Pengikut

Khamis, 21 Februari 2013

Cinta Nescafe + Milo = Neslo.!.:).

Bismillahirrahmanirrahim...~







Syukur, Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kita masih dapat berkongsi pendapat, semampu yang dapat. Salam junjungan buat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. kepada mana-mana mata yang sudi membaca, harap sudi mencerna apa yang cuba disampaikan. Senyum.

Ramai yang bercinta akan memekakkan telinga, membutakan mata, berlari dan berlari dari topik yang menjadikan remaja tersepit. Mengangkat mug dan minum NesLo, sedapnya, Alhamdulillah..eh? ok, meneruskan perkongsian, Cinta itu dianggap indah. yes, ana mengakuinya bahkan ana turut selalu merasainya.(Cinta monyet,hihihi^_^.)

Namun, siapa memberi rasa itu? ar-Rahman, ya memang Allah yang menciptakan perasaan unik itu ke dalam sebuah emosi manusia, lantas mengalirkan rasa bahagia untuk melalui detik itu. Namun, bila ustaz/zah mula bercakap, sedaya yang boleh menerangkan hubungan yang halal, semua akan lari dan berterusan membeci! (fuh.. nampak kejam). untuk meneruskan lagi, ada lebih baiknya ana menyoal. Manalah tahu, kita ada rasa yang sama. Senyum.
hebatkah cinta?
“Ustaz / ustazah ni..tak penah bercinta ke?”
"Feeling tu, kite-kite je tau ustaz / ustazah"
“Kredit dan topup sanggupku kongsi..”

"Inilah dinamakan anugerah ustaz / ustazah.."  Ya! itulah jawapan yang saya cari.
"dan ustaz / ustazah, tiada siapa mampu pisahkan kami"
eh?

walau dengan ombak dan petir?
lautan dan badai?
gelora dan kocakan?
"Iya ustaz / ustazah!"

Senyum,minum seteguk air tadi. Eh. ok, kita pun dah sama-sama setuju perasaan itu anugerah dari yang Esa, well done, kita mengakuinya. syukur Alhamdulillah. tapi macam mana caranya kita mendapatkan cinta itu? carilah mana-mana ulama, pasti tidak didapati mana-mana ulama yang memuji pasangan  untuk bercinta [bercouple]. tidaklah salah perasan cinta itu. namun budaya couple itu telah lama menjadi barah kepada kita. nampak tak? masih samar-samar? kalau hendak dibuktikan mesti panjang warkah kita ini, tentu banyak temujanji kita untuk terus berkongsi pendapat. Tapi rasanya, kita semua maklum apa yang barah dan kroniknya tentang budaya couple ini. oleh itu, apa kata nikah?

"Ini yang aku malas ni, asal bab agama..je, nikah!aku muda lagi la wei"
jadi kenapa bercinta?

"kami ni dah sepakat. Dari lubuk hati kami, kami suka sama suka, bukan suka, cinta! usta/zahzah"
sampai bila?
'ustaz/zah, kita orang dah janji akan jaga hubungan ni. biar masa membuktikan"

memetik kata 'biar masa membuktikan' dan beberapa lagi alasan yang saya tidak mampu coretkan di sini. hipotesisnya, semakin kita memberi hujah larangan bercouple, semakin panjang dan kukuh alasan diberi. kalau ini betul, kajian tepat, kecewanya saya (oh mungkin anda juga) kalau hipotesis ini salah atau kurang sahihnya. Alhamdulillah.. anda mampu mengubahnya. Mengurut dada.

Saudara, saudari budiman, Allah memang sayangkan hambanya, kalau tidak dicampakkan rasa cinta,suka dan seumpanya ini, pasti kejahatan menakluki dunia. Allah menjadikan manusia di tengah-tengah. maksudnya, Malaikat semuanya baik, lawannya pula semuanya teruk dan musuh kita, Syaitan. "so?kaitannya apa?" kaitannya banyak! syaitan itu berusaha memasukkan kita ke lembah kemudharatan.

"Cinta tak mudaratlah..."

kesannya tetap ada.
Belum masuk cemburu, iri hati, panas baran, queen control, derhaka..bla..bla..
kesannya nusyuz, dayus suatu jangka yang panjang!

"Ustaz / ustazah, takkan sampai begitu sekali? saya sayang dia, tak mampu rasanya saya berpisah"
Lihatlah. "Apanya? ustaz / ustazah?"

Kita sebenarnya sedang lalai meletakkan hamba Allah nombor satu dalam hati kita. Allah suruh kita duduk di bumiNya saja-saja? disini kita berdagang. Amalan itu barangnya. Solatlah masternya. [lihat Surah As-saff: 10-11]. senyum.

minum seteguk.

Atau nak ustaz/zah bagi ayat dalam Surah Az-Zariyaat?

Bukan ustaz / ustazah atau ulama yang bijaksana menetapkan pakej nikah dan voucher hubungan halal sepanjang hayat dan tempoh sahnya tali nikah itu. Allah yang beri, Allah yang tetapkan. Betapa cantiknya aturan. Wali, pengantin...tak ingin ke?
 
"alah, ini tak adil. Aku tak sanggup clash!"

Siapalah kita tahu mengenai cinta dan takdirnya? sedangkan kita mengharapkan cinta dari yang Memberi cinta? siapa kita nak tuduh adil tak adil. Walhal ada hikmahnya?

