Pengikut

Ahad, 30 Disember 2012

Bahagia itu milikNya....~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..sebelum tu ana nak mengajak semua sahabat2 ana di alam maya ini memanjatkan kesyukuran pada Sang pencipta kita kerana masih menyayangi hamba-hambaNya dengan memberikan nyawa buat kita untuk hidup..tiap nafas yang dihembus keluar itu juga merupakan pinjaman seketika dari Allah..subhanallah...

Apa itu bahagia?apa yang dimaksudkan dengan bahagia?hmm..banyak persoalan yang diajukan kepada ana apa yang ana rasa dan tahu mengenai bahagia?.Siapa yang tidak pernah melalui saat bahagia itu..Ada yang menjalani saat bahagia itu melalui jalan kebaikan dan ada juga melalui jalan keburukan.Setiap perjalanan yang dilalui pasti ada halangan.apa yang Allah ciptakan semuanya berpasangan.(bukan pasangan lelaki dan perempuan saja.)..huhuhu..salah satu yang Allah s.w.t ciptakan iaitu kebahagiaan yang pasangannya adalah kedukaan..

Allah s.w.t berfirman:
''Allah menciptakan segala sesuatu dan DIA memelihara segala sesuatu''

(surah Az-Zumar:62)

Cuba kita renungkan,saat Allah menurunkan ujian dan dugaan kepada hamba-hambaNya,ada sebahagian daripada kita mungkin akan terdetik di hati,:''apa salah aku?adakah aku tidak cukup sempurna baiknya hingga kebahagiaan ku di uji dengan kedukaan?.''Tanpa disedari,kita telah mempertikaikan kejadian yang Allah ciptakan.Istighfarlah sahabat-sahabatku.Andai di waktu ini kita berasa akan kebahagiaan,ingatlah!kebahagiaan itu datang dari Allah s.w.t.




jangan sesekali meragui kekuasaanNya..


Jika kita tidak bahagia,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia.Jika kita malas,sebenarnya kita yang memilih untuk malas.Jika kita tidak kaya,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya.Jika kita tidak pandai,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai.Jika kita banyak masalah,sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.Mesti peningkan baca entry ni??..@___@..huhu..

Bagaimana kita menguruskan kesedihan dan kebahagiaan kita itu yang menjadi persoalan dan penilaian Allah s.w.t. Lumrah manusia.Ketika dalam kesulitan tidak lain tidak bukan pasti tikar sejadah menjadi destinasi kita.betulkan?Pasti saat itu kita meminta,memohon banyak-banyak daripada Allah supaya Allah menghilangkan segala musibah yang sedang melanda diri kita.Saat itu kita menjadi hamba yang paling,paling,paling naif meminta kesejahteraan daripada Sang Pencipta dan saat itu juga kita melafazkan pelbagai janji-janji akan patuh kepada Mu Ya Allah..Masa itu kita tak fikir,bila Allah s.w.t datang bahagia buat kita,kita lupa pada janji-janji kita pada Pencipta kita.Tahu tak apa akibat bila janji tidak ditepati??(bukan slogan 1malaysia ye)..huhu.

Firman Allah s.w.t:
''Dan ingatlah!ketika kami mengambil janji kamu dan kami angkat gunung (Sinai) di atasmu (seraya berfirman).''peganglah!teguhlah apa yang kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang ada didalamnya agar kamu bertaqwa.''..Kemudian setelah itu kamu berpaling.Maka sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu pasti kamu termasuk orang yang rugi.''

(Surah Al-Baqarah-2:63-64)
    

Ana juga jalani kebahgian yang berlainan dari kamu2 semua.setiap orang kebahgiaan yang lain-lain tapi kebahgiaan mendapat redho Allah adalah beza dengan kebahgiaan yang kita perolehi oleh manusia.Mahu bahagia atau tidak,itu adalah pilihan kita.Yang penting kita harus memiliki kesedaran yang tinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah..Full Stop!!Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau derita dalam membuat pilihan.Jika mahu bahagia,mudah saja.Sentiasa memastikan diri berada dekat dengan Allah s.w.t.Ingat dan berserah pada Allah s.w.t sahaja.Tidak perlu yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan berserah pada Allah s.w.tJadinya nrnti tidak ada paksaan di dalam beribadah.

