Pengikut

Sabtu, 11 Mei 2013

Kadang-kadang Kejayaan Kita Adalah Sebahagian Ujian Buat Diri Kita...~(selingan sempena majlis hari guru dan ihtifal sekolah)

Bismillahirrahmanirrahim....




Alhamdulillah,ana dapat lagi bersama para reader ana(tak tau la ada ke tak para reader ni..-_-) dalam kanvas yang ringkas,comot-comot dan macam-macam contengan lagi..:')..

Alhamdulillah,syukur pada Allah,sebab apa??..sebab DIA masih lagi meminjamkan nyawa buat Hamba2Nya..jangan duk sombong..:)..hari ni masih ada kesempatan untuk berkongsi cita,rasa,kenangan dan sebagainya bersama para pengunjung blog ana yang tak seberapa ni.

Alhamdulillah,sempena ana dan sahabat-sahabat berjaya dalam imtihan STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia),pihak sekolah ana telah menganjurkan ihtifal Sekolah bersempena Majilis Kecemerlangan Para pelajar.bukan tahun ni saja,tapi tiap-tiap tahun ada ihtifal sekolah ni,tapi tahun ni rasa lain sikit..kenapa?tak dapat nak gambarkan.macam-macam rasa yang ada,sedih,gembira,takut,semua bercampur..sedih sebab ana bukan lagi warga teratak ilmu faqiah daimiah dan terasa asing sikit sebab tak dapat bersama-sama duduk satu halaqah dengan cikgu-cikgu dan adik-adik asrama..(buang jauh2 perasaan tu,Faqiah tetap di hati sampai bila-bila,warga faqiah adalah keluarga ana)..

gembira sebab dapat berkumpul dengan sahabat-sahabat lama,walaupun ramai yang tidak hadir..yela,masing-masing sibuk dengan aktiviti-aktiviti sepanjang jadi penganggur di rumah kan..hehe..
perasaan takut pula sebab terfikir sesuatu.di dunia kita banyak mendapat penganugerahan.tak kira la anugerah apapun sama ada jawatan ketua kelas,ketua pelajar,ketua asrama,bendahari,setiausaha,pelajar contoh,pelajar kesayangan guru,pelajar cemerlang dan seangkatan dengannya lagi,terdetik dihati,nak dapat anugerah macam ni susah,adakah di akhirat kelak aku juga boleh mendapat penganugerahan dari Allah??..sedangkan usaha untuk mendapat kemuliaan di sisi Allah tu sangat,sangat la sikit.nak dibangdingkan dengan usaha kita di dunia bila nak sesuatu jawatan tu,memang jauh berbeza...:'(..

Allah3...

betapa kerdilnya kita ni,anugerah di dunia kita kejar-kejarkan,hadiah di akhirat,kita lengah-lengahkan..teringat pada satu perkongsian di fb:

''''Sesungguhnya,apabila badan kita sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan.istirehat dan tidur juga tidak nyaman..

demikian pula HATI apabila telah dibelenggu dengan CINTA DUNIA,maka nasihat susah untuk Memasukinya...~''



pesanan dari ana,bila kita mendapat apa-apa saja nikmat di dunia ini,sentiasalah bersyukur dan bermuhasabah diri.mungkin hari ini kita seronok dengan kejayaan yang kita miliki,belum tentu lagi ia kekal sehingga akhir hayat..nikmat kejayaan juga sebuah ujian untuk melihat sejauh mana kita bersyukur,timbul riak atau tak,semuanya ada hikmah...:)..

buat adik-adik yang disayangi,
teruskan perjuangan di medan ilmu,bukan medan percintaan,jangan campur adukkan kedua-dua benda ni,takut-takut menyesal di kemudian hari..nasihat guru ibarat mutiara kata dari ibu bapa kita.biar terasa pahit nasihat itu untuk ditelan,tapi terimalah ia sebagai satu manisan yang akan memberikan senyuman buat kita..:)..

sekadar perkongsian..:



Bertemu berpisah,kerana Allah..alhamdulillah berkumpul kembali,tapi sedih,tak semua yang ada,nadirah,syafiqah,muslihah,kak zakiroh,anisah,izzati,syifa tak ada...:'(


pertemuan yang dinanti,kegembiraan tidak dapat
 dinyatakan dengan kata-kata..indah ukhwah itu.:')
budak  kecik ni lagi.he..:)

adik-adik nurul haq mengadakan persembahan,
terbaik la dik kak,alhamdulillah dah makin meningkat prestasi.
rindu nak bersama mereka di atas satu perjuangan.:')

alhamdulillah..nikmat serta ujian dari Allah..~.bersyukur padaNya.~.
ingat2,kadang2 kejayaan kita adalah ujian buat kita.~


tidak ada harta yang kekal melainkan amal ibadat untuk bekalan di akhirat kelak..~

Sahabat-sahabat juga adalah nikmat pinjaman dari yang Maha Penyayang.
hargailah segala nikmat yang diberikan.:)


Sahabat-sahabat juga adalah nikmat pinjaman dari yang Maha Penyayang.
hargailah segala nikmat yang diberikan.:)


Allah mempertemukan kita dengan guru-guru ini untuk kita menyayangi sesama saudara semuslim,
untuk mendidik kita menjadi generasi Ad-Din,
tanpa mereka,siapa lagi untuk mengingatkan kita di saat kita terleka,
Allah memilih diri kita untuk bersama mereka ini.Alhamdulillah..
sayang guru-guru ana..:')..~


p/s:Kadang-kadang Kejayaan Kita Adalah Sebahagian Ujian Buat Diri Kita..Wallahua'lam..~

Selasa, 7 Mei 2013

perkongsian dari sahabat maya-BENCIKU PADA TOK GURU..~


بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH..selepas berhari-hari tidak mengupdate kanvas sepi ini,kini,bermulanya jari jemari menaip berkongsi rasa bersama sahabat maya..

Alhamdulillah,musim pilihanraya telah berakhir,tapi masih hangat dengan isu-isu yang timbul..Allah3..fitnah dunia kah sekarang?.Allah3..mintak dijauhkan..

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. 23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia..

sedikit perkongsian dari seorang sahabat dilaman maya,moga diambil iktibar..


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian.

Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.

Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.

Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.

Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.

Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.

Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.

Subhanallah.

Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.

Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.

Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:

"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"

Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.

Allahurabbi.

Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.

Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.

Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.

Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.

Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.

Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.

Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.

Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.

Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.

Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.

Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.

"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"

Inilah jawapan mereka:"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"

Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.

Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.

Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.

Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.

Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.

Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.

Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah kulalui di sana pasti akan kulalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.

Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.

Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.

Al Bakarah Ayat 208:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"

-Moga Allah s.w.t merahmati segala perjuangan Tok Guru Nik Abdul Aziz..ana sokong para-para ulama''.tidak bercampur dengan politik,ana bukan ahli pas,bukan ahli PKR,bukan ahli Bn/Umno.ana ialah umat Nabi Muhammad S.A.W..harap maklum..~-~