Kalau tak clash, apa kata, hubungan, kepercayaan itu, anda sambungkan kepada nikah, banyak caranya. kalau tak tahu, tanya. Kadangkala, anda tahu, dan anda sepertinya tidak tahu, itu menolak hidayah.perlu dibimbing. Anda tidak tahu dan tahu anda tak tahu anda mempunyai dua pilihan, untuk tahu, atau tidak tahu selamanya. Minum seteguk NesLo lagi.

Tidak sedikit pula kes-kes kecurangan di belakang pasangan. Eh, jangan nafikan. Kenapa terjadi ya? Sebab tiada ikatan yang sah. Tiada jaminan sebagaimana yang Allah dah jamin. Kalau semua terjamin dan terjaga, amannya dunia.

Er, ustaz / ustazah,yang dah kawin  atau yang dah nikah tu pun boleh cerai apa? Saya saja tekankankan perkataan nikah tu, supaya ustaz/zah sedar yang adanya cerai selepas nikah” Senyuman sinis.

Ya, perspektif membuat kita  terbeza cara letaknya pandangan . Kenapa boleh wujud sedemikian? Saudara saudari.. bagaimana kita hendakkan hubungan yang kekal, perasaan menyatu kalau hati kita tidak terurus? Cemburu tak tentu pasal dan pelbagai lagi simptom yang negatif yang wujud? Kita sudah sepakat cinta dari yang Esa, namun kalau asyik bercinta hingga lupa cinta yang satu, bagaimana tidak ditarik perasaan itu? Bagaimana hendak dijaga rumah tangga sedangkan yang asas masih goyah? Oh. Luasnya pintu taubat untuk yang lupa-manusia.

Remaja, ramai manusia yang rintihkan kesusahan, untuk kesenangan, tidak sedikit pula yang angkuh. Perasaan cinta manusia hanya setitik, sudah mendabik dada, sombong dengan cinta Allah. Entah berapa tembok kamu pasang. Oh lemahnya kita. Saya tahu, anda terpilih membaca ruangan,warkah tidak seberapa ini adalah dari golongan yang baik. Jadi jangan memandang enteng perihal couple.sungguh ustaz dah cakap, ustazah dah bilang. Ayuh kita terus berbincang di laman pena yang lain. Masih banyak yang kau perlu fikirkan!

Cinta bukan untuk dirintih ustaz / ustazah

NesLo dah habis.

Kalau benar kita berjodoh, Kopi dan MILO pun tetap akan jadi NesLo’- hiperbola ana.:').



gambar hiasan.~

wAllahua'lam.
 

Selasa, 19 Februari 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu..~

Bismillahirrahmanirrahim...~
 



Alhamdulillah..Syukur pada Illahi..dapat lagi ana bernafas untuk hari ini.

sekarang ni dah masuk pertengahan bulan 2..Allah Allah Allah!cepatnya masa berlalu.hari berganti hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun,telah berlalu zaman persekolahan ana..Insyaallah..ana bakal menempuh zaman remaja di Universiti pulak..Allah..mesti banyak dugaannya kan?..

Insyaallah,ana kongsikan sedikit ilmu ilmiah dari Prof.Muhaya untuk dijadikan sebagai motivasi buat diri ana dan sahabat-sahabat ana..:)..Insyaallah..

Bila dah tak sekolah ni,mula la ana teringatkan kembali suasana di sekolah.keaktifan ana di sekolah,pertolongan dan macam-macam lagi.Dalam masa yang sama,ana rasa takut nak sambung ke pengajian yang lebih tinggi lagi..tiba-tiba takut nak bermujahadah..Allah..Kuatkan hati ini..~

Meh kita lihat,Perangkap yang membelenggu diri ini..~



1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.


gambar hiasan.~



2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.




gambar hiasan.~


3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.







gambar hiasan.~


4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.




gambar hiasan.~



5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.




gambar hiasan~

 6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.




gambar hiasan.~(padahal lebih suka study group.).:)


7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.




gambar hiasan~

by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
Wallahua'lam..~..:')..~




  I SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

Sabtu, 16 Februari 2013

Jangan Jadi FITNAH Pada Parti Kalian.~

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah,syukur dipanjatkan buat Pencipta ku..kerana adaNya,ana masih berada di alam ini..Allahuakbar..Muhasabah diri kita ya sahabat-sahabat..selama kita hidup ini tak kira 3tahun,10tahun,25tahun hatta 100tahun sekalipun,adakah bekalan amal kita cukup untuk menampung kita di Sana(hari pembalasan) kelak??..Muhasabah diri kita kembali..Kita insan,sentiasa bersifat baharu..Maka,jangan berputus asa untuk bertaubat.~..

Entri kali ini ana copy paste dari seorang sahabat fb ana..(lihat di bawah linknya)..
http://www.facebook.com/haslinda.alias.9?fref=ts

ana rasa,mungkin dia kakak kepada ana..^_^..ana minta izin darinya untuk kongsikan pengalamannya di laman blog ana agar sahabat-sahabat dan para reader ana mengambil pengajaran dan sekaligus kita sama-sama belajar untuk diri kita..In Shaallah..:)..