Ibadah yang menyusul itu dilakukan kerana benar-benar ikhlas diilhamkan Allah s.w.t dengan taqwa terus masuk ke dalam jiwa.Tepuk dada,tanya iman,kita dapat tak rasai ilham dan taqwa Allah berikan untuk kita?Kalau sahabat-sahabat ana merasai kemanisan itu,Alhamdulillah.jika sebaliknya,kita istighfar dan check kembali segala amal kita.

Duhai  sahabatku..jika kamu2 semua diuji dengan kesakitan sama ada di gigit semut,terhiris dengan pisau,disahkan kamu menghidapi penyakit yang berbahaya,ingatlah!Allah bukan suka-suka hati untuk memberikan kita sakit,tapi itu tanda Allah menyayangi kita.mungkin kita terlupa untuk berdoa kepadaNya,mungkin kitasibuk dengan urusan dunia lalu kita meninggalkan urusan denganNya.Allah hanya jentit kita sikit saja untuk menyedarkan hamba-hambaNya yang lalai.Allah Maha Mengasihani.Kadang-kadang tak semua hal yang menggembirakan itu adanya bahagia.Mungkin di dalam derita itu terselit kebahagiaan buat kita..:)..Janganlah berasa derita menanggung sakit,tetapi anggaplah kesakitan itu teguran sayang dari Allah..:)..

Jika ada sahabat-sahabat ana belum menemui apa itu bahagia,janganlah bersedih dan berputus asa.Allah berikan kita kepahitan dahulu untuk kita menyusuri jalan2 kemanisan yang bakal tiba...
tersenyumlah dengan semua yang Allah tetapkan buat kita..Pepatah melayu ada menyatakan:''Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian''.




Tersenyumlah walau hati merintih..:')..


Wallahua'lam..~~




Sabtu, 29 Disember 2012

PENGORBANAN ITU PASTI..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..syukur tak terhingga buat Sang Penciptaku yang masih memberikan ana kesempatan untuk mencorat-coretkan dinding kanvas ini..Setelah selesai tugas ana terhadap bonda tercinta ana,sekarang,ana cuba juga curi masa di waktu malam yang sunyi hening ini untuk menulis artikel tentang ''PENGORBANAN''...



Tak dinafikan,hidup ini perlukan banyak,banyak,banyak,banyak pengorbanan..:)..Perngorbanan untuk apa?Bukan pengorbanan dalam percintaan sahaja,tetapi pengorbanan dalam menuntut ilmu,pengorbanan seorang anak untuk kedua ibu bapanya,atau sebaliknya,pengorbanan seorang guru untuk anak-anak didiknya,pengorbanan doktor untuk menyelamatkan pesakitnya dan yang terlebih utama dan pasti,pengorbanan seorang Hamba Allah untuk mencari dan meraih Cinta Robbi nya....Tanpa Allah yang mendatangkan sifat pengorbanan kepada hamba-hambaNya..Allah Yang Satu...

Ana sentiasa berpegang pada kata-kata ini,''seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya,tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat kepada orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.Jujur juga adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orag lain tetapi lebih utama lagi terhormat di sisi Allah s.w.t..Ikhlas dan jujur kah kita dalam setiap ranjau hidup kita??..check balik diri kita.Pada mulanya kita nak cuba ikhlaskan  diri kita dalam menerima qado' dan qadar Allah s.w.t tapi kita terleka,ikhlas itu tidak perlu dipamerkan atau ditunjuk-tunjuk.Biarlah sekadar orang dapat merasai keihklasan kita..Ana kongsikan sedikit madah seorang pejuang:

Pejuang sejati boleh dilihat dari beberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah sentiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan,kegigihan,keikhlasan dan pengorbanan adala pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezalima da kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang sentiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan
orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu bayak berkorban untuk orang lain,
semakin mulialah dia di sisi Allah s.w.t dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa,
untuk menegakkan kebenaran..



Allah s.w.t sangat mencintai orag-orang yang berkorban untuk agama dan untuk mendapat keredhoanNya,kerana itu menunjukkan cinta sejati kepada Allah..

Wallahua'lam..~~


Khamis, 27 Disember 2012

MAHAR SEBUAH SYURGA..~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberikan kesempatan untuk ana menulis di layar kanvas ini buat tatapan sahabat-sahabat ana di alam maya.Selesai ana membantu kakak ana mandikan mak ana,tiba-tiba terlintas di fikiran untuk berkongsi artikel yang sahabat ana berikan untuk ana tempoh hari.Insyaallah mudah-mudahan dapat memberikan manfaat bersama..:)..enjoy bersama..~

Dalam hidup,kita sentiasa berdepan dengan dua perkara.Pertama,perkara yang perlu kita lakukan.Kedua,perkara yang suka kita lakukan.Sudah menjadi ''Sunnatullah'' kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain.Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan.Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Untuk berjaya dalam hidup,kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita suka melakukannya.Tidak ada pilihan,paksa diri untuk melakukannya,kamu boleh!Lawan godaan dan rangsangan yang menggamiy hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.

