Pengikut

Ahad, 9 Ogos 2015

''ISTANA IDAMAN''

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....~~

Ku impikan "ISTANA IDAMAN"
biar istana itu beratapkan zink,berlantaikan mozek,bertiangkan batu yang kukuh,
asalkan istana itu diisikan dengan roh kerohanian..

Biar istana itu dilihat luarannya gah mengikut trend dan moden,
asalkan istana itu dalamannya terserlah kesederhanaan bermegah dan banyaknya bersyukur...

Biar istana itu jauh dalamnya dari keriuhan dunia dan keajaiban teknologi manusia,
asalkan istana itu penghuninya dekat hati mereka dengan Sang Pencipta Manusia..

walaupun istana itu kian usang ditelan zaman,
Orang melihat tetap terpancar kebahagiaan kerana Rahmat Dari Maha Ar-Rahim...
Itulah istana yang di IDAMKAN...

P/s:gambar sekadar hiasan...


Rabu, 15 Julai 2015

JARI-JEMARI KEMBALI BERTAUT UNTUKMU...~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan nikmat iman dan islam ke serata hambaNya...

setelah hampir 1tahun setengah kami(saya) tak menjengah ke kanvas usang ni,hari ni kami kembali..!!..:D....

hati ni sedih bila tengok balik blog kami ni...dah lama kami tak rapikan dia,kami dah lama tak endahkan dia.sebab apa??sebabnya kami sambung belajar di mesir.kami duk kat mesir ni bukan pi suka,tapi kami pi belajar,sebab tu jarang nak belek..lagipun susah sikit nak online guna laptop ni..selalu kena turun pi c.c(ciber cafe),paham2 la kan,bukan rajin sangat nak naik turun tangga ni..huhu..

tahun 2015 ni,kami ada di malaysia bagi menghabiskan cuti sem bersama keluarga di samping tu berpuasa dan beraya bersama ahli keluarga..tapi kami sedih sebabnya kembaq(twin) kami tak balik sekali.tapi tak mengapa..dia ada hak yang perlu diselesaikan di sana.tahun depan kita berkumpul balik na...^^..

permulaan ni kami tulis sikit2 ja.bukan malas,tapi nak ambil masa untuk rangka kan satu penulisan serta perkongsian yang baik-baik kepada sahabat2 kami..

tak mau baca apa yang kami tulis ni pun takpa,sekadar doakan la benda yang baik-baik untuk kami....

moga Allah s.w.t merahmati antuma sekalian..^^..

minta maaf daun purut,nak minta undur diri dulu,nanti ana kongsikan segala macam rasa di ardhul kinanah selama keberadaan kami di sana..^^..~

ilalliqa',assalamu'alaikum w.b.t...~

berpisah dua jiwa...moga dia bersama Allah sentiasa..:')