Ana tertarik untuk membaca notanya di fb.selama ini ana mencari,merenung,mengenang(semua bercampur aduk,huhuh) adakah ana salah dalam menilai..alhamdulillah..ana dapat jawapannya..Allah bantu ana..ana pegang kata-kata ayah ana bila ana soalkan hal ini.ayah ana kata,kita manusia,ada kesilapannya.Allah tidak menyuruh kita menghukum,tapi Allah berikan peluang untuk kita perbetulkan balik.ambil yang baik,yang jahat,kita cegah..:)..~

Dah terlebih membebel pulak,ok lah..ini perkongsiannya..moga2 tiada lagi sengketa dan berpuak-puak antara kita..:)

Haslinda Alias Write:






Saya ada hampir 3000 friends di dalam Facebook. Prinsip saya, saya approve semua orang yang menerima saya. Jadi, sekarang ada sekitar 2900 perangai dalam Facebook saya. Menarik untuk saya buat kajian, menarik untuk saya menambah pengalaman.

Kadangkala, mengikuti perbincangan-perbincangan mereka secara senyap, menambah ilmu saya. Kadangkala mengikuti perbalahan-perbalahan mereka secara senyap, menambah rasional saya.

Namun, baru-baru ini saya agak kecewa.

Ada dua puak bersengketa. Puak-puak ini mewakili parti-parti mereka. Satu puak mencarut-carut hingga keluar perkataan Babi dan 1001 kalimah mencarut lain yang tidak enak didengar, dan terkeluar pula dari adab Islam. Satu puak lagi pula mengutuk dan mencaci maki agama, sehingga sampai satu tahap, saya membaca mereka mengejek kalimah takbir menjadi take beer. Saya terus mengekori mereka ini, mengkaji latar belakang mereka dan tidak sangka mereka ada blog masing-masing pula. Dan blog mereka, masyaAllah, ada gambar tidak bermoral, dan ada pula sehingga tahap lucah yang dibuat dengan adobe photoshop untuk pemimpin-pemimpin parti lawan. Tulisan di dalamnya, usah diceritakan bagaimana peritnya saya meniti tiap kalimah yang ditulis untuk menghentam parti lawan.

Wahai ummah, apa kamu telah lakukan ini?


Apa yang telah kamu lakukan?

Kamu membawa fitnah kepada parti kamu
Yang mencarut-carut, kutuk mengutuk, buat gambar-gambar pemimpin parti lain dalam keadaan lucah dan tidak bermoral, ketahuilah bahawa perbuatan kamu membawa kerosakan pada imej parti kamu di mata manusia seperti saya yang memerhati. Kamu menjadi titik nila yang merosakkan susu. Menjadi bintik hitam pada kertas putih. Menjadi fitnah kepada perjuangan parti kamu. Tidak kira dari parti mana kamu berasal.

Kalau kamu benar, maka kamu pasti ada adab dalam bermujadalah. Allah SWT berfirman:
“Serulah ke jalan tuhanMu dengan berhikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik” Ayat 125 Surah An-Nahl.

Akan ada kalangan kamu yang akan berkata kepada saya: “Kadang-kadang, mereka ni tegur baik-baik tak makan saman”

Saya tidak kata ayat Allah SWT seperti hikmah, baik, cara yang baik itu, adalah dengan cakap lembut-lembut lemah gemalai ala-ala pengecut. Tetapi tahukah kita apakah takrif baik dan buruk di dalam Islam?

Kaedah menilai baik dan buruk di dalam Islam adalah:
“Baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syara’, buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syara’”
Itu kaedahnya. Hendak berkeras, hendak bertegas, boleh selagi ia tertakhluk di dalam lunas-lunas Islam.

Maka saya ingin menyoal di sini: Apakah mencarut-carut itu di berada di bawah lunas-lunas Islam? Apakah dengan mereka-reka gambar tidak bermoral dan lucah pemimpin parti lawan itu dari dalam adab-adab Islam? Apakah sehingga mengutuk kalimah suci laungan Rasulullah dan para sahabat seperti takbir menjadi take beer itu termaktub di dalam Islam?

Tidakkah kamu melihat, bergaduhan seperti yang kamu lakukan itu, menjatuhkan martabat kamu dan menjadi fitnah pula kepada perjuangan parti kamu? Tidakkah secara tidak langsung, kamu semua telah merosakkan parti-parti kamu sendiri?

Khas untuk yang menukar kalimah takbir kepada take beer
Saya tidak pasti kalian belajar dari mana sehingga kalian rasa boleh untuk mempersendakan kalimah takbir sehingga menukarkannya kepada benda haram seperti beer. Saya cuba memahami latar belakang kalian dengan bertenang dan menganggap kalian dalam keadaan tidak mengetahui apabila melakukan perkara ini.

Saya hendak menjelaskan di sini bahawa, kalimah takbir itu adalah kalimah mulia di dalam Islam. Bila dilaung takbir, orang akan pantas menyahut: “Allahuakbar” yakni bermaksud Allah Maha Besar. Inilah dia lafaz kemuliaan. Dilaungkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semasa peperangan, semasa kegembiraan.

Maka sekiranya kalian mempersenda-sendakan kalimah itu, tidakkah kalian melihat bahawa kalian ini sedang mempersendakan siapa? Kalian hakikatnya sedang mempersendakan Allah, Tuhan saya, Tuhan orang Islam, Tuhan kepada seluruh alam ini. Dan jika kalian beragama Islam, anda telah mempersendakan pula Tuhan anda sendiri.