Dalam hidup,untuk berjaya dan bahagia,kita perlu melakukan perubahan.Kita perlu keluar dari ''Zon Selesa'' menuju ''Zon Mencabar'' kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan,perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang,sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan,kita mesti melakukan perubahan.Kita perlu lebih berusaha,menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan.Ringkasnya,kita perlu berubah.Tetapi perubahan itu ''awkward''-yakni canggung,kekok dan tidak selesa sifatnya.Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah.Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama.Kesannya?Mereka ters gagal,hina,miskin,lemah atau jahil kerana enggan berubah.Maka,berlakulah apa yang sering diungkapkan:

''Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!''

Hidup ini adalah perubahan.Kata bijak pandai,yang tidak berubah hanyalah perubahan.Manusia tidak akan mampu menahan perubahan.Ia mesti berubah atau dipaksa berubah.Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya.Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Untuk melakukan perkara yang ''perlu'' dibuat walaupun kita tidak ''suka'' membuatnya,menagih ketabahan,keberanian dan istiqomah (konsisten).Ini semua seolah-olah ''menyeksa'' diri sendiri.No pain,no gain-tidak ada ''kesakitan',tidak ada ganjaran.Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.Begitu yang dipesan sejak dulu.Justeru,untuk berjaya ''Mujahadah'' itu adalah wajib.

Mujahadah ertinya ''berperang'' dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu.Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan,kelalaian dan keseronokan.Sebaliknya ia sangat benci akan kebaikan,peringatan dan ketaatan.Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri.Terseksa.Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah.Terlalu sayangkan diri untuk ''disakiti''.

Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.Letih sedikit,tak boleh.Hendaknya...Banyak rehat.Pahit sedikit sudah mengeluh.Pedih sekelumit sudah mengaduh.Dunia hakikatnya adalah gelanggang Mujahadah.Kita di sini untuk ''menanam''.Di sana(akhirat) nanti barulah kita menuai.Musim bertanam memanglah payah,mencangkul,membaja,menjaga dari serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan.Bila menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.Dunia diumpamakan tempat ''membayar''.Di akhirat nanti tempat ''bermain''.Pay now,play later.Bayar di sini,''berseronoklah'' di sana.Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran.Pilihlsh sama ada untuk membayar dahulu,atau membayar kemudian.Tetapi sekiranya kita membayar dahulu,kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan beerti.

Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan,kebajikan dan kebaikan.Hidupnya terlalu sibuk dengan ibadah.Berpindah dari ibadah khusus kepada ibadah umum.Berpindah lagi kepada ibadah sunat.Begitulah sehari semalam,sentiasa berpindah dari satu ibadah ke satu ibadah.Banyak kepahitan yang perlu ditempuhi oleh orang mukmin untuk menempah Syurga selaras dengan Sabda Rasulullah S.A.W:

''Syurga dipagari dengan kesusahan,manakala Neraka dipagi oleh keseronokan.''

Sebaliknya,bagi mereka yang lalai berpegang kepada konsep-Play now,pay later.Demikianlah kehidupan,tidak ada yang percuma.Apatah lagi kehidupan di Syurga.

Justeru sahabatku,marilah sama-sama kita berpesan pada kebaikan agar sentiasa rela menerima ''kepahitan'' yang sedikit dan sementara demi menikmati ''kemanisan'' yang banyak dan abadi di sana(akhirat).Alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Sebaliknya kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya.Di mana?Bila?Jawapannya di Syurga.Dan mujahadah itu adalah Mahar sebuah Syurga..



Alhamdulillah...perkongsian dari sahabat ana untuk diri ana dan reader blog ana yang di sayangi..bukan mudah untuk kita mendapatkan Mahar sebuah Syurga..belum tentu lagi kekasih,suami,abang angkat or apa2 saja dapat memberikan mahar seperti ini..Allah s..w.t adalah sebaik-baik pemberi nikmat..~..

Wallahua'lam...:)..











