Pengikut

Ahad, 11 November 2012

PENGENALAN USRAH..~~

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah..mood untuk menaip hari ni agak ceria sikit dan dengan izin Dari Allah s.w.t dengan turunnya hujan asbab memberikan rezeki kepada semua Hamba-hambaNya ana rasa tenang sekali walaupun tak duk di luar rumah untuk tengok setiap titik hujan..

ana tertarik untuk menulis mengenai usrah..mesti ramai yang dah tahu dan mengikuti usrah ni..tapi ana tetap nak tulis juga permulaan mngenai usrah.kerana apa?kerana ramai yang tahu usrah tapi tidak faham apa sebenarnya yang nak di sampaikan dan yang diperlukan dalam sesuatu usrah itu sendiri...

seperti yang sahabat-sahabat ana tahu,usrah ni datangnya daripada bahasa arab yang membawa maksud keluarga....bila keluarga,dalam keluarga tu mesti kena ada apa?..siapa yang perlu di pimpin?apa yang hendak di pimpinkan?macam mana nak membentuk sesuatu keluarga,masyarakat atau kumpulan tu menjadi harmoni,aman dan sihat?!..^_^..ni muqaddimah dahulu..maaf kalau panjang lebar sangat..:)







Diatas tu hanya gambar hiasan^_^...Berbalik kepada pengenalan usrah.bila kita membina sebuah keluarga atau kumpulan atau apa2 NGO saja,pasti kena mempunyai tujuan..usrah juga macam tu..

Tujuan USRAH ialah:
-untuk memperkuatkan silaturrahim sesama ahli usrah ataupun dengan orang lain.Kita semua adalah bersaudara bukan melalui darah tetapi melalui aqidah juga.Antara hubungan darah dan aqidah,hubungan aqidah yang paling kuat...

Usrah mempunyai rukunnya sendiri..Ianya terbahagi kepada 3 Rukun,iaitu
1)ta'aruf(Berkenalan)
2)Tafahum(Bersefahaman)
3)Takaful(Berseimbangan)

Ana bagi contoh melalui persahabatan atau perkahwinan yang berkait dengan 3 rukun usrah ini.rukun yang pertama ialah:

-TA'ARUF:
   -bila kita temui seseorang,pasti kita ingin mengenali siapa dirinya yang menarik minat kita.Samada kita nak jadikan dirinya sahabat kita atau pasangan kita(bukan bercouple..^_^.).permulaan yang perlu kita lakukan adalah berta'aruf yang membawa maksud berkenalan.dalam proses berkenalan ini,ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan,berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama.Semasa sesi berta'aruf itu perlu mengikut syariat islam...Elakkanlah pada perkara-perkara yang boleh mengeruhkan ukhwah sesama kita semasa berada dalam usrah.

Firman Allah s.w.t:
''Orang-orang mukmin itu bersaudara.''
(Al-Hujurat:26-10)

Firman Allah s.w.t:
''Berpeganglah dengan tali Allah s.w.t semuanya dan janganlah kamu berpecah belah''
 (Ali-Imran:3:103)

Sabda Rasulullah s.a.w:
''Orang-orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain''

''Orang Muslim adalah bersaudara bagi Muslim yang lain.Ia tidak menzaliminya dan tidak juga membeiarkannya.''


Di sini dapat kita lihat Firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w bahawa perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka dalam perasaan belas kasihan mereka,dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu..







Ok,sekarang sahabat-sahabat ana dah mengetahui apa itu ta'aruf atau berkenalan kan..panjang lebar ana cerita tadi.mudah-mudahan dapat dipraktikkan didalam usrah masing-masing.Sekarang rukun usrah yang kedua,iaitu:

-TAFAHUM:
  -rukun yang kedua ini wajib perlu ada dalam diri seseorang.kenapa wajib?kerana kita inginkan sebuah persahabatan atau perkahwinan yang kekal dan berkasih sayang,sudah tentu persefahaman perlu ada dalam sesebuah perhubungan.Begitu juga didalam usrah ini..Setiap ahli usrah perlu bersefahaman dengan ahli-ahli kumpulannya dan juga dengan naqibah..Dalam rukun ini,anak-anak usrah boleh menasihati atau memberikan pandangan yang memberikan manfaat terhadap ahli usrah yang lain kepada naqibah..

Pada masa yang sama,selain bersefahaman antara ahli-ahli usrah dan naqibah,rukun kedua ini juga mengajak saling nasihat-menasihati apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat sesama ahli usrah.Ketika rakan-rakan yang lain memberikan nasihat,ahli-ahli usrah yang lain perlu bersifat terbuka menerima segala yang di nasihati oleh ahli usrah yang lain.Yang pemberi Nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.

Ini penting yang ana nak bagitahu pada ahli-ahli usrah.Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib dan kalau sahabt itu tidak berdaya menanggung kesilapannya,biarlah diri sahabat itu sendiri yang menceritakan kepada naqib@naqibah sendiri.

Ana menitikberatkan akan satu hal ini.Jika ada sahabat-sahabat kita yang melakukan kesilapan,janganlah kita tawar hati untuk menegurnya,memberi nasihat dan dorongan kepadanya untuk berubah ke arah kebaikan.Allah sayang kepada hambaNya yang sentiasa menuju kearah kebaikan..

Rasulullah s.a.w bersabda:
''Agama itu nasihat.''

Oleh itu,perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini.Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi RahmatNya kepada kita.




Rukun yang terakhir ialah:

-TAKAFUL:
   -Takaful ni bukan bermaksud takaful insurans tu ya..tu yang lain..ini adalah kalimah arab..^_^.Maksud takaful ialah memelihara nasid sesama ahli-ahli usrah agar tiada sahabat-sahabat yang terbiar atau terlalai.Rukun ni amatlah penting dalam sesuatu usrah..ahli-ahli usrah perlu faham dan amalkan dalam setiap ahli-ahli usrah.Takaful ini merupakan tunjang iman dan inti sari ukhwah yang sejati.Takaful juga boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar,ziarah-menziarahi,berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
''Kalau seseorang daripada kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ianya beriktikaf sebulan di dalam masjid''









Alhamdulillah..akhirnya ana berjaya juga menulis mengenai usrah..insyaallah sama-sama kita amalkan dalam usrah kita..faham,beramal dan beriman.~~..

Firman Allah S.W.T:
''Dan cukuplah Allah s.w.t menjadi penghitung(akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya)''

(Al-Ahzab:27:39)

 

1 ulasan:

  1. Usrah merupakan salah satu tulang belakang dakwah. Hatta Imam As-Syahid Hasan Al-Banna juga memantapkan iman antara ahli ikhwan melalui usrah. Melalui usrah juga boleh melatih, perbaiki dan mehasabah diri kita.
    Syukran kerana berkongsi ilmu. Semoga enti terus berkarya. :)

    BalasPadam