Saya tidak nampak, bahawa alasan: “Saya nak kutuk parti lain” boleh menjadi lesen sehingga mencipta kutukan sebegini kurang ajar untuk Allah SWT. Kenapa memasukkan Allah dalam pergaduhan politik kalian? Adakah kalian ingat, takbir itu hak satu-satu parti?

Ketahuilah, takbir itu hak seluruh ummah Islam.

Saya ingin tanya kamu yang menukar takbir kepada take beer ini, kamu hendak apa sebenarnya? Hendak menang sorak kemudian mendapat murka Allah?

Marilah kita sama-sama bertaqwa kembali kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Allah SWT itu keampunan-Nya amat luas.
Belum terlewat untuk kita tunduk memohon ampun atas keterlanjuran kita terhadap-Nya.

Politik juga adalah satu ibadah
Kita perlu faham bahawa, politik juga adalah satu ibadah. Politik adalah satu perkara mubah yang pada satu tahap boleh menjadi wajib. Maka, jika kita menjalankan politik dalam lingkungan yang dibenarkan syara’, dengan adab-adab yang dibenarkan syara’, ditambah pula dengan niat yang ikhlas, maka jadilah politik itu satu ibadah.

Maka jangan kita cemari ibadah ini dengan carut-carutan yang merosakkan ibadah kita. Jangan kita isi dengan perkara-perkara hodoh dan tidak bermoral seperti mengedit gambar pemimpin parti lawan menjadi gambar-gambar tidak elok.

Jangan sampai masuk mencaci maki agama.

Laksanakan politik dengan adab. Biar kamu wahai yang berkecimpung dalam medan politik, yang aktif dalam arena politik, yang katanya hendak membantu parti masing-masing, yang katanya berjuang dengan perjuangan masing-masing, mampu menjadi contoh kepada rakyat seperti saya.

Pesan saya, jangan sesekali kita bawa fitnah pada kumpulan kalian.

Jangan kerana kita, perjuangan kumpulan yang kita sertai itu rosak.

Tetaplah kalian pada ajaran Allah SWT.

Sesungguhnya yang benar hanyalah mereka yang mentaati-Nya.
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” Surah Ali Imran ayat 110.

Ini untuk yang terlibat sahaja. Yang tidak terlibat, jangan sesekali terasa
Saya harap, tiada sentimen assobiyah, perkauman, kepartian di sini. Saya hanya menegur yang terlibat, dan tidak pula menyentuh yang tidak terlibat. Tidak pula saya rendah-rendahkan mana-mana parti di Malaysia ini. Juga tidak saya sebut mana-mana nama untuk rujukan. Tidak pula saya dedahkan siapa pengucap carut-carutan dan siapa pula yang mengucap take beer ini.

Artikel ini umum, saya menulis, adalah atas rasa tanggungjawab betapa perlunya kalian yang katanya berjuang untuk parti-parti kalian, menjaga nama baik parti masing-masing dan menjaga kebersihan perjuangannya dengan membersihkan peribadi kalian. Pokok artikel saya adalah, syakhsiah kita memberikan impak yang besar kepada perjalanan parti kita. Saya juga berhajat memberikan kefahaman kepada yang menukar kalimah takbir kepada take beer, kerana ada kemungkinan mereka tidak megetahui letak taraf kalimah takbir itu.


Saya senang anda membaca artikel ini dengan rasional dan tenang.

Mudahnya, saya sebenarnya hendak mengajak kalian untuk membayangkan, apabila orang melihat sikap buruk kalian.

Orang akan berkata:
“Tak sangka ya, parti tu perangai dia macam itu”

Ya, kita boleh kata pada yang berkata itu begini: “Mana boleh nilai parti dengan hanya seorang sahaja”
Tetapi agaknya, berapa ramai yang berfikiran macam kalian fikir? Orang tiada masa. Kalianlah yang menjadi perhatian.

Sebab itu, kalau kalian perasan, Rasulullah SAW berpesan kepada ummat Islam untuk menjaga diri masing-masing. Hal ini kerana, orang-orang Islam adalah imej kepada Islam. Islam itu sempurna, tidak salah. Tetapi apabila ada orang Islam yang merosakkan imej itu, kesempurnaan Islam juga tercalar di mata manusia.

Begitulah kalian dengan parti kalian.

Kalian bertanggungjawab menjaga imej parti kalian.

Penutup: Pesan saya, kembalilah kepada Allah SWT
Ittaqullah, uusiikum wa nafsi bittaqwallah. Ayat ini sering kali diulang semasa khutbah jumaat di Malaysia. Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah, aku mewasiatkan diri kalian dan diriku dengan ketaqwaan kepada Allah”

Inilah pesan saya untuk diri saya dan kalian. Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dalam segenap hal yang kita lakukan, hatta dalam arena politik. Jangan hanya kita canangkan Islam itu, Islam ini, tetapi tidak pula kita mempraktikkannya.

Jangan sesekali kita mempolitikkan agama. Sesunggunya politik itu sendiri perlu tertakhluk di bawah agama, peraturan Allah SWT. Barulah politik itu mampu kita jalankan dengan baik, adil dan saksama.

Mari sama-sama, kita reflek diri kita.

Masalah ummat Islam dari dulu sampai sekarang hanya satu.

Kesatuan.

Sampai bila agaknya perkara ini mesti berpanjangan?

Sedangkan yang untung dari perbalahan ini hanyalah musuh-musuh Allah yang mengintai-intai peluang kemenangan.

