki di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak pernah bertangguh dan puasa tidak pernah tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

~ABANG-ABANGNYA~
*Apabila ayahnya sudah tiada,maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat kelak.

~ANAK LELAKI~
*Apabila seorang anak lelaki tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran,mengumpat,mengata dan sebagainya,maka anak itu akan disoal siasat dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka.







''Sekarang hanani dah faham maksud ustazah kenapa lelaki juga menjadi ahli neraka?''Tanya ustazah kepada ana.''Faham dah..''jawab ana.

''Oleh itu,kalau kamu tidak mahu 4 golongan lelaki yang di atas menjadi salah seorang ahli neraka,jadilah seorang muslimah yang baik,yang menjaga tatatertib seorang muslimah islam.Bila kita sempurna mengikut syariat,insyaallah Allah tidak akan mempersiakan hamba-hambaNya.''Pesan ustazah ana mengakhiri kelas pada hari ini...


Pengajaran:
~para lelaki jangan berdiam diri jika seorang wanita melakukan kemungkaran.Tidak kira la wanita itu adik beradik,isteri,hatta ibu kita sendiri sekalipun.Tanggungjawab seorang lelaki,suami,ayah,abang,dan anak lelaki itu sangat penting.bukan berjihad di jalan Allah saja kena semangat,nak mendidik pun perlukan jihad yang kuat..

Dan para muslimah juga jangan degil apabila antum berada dalam zon didikan..patuhi pada kewajipan islam yang sebenar.Jihad melawan anfsu itu lebih besar ganjarannya daripada berjihad perang..

INGAT2..^_^





Rabu, 14 November 2012

MUSLIMAH!CIPTAANMU ADALAH UNIK.~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Illahi dengan limpah rahmat serta kasih sayangNya ana dapat menulis lagi di kanvas usang ana ini.Ana menulis artikel ini dengan rasa kasih dihati kerana ana lihat,sudah hilang mawar berduri islam yang masih ada sengat durinya..Semuanya telah menjadi bunga yang layu dek di tindas dunia fana ini.Renungkanlah isi yang ana akan tulis atau sampaikan ini.Hayati maknanya,aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya.Jadikanlah pesanan ana ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah.Insyaallah..


''Muslimahku..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu UNIK.Tercipta dari tulang rusuk kiri Adam yang bengkok.Menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu boleh menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Namun,tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang.Tapi awas!Duri yang melingkari boleh membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


''Muslimahku...
Ana suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid.Bentengilah dirimu dengan PERASAAN MALU yang pertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah S.W.T.
Hiasilah wajahmu dengan TITISAN WUDHUK.Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah IA TIDAK MELIHAT KEPADA LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.
SESUATU YANG TERTUTUP ITU LEBIH BERHARGA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SESUATU YANG TERDEDAH.Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan di dalam satu bekas yang tertutup.Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita Solehah yang taat dan patuh pada perintah Allah .S.W.T dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama adam.Namun,ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu,lebih-lebih lagi dengan ''title'' gadis yang kau miliki.Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.



Namun ingatlah muslimahku yang ku sayangi....
SESIAPA YANG INGINKAN KEBAIKAN MAKA ALLAH S.W.T AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN-JALAN KE ARAH ITU.Yang penting muslimahku..Engkau mesti mempunyai azam,usaha dan istiqomah..

Muslimahku..
Akuilah hakikat DIRIMU MENJADI FITNAH KEPADA KEBANYAKAN LELAKI.Seandainya pakaian malumu kau tinggalkan dari tubuhmu,maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ada mengatakan tentang bahaya dirimu:

''Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita.''

Oleh itu muslimahku...
SETIAP LANGKAH DAN TINDAKANMU HENDAKLAH BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum adam.Kau harapa ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang boleh menggoncangkan dunia dan sentuhan lembut tanganmu.

Muslimahku..
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insani,namun ramai diantara kamu yang tewas kerana CINTA..
BERCINTA ITU TIDAK SALAH TETAPI MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH.Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.Benarlah sabda Rasulullah S.A.W:

''Sesungguhnya cinta itu buta''

CINTA ITU MAMPU MEMBUTAKAN MATA DAN HATIMU DALAM MEMBEZAKAN PERKARA YANG HAK DAN YANG BATIL APABILA KAU MELETAKKAN CINTA ITU ATAS DASAR NAFSU DAN TIDAK KERANA ALLAH S.W.T.

Sebelum engkau mendekati cinta,CINTAILAH DIRIMU TERLEBIH DAHULU.Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik,yang berasal dari setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T.Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu.

Muslimahku...
MENCINTAI ALLAH S.W.T DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YANG HAKIKI DAN ABADI.Kerana hati yang pecah dan retak,apabila diberika kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai.Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah S.W.T sudah pastinya ia akan bertaut kembali.Dalam usiamu sibukkanlah dirimu denga ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya,terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama:

''Tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahgiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri.''

~ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA..''

Wallahua'lam..~~