~Moga-moga penerimaan kalian-kalian baik2 belaka..jangan kerana entry ini,kamu-kamu mengatakan ana ni PENCACAI PArti!!ana sokong puak ni lah,ana sokong puak nu la!.ingatlah!..Allah tak tengok kita parti mana,tapi Allah menilai kita yang sebenar-sebenarnya menegakkan ISLAM..jangan kerana ini,Umat Islam berpecah belah..~


 ~* Dan yang menyentuh hati,
bukan tulisanku, tapi Rabbi.
dan yang menghubungkan rasa, bukan puisiku, tapi Ilahi.

tanpa izinNYA,
seribu kata pun tidak akan membawa makna,
dan tanpa redhaNYA,
sejuta bicara pun tidak akan membawa erti dan manfaat di SANA.

Aku bukan siapa-siapa,
jika tanpa Dia..:'(


Wallahua'lam.~





Tidak Perlu Menanti Sempurna~..

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..hari ini hari ahad.hari ana bercuti.he~.esok isnin,dah mula kerja.so,nak taip-taip mesti tak sempat.sebab apa?..sebab ana selalu ja online di facebook..-_-..tapi sekarang tak selalu dah(yaka?.sama ja)..nak kurang-kurangkan online..^_^..

Alhamdulillah..sebelum ana post entri untuk santapan para reader ana,jom!sama-sama kita beristighfar dan muhasabah diri kembali,hari ni apa kebaikan yang telah kita lakukan.:)..~.MATI tak ada tarikh due kan?.





Pernah tak sahabat-sahabat ana merasai pengalaman ini:


Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.

Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:

“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”

“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”

“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”

“Kau dah sempurna sangat ke?”

Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.

Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?

Kisah Abu Bakr RA
Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakr RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakr mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:

1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5. Zubair Al-Awwam RA
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga

Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakr RA, sebaik sahaja Abu Bakr beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakr RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.

Kita teliti, Abu Bakr RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakr? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakr ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakr boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?

Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakr RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.

Jadi kenapa Abu Bakr RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?

Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.

Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.

Perbaiki diri, dan ajak orang lain

Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:

“Islah nafsak, wad’u ghairak”

Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut:

“Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”

Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:

“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.

Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’? Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:

“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”

Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?

Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:

“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”

Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu booster untuk peningkatan diri.

Guru saya ada berkata:
“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”

Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan

Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.

Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT. Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:

“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.

Apa persamaan dua ayat ini?

Menyegerakan kebaikan.

Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.

Anda, nak untung atau hendak rugi?

(Penutup: SEBARKANLAH KEBAIKAN, SEBARKANLAH KEBENARAN)

Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan. Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringatan. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.

Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.

Jangan lengah, jangan lewat-lewat.

Bergeraklah.

Bersegeralah.

TIDAK PERLU menanti SEMPURNA.

Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita..~





~* Dan yang menyentuh hati,
bukan tulisanku, tapi Rabbi.
dan yang menghubungkan rasa, bukan puisiku, tapi Ilahi.

tanpa izinNYA,
seribu kata pun tidak akan membawa makna,
dan tanpa redhaNYA,
sejuta bicara pun tidak akan membawa erti dan manfaat di SANA.

Aku bukan siapa-siapa,
jika tanpa Dia..:'(


Wallahua'lam.~



Jumaat, 15 Februari 2013

Allah S.W.T Maha Mendengar...:).~

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah,alhamdulillah,Alhamdulillah...Puji dan Syukur hanya padaMu Pencipta alam ini..:)..
Alhamdulillah..hari ni ana cuti mengajar.jadi,masa untuk update kanvas usang ana ni ha.terbit rasa hati nak kongsi sedikit kejadian pada pagi khamis.sangat-sangat memberi kesan pada ana.Allah2..betapa tersentuhnya hati ini..Allah tidak pernah mengabaikan hambaNya yang hina ini..terasa malu diri ini..:'(..~

pagi khamis tu,ana dan kembar ana bersiap-siap untuk ke kelas bahasa arab.selalunya pagi-pagi ana tak sarapan.sebab apa?ana nak diet.hehe..tak la.memang tabiat ana tak makan pagi.tak tahu kenapa.Ya Allah..terukkan ana ni?..tak bersyukur dengan nikmat sihat.!_!..

Tapi pagi tu,tiba-tiba ana rasa lapar.ana kata kat adik kembar ana,''su!lapaq la..mintak-mintak ayah belikan nasi lemak''.memang terasa lapar sangat-sangat pagi tu.pelik ja..@_@..adik ana kata,''ayah takkan beli la.kita kan tak pernah makan pagi.cepatlah!dah lewat ni..''ana rasa sedih ja..lapaq sangat..huhu..:'(..ana terus menuju ke arah kereta ayah.dengan perut lapar,terus pi kelas bahasa arab..

Sampai ja di kelas,ana baru teringat!..''su!hari ni ada bacaan Yaasin kan??..kan makcik sofea dengan kawan-kawan dia nak pi umrah?.ana tanya pada adik ana.''yala...tak bawak pun Al-quran..''.Allah..ana terlupa nak bawa kalam suciMu..


dah 6 tahun tafsir Al-Quran ni bersama ana..pemberian dari orang tersayang..:).

 
walaupun dah nampak buruk sikit,tapi ianya bermakna kerana kalam cinta nan suci dari Allah..peneman suka dan duka..^_^


kemudian,ana dan adik ana duk di tempat masing-masing..bertawakkal pada Allah.mudah-mudahan ada yang sudi menghulurkan buku Yaasin untuk kami.yakin pada Allah.!.:).

Masa ana asyik duk siapkan kerja sekolah(tak siap buat,hehe),ada seorang makcik ni menyapa dan bertanya pada adik ana,''nana nak buah markisa?''adik ana teragak-agak nak ambil ke tak.lalu,adik ana pun senyum  dan terus ambil..rezeki dari Allah..kemudian,tak sampai 5 minit,ada sorang makcik ni pula hulurkan pula ulam pegaga dan limau purut..Allah3...Allah berikan rezeki lagi..syukur..~..



buah markisa dan ulam pegaga.limau purut tak nampak.~

Dalam hati ni terdetik lagi.''Allah..laparnya,tak ada ka makanan selain dari makcik-makcik ni bagi..''huhu..tu la manusia kan..tak reti nak bersyukur..macam ana ni ha..Allah...malu sendiri..:(..


Nak diringkaskan cerita,selepas bacaan Yaasin,ada jamuan sikit dari makcik-makcik yang akan berangkat menunaikan umrah.Mula-mula dalam hati ingat nak balik terus lepas bayar yuran kelas.tiba-tiba disekat oleh Makcik Hanum dan kak Fadhilah.diorang hulurkan nasi lemak..Allahuakbar..ana terkejut.!timbul keinsafan dan terharu dalam hati..Allah Maha Mendengar.baru ja ana sebut pagi tadi.bukan itu saja,Allah gandakan lagi rezekinya buat hambaNya yang selalu meminta saja.Makcik Hanum berikan kuih yang pelbagai.rasa sebak ja hati..terus adik ana bisik di telinga ana,''chaq!anti sebut lapar,nak makan nasi lemak kan?nah!Allah bagi lebih pada tu..''


nasi lemak dua untuk ana dan adik ana.atas tu kuih-muih.~.Allah Maha Menyayangi kan?..:)
ana teringat pada kalam suci Allah s.w.t..

Firman Allah .s.w.t:
''Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar dan memberikan rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.Dan baragsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.''

(Surah At-Tholaq:ayat 2-3)...~


Allah..rasa malu pada diri sendiri dengan Allah s.w.t..amal tak banyak mana,tapi selalu saja meminta kepada Allah..pada hari khamis ana mendapat satu pengajaran dan keinsafan.Betapa Allah masih pedulikan hambaNya ini..jangan meragui segala kekuasaan Allah.Allah Maha Mendengar..

Kalau kita dalam kesusahan,kesenangan,gembira,duka,ingatlah!Allah sentiasa Mendengar..jangan mengeluh pada makhluk..hanya dapat memberikan ketenangan yang sekejap saja..Mengadulah pada Allah..Allah Maha Mendengar..


tenang dan damai bila mengadu padaNya..:')..~

perkongsian untuk sahabat-sahabat ana..moga memberikan manfaat bersama..:)..~
Wallahua'lam..

Kerana Kita Leka..~

Bismillahirrahmanirrahim...~~



Mungkin Kerana Kita Leka..
Apabila pena terlepas dari genggaman,
ucapan ''ooppss'' mendahului ''Allah''..
Bila perut yang lapar telah diisi,
Ucapan ''ha...kenyangnya,'' mengatasi ucapan ''Alhamdulillah''..

Bila diri terpegun dengan keindahan dunia,
ucapan ''Subhanallah'' tertutup oleh ucapan ''cantiknya'' ..
Ada masanya berita kematian datang mengunjung,
Ucapan ''Kasihannya'' terucap jua kerana kita lupa pada ucapan ''Innalillahi wa inna ilaihiroji'un''..

Namun teman..
Walau kita lupa,sengaja atau suka-suka,
Berhati-hatilah!!
Agar bilamana Izrail tiba membawa berita,
Ucapkan ''La ilaha illallah''..
Kau tetap Menjadi JUARA,
Mengatasi segala kata-kata..~




 












 











Khamis, 14 Februari 2013

CERPEN:Ayah!Bagilah Balik Tangan Ita?!!



Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.




Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.



 



Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



 





Pengajaran daripada cerita:

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...."


♥  moga2 semua sahabat2 dapat manfaat dari kisah ini ♥

♥ jangan lupa juga luahkan perasaan anda berkaitan kisah yang anda baca ini ♥

Isnin, 11 Februari 2013

Terasa Rendah Dan Kerdilnya Diri Ini Berada Dalam Golongan Orang-Orang Yang Soleh.:'(

Bismillahirrahmanirrahim..~






Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
walaupun penat semalam masih bersisa,tapi jari-jemari bersemangat untuk berkongsi cerita dan anugerah yang Allah berikan pada ana..:)..

Semalam adalah hari yang barkah sekali.baru dua kali ana dapat mengikuti majlis yang barakah sebegini..kalau dulu,di sekolah ana memang ada majlis-majlis ilmu,bacaan kitab dan sebagainya.rindu nak duduk bersama ustaz-ustaz dan pencinta ilmu seperti dulu...Allah3...RINDUNYA..~

tak silap ana,banyak minggu jugak ana memikirkan untuk datang ke majlis ini.Macam-macam halangan,tapi Alhamdulillah..Allah permudahkan.(Hati riang ria..:D..).setelah lama jiwa dan hati ana ini tidak di isi dengan santapan rohani begini,akhirnya selepas solat maghrib,ana telah berada bersama mereka meraikan Ulama' dari Makkah iaitu Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki yang datang ke Sekolah lama ana yang baru 4 bulan ana tinggalkan untuk memberikan sanad Asma Ul-Husna.

ana dan kembar ana ambil tempat barisan yang kedua agar mudah untuk lihat muka syeikh tu.Alhamdulillah,walaupun dapat tengok dari jauh,hati berasa tenang ja.Majlis dimulakan dengan Qasidah dari para pelajar lelaki sekolah ana..Bila dengar alunan qasidah,hati jadi semangat semula.

Kemudian Syeikh pula mengalunkan qasidah ''Ahlan Wasahlan Bil Habib''..sangat-sangatlah menyentuh hati ini..Allah3..


Qasidah Ahlan Wasahlan Bilhabib.:)

Kemudian,selepas semua jemaah mengalunkan qasidah ini,maka bermulalah tazkirah dari syeikh Jumhuri Al-Makki..beliau membicarakan tentang fadhilat Asma' Ul-Husna.:).diantara fadhilatnya ialah:

1)Sesiapa yang menghafal Asma Ul-Husna dalam kehidupan sehariannya,Allah s.w.t melimpahkan Rahmat dan BarakahNya kepada kehidupan hambaNya itu.

2)Sesiapa yang membaca dan menghafal Asma Ul-Husna,walaupun dirinya melakukan ibadat yang kecil berbanding amalan jahatnya yang banyak,Allah memberi jaminan Syurga kepadanya..~.



alhamdulillah..ana dah mendapat sanad Asma Ul-Husna..:).



 


 Allah3....
Terasa kerdilnya diri ana ni bersama dengan orang-orang yang soleh..rasanya tak layak ana berjamaah sekali dengan mereka.:'(.betapa ramainya jemaah yang datang dan mereka adalah orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t..

para jemaah lelaki..



para jemaah kaum wanita..~

 selepas tazkirah yang singkat tapi bermakna,ada sesi untuk meminta Syeikh membuat air penawar.kemudian Syeikh pun berdoa pada 3 hal iaitu:

1)Moga Allah permudahkan mereka yang mahu mengerjakan umrah dan haji.

2)Moga Allah menyembuhkan Penyakit.

3)Moga para lelaki dan wanita mendapat jodoh yang soleh dan solehah..~

Amin3....

Kemudian,ana minta bantuan pakman untuk memberikan air dua botol besar kepada Syeikh untuk dijadikan air penawar buat emak tercinta ana..moga dengan asbab keberkatan ulama' Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki ini,Allah memberikan kesembuhan pada mak.~.:')..

di sini ana sertakan beberapa keping gambar selepas majlis tersebut..:)..~



Pengetua Smafd bersama Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki (kiri).

Syeikh mengusap kepala anak ustaz zakaria.moga2 dengan keberkatan tangan tok guru fatahuddin menjadi seorang anak yang soleh.:')..

fatimah...sahabat lama yang dirindui..^_^




Alhamdulillah..walaupun hanya satu perkenalan yang singkat,tapi ia cukup bermakna..insyaallah..ukhwah di mana-mana.:)
 

bersama dengan kakak kecil molek kita.kak zakiroh..insyaallah..kami bertiga akan ke mesir..doa2kan la ye.:)


sempat bergambar dengan pengetua yang tercinta,yang sporting (tapi ada hadnya)..Tuan Haji norhisyam Bin mahmud.:)


moga2 perkongsian ini dapat memberikan saham buat ana di akhirat kelak..allahumma amin..
betapa kerdilnya diri ini berada dalam golongan orang-orang yang soleh..!_!.doakan yang terbaik buat ana.moga segala amalan yang kita lakukan,walaupun sedikit,ia tetap memberikan manfaat dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..Insyaallah..~..

Wallahua'lam..~

Ahad, 10 Februari 2013

Maaf Kerana Diriku Terpaksa Menolak..~

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah2...:)..ana kembali semula untuk menulis di kanvas putih ni..^_^..
rasanya dah 2 minggu ana tak pedulikan blog ana ni,biasa la kan,manusia ni sentiasa sibuk dengan perkara-perkara dunia,akhirat sikit ja kita sibukkan..:'(..~apa2 pun jom kita muhasabah diri kembali..rajin2 la kita beristighfar ya para2 reader ana yang ana sayang bangat!..:D..~..

Alhamdulillah..kali ni ana kongsikan sedikit mengenai pengalaman ana sepanjang dua minggu ni.ana pun tak tahu kenapa tiba-tiba ramai yang bertanyakan soalan ''awak@anti dah kahwin?dah ada calon?dah bertunang?''.@_@..Zzzz..soalan yang paling tak suka di jawap tapi kena jugak habaq kat sini or di mana-mana saja bertemu..

Apa-apa pun ana ucapkan jutaan2(banyak tu) terima kasih kepada sahabat-sahabat ana yang perihatin akan masa depan ana.ana hargai sangat.Insyaallah ana akan jawap soalan ini.diharapkan apa yang ana nak jelaskan ini,para-para lelaki yang soleh lagi beriman sekalipun yang mat2 rempit,yang cuba berubah atau sebagainya mengambil berat akan hal ini.bukan ana menolak,tapi belum sampai masanya.walaupun ana tahu akan ada juga yang berkata,''belum cuba,belum tahu,kalau tak usaha macam mana nak dapat,kalau nak tunggu sampai masa tu,mati pun tak akan jumpa dan bla bla bla''..ok!ana terima semua pandangan-pandangan yang kalian utara kan.tapi tak salahkan antum-antum semua hormati prinsip orang lain?.:)..~

Ok!kali pertama,seorang lelaki(ana gelarkan si A),dia bertanyakan ana,bila nak kahwin?umur anti dah cukup untuk berkahwin.ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w yang berkahwin di usia muda.hadis soheh lagi ada mengenai kahwin muda.kalau anti menolak untuk berkahwin di usia muda,kafirlah anti.(Ya Allah!apa hak manusia ini mengkafirkan hambaMu ini??..:'(..)

sorang lagi(Ana gelarkan si B),anti dah ada calon suamikah?..kalau belum boleh tak kita eratkan lagi perhubungan ini biar bertambah mesra dan bla bla bla..(dah melalut ke mana ntah mamat ni)..-_-

yang ni sorang lagi(si C pulak).''anti,ana sukakan anti dalam diam,ana baru nak berubah ke arah kebaikkan,ana perlukan bimbingan anti.istikharah la anti..~..

Allah2..maaf terlebih dahulu pada para-para reader ana.bukan ana bongkak atau nak cari publisiti dengan ceritakan hal2 ini di sini..bukan nak habaq ramai yang minat kat anatidak sama sekali.tapi untuk memberikan penjelasan..~.
Bukan ana menolak kalian kaum adam..tetapi ana belum bersedia.





ana masih kepunyaan kedua orang tua ana.selagi mereka tidak mengizinkan anak-anak mereka untuk berkahwin,sebagai seorang anak,tidak pantas untuk ana menyakiti hati mereka.:'(..mak dan ayah ana ada sebab kenapa depa tak bagi kahwin di usia muda.mak ayah mana nak tengok anak2 mereka tak bahagia..semua orang tua mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.:')..biarpun alam perkahwinan itu dapat kita pelajari selepas berkahwin,itu bagi kamu-kamu sekalian.ana masih tidak mampu..maaf kerana ana terpaksa menolak semua lamaran-lamaran itu.ana punya masa depan.

ana tak mahu nanti bakal suami ana terbeban dengan dosa-dosa ana walaupun lelaki ini tercipta untuk membimbing wanita.jika kita mendapatkan Bakal Suami sebaliknya,macam mana?.Allahuakbar..ana belum layak lagi buat kaum adam yang soleh diluar sana.siapa ana untuk membimbing kalian kaum adam sedangkan kaum lelaki dicipta menjadi khalifah(ketua) dan kaum lelaki yang perlu bimbing wanita.masih ramai lagi para-para pendakwah,para ustaz yang boleh memberikan bimbingan kepada kalian.ana juga masih belajar,ana juga dalam lingkungan orang yang sedang diTARBIAH..~

Biarlah ana berbakti pada kedua orang tua ana terlebih dahulu sebelum ana atau mereka pergi menemui Illahi.ana tidak mahu menyesal di kemudian hari.ana bukan sesolehah yang kamu-kamu fikirkan tapi ana cuba menjadi yang terbaik.ana jugak masih di dalam kelompok para wanita yang di Tarbiah jiwanya dan dibersihkan HATInya..~

jika sahabat-sahabat ana di luar sana dan para-para reader ana telah menemui jodoh kalian dan mengambil keputusan untuk bernikah,insyaallah..dipersilakan..ana seronok untuk pihak ana.:)..siapa tak cemburu,sahabat2 ana ramai yang dah berkahwin.

tapi bila difikirkan kembali..bukan mudah untuk mendirikan sebuah masjid jika tiangnya belum kukuh sempurna.sudah tertulis di LUH MAHFUZ tentang perjalanan hidup ana di dunia yang fana ini.

SIAPA jodoh ana,UMUR berapa ana akan berkahwin,MATI ana bila datangnya,HIDUP ana susah atau senang,semuanya telah Allah s.w.t aturkan..janganlah kamu-kamu sekalian mengaturkan hidup ana yang Allah lakarkan cantik perjalanannya..~

Insyaallah..ana sekarang dalam proses untuk sambung belajar ke MESIR...doa2kan untuk ana dan kembar ana.:).jangan risau..jika telah datang serunya,ana pasti jemput sahabat-sahabat ana di alam maya ini.hatta kematian ana sekalipun,ana akan pesankan pada adik kembar ana untuk menjemput sahabat-sahabat ana ke hari di mana akan ana dikebumikan..~..MATI itu pasti!.~. 







AKU..akan dilamar oleh MALAIKAT MAUT..
AKU bakal BERNIKAH dengan KEMATIAN..
lebih sayu lagi..
AKU bakal BERCERAI dengan DUNIA YANG KU KEJAR..!!!
sedarkah kita dunia HANYA SEMENTARA.. :'(



p/s:moga2 jawapan ana ini terjawab..~..~




Khamis, 7 Februari 2013

Just LISTEN!!~~

Bismillahirrahmanirrahim...~







Perkongsian untuk semua..~


Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar
Dari saya, hanya seraut catatan.

HANYA DENGAN  MENDENGAR…
Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”
Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa?
Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?
 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.
 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

~Ana sekadar berkongsi dari blog sahabat ana..moga2 ianya memberi manfaat bersama..Listen!..:).~