Selasa, 25 Disember 2012

PERTEMUAN KITA MEMANG TELAH DIRANCANG..~

Bismillahirrahmanirrahim....






alhamdulillah...lagi beberapa minggu kita akan memasuki tahun 2013...Allah..cepatnya masa berlalu.
Tapi itulah hukum alam...pertemuan,perpisahan,manis,pahit,gembira,kecewa,sedih,semua aturan Allah..^_^..

tiba-tiba hari ni ana teringat pada sahabat-sahabat ana..mungkin terkenang zaman-zaman nak daftar persekolahan...hehe..^_^...puisi ni khas untuk semua sahabat-sahabat ana tanda ingatan ana..:)..


KHAS UNTUK SAHABAT:

Amat sukar dicari apa itu sahabat
Inikan pula sahabat sejati,
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini,
Aku mula mengerti siapa sahabat yang di maksudkan oleh kata-kata Saidina Ali r.a.
Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya,
Aku gembira,hiba dan ianya bercampur rasa,
apabila kanvas hidupku disinari oleh sahabat sepertimu..


Sejak aku memulakan bangku sekolahku,
Aku menemui kalian yang sebelum ini tidak pernah ku kenal,
Aku dan kalian menuntut ilmu tiada penghabisan,
Di situ aku mengenali yang mana kawan dan yang mana lawan,
Aku tidak sama sekali memilih dalam persahabatan,
walaupun dia itu musuhku,tetapi tetapku anggap sebagai kawan..
Tetapi aku tetap dan berusaha menjaga akhlak serta disiplin diriku tatkala aku jauh dari mata emak dan ayah

Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan,
Yang hanya kininya boleh dikenang,
Aku harap kalian juga masih mengenang masa lalu kita bersama di teratak SMAFD..
Insyaallah..kitakan bertemu lagi..
Selagi hayat di kandung badan...:)..~



sahabat lama..tak la lama sangat..sorry..curi gambar sikit..huhuhu..(izwanshah)
seorang yang serius(takut jugak tengok muka dia) tapi dalam hati ada taman(memandai ja)..hehe..
agak-agak muka macam seiras dengan siapa?hehehe...ana gelar dia Amy Serach!sebab ada tahi lalat di mata sebelah kiri..(rahsia ni..tak dak sapa tau)..^_^

ha..ni semua kawan,kak2 n abang2 senior di sek ana dulu..
A.lah dengan A.zaid..diorang ni rakan baik dengan izwanshah.diorang yang banyak
memeberikan teguran dan nasihat  masa ana dengan kembar ana nakal-nakal dulu...:)
yang zul azim tu plak selalu kat sekolah gelar ana dengan kembar twin tour(menara berkembar)..t__t..
mula-mula tu ambik hati jugak,tapi lama2 ok ja..dia baik..rindu kat hang karat!!..hehehe..
k.dalila dengan k.liyana,diorang memang best!p mana2 bersama..rindu kat depa..:'(.
kak bibah pulak,seorang senior yang lemah lembut,dulu ana suka gak buli kak bibah..melawan cakap dia..huhu..
tapi apa pun dia seorang pelajar cemerlang.ana respect dia..:)
oh!my comel!kak tina...:D..adik kembar ana rapat sesangat dengan kak tina..masa dulu gaduh-gaduh jugak..last2
kawan rapat..tu la orang kata,benda kita benci,yang tu kita sayang..:).


ni kawan2 masa tahun 2011.time spm..walau kawan bertukar ganti..
persahabatan tetap sama ke akhir hayat nanti..insyaallah..:).


sahabat-sahabat akhowat(muslimah)..:)..

sahabat-sahabat ikhwan(lelaki)..:)

Tu la pepatah melayu berkata,''Bila ada depan mata rasa meluat,bila jauh,terasa rindu...lumrah kehidupankan..macam hidup dan mati..apa-apa saja yang hidup,pasti akan menemui mati...dalam setiap persahabatan,tipu la kalau tak ada maki hamun,sakit hati,merajuk,marah,pilih kasih...semua tu dah rasai.pengalaman macam tu la mengajar ana apa itu perasaan,persahabatan,kekecewaan dan macam-macam lagi..


SEBUAH PERTEMUAN..

Ketika diri mencari sinar,
Secebis cahaya menerangi laluan,
Ada kalanya,langkahku tersasar,
Tersungkur di lembah kegelapan...

Bagaikan terdengar bisikan rindu,
Mengalun kalimah menyapa keinsafan,
Kehadiranmu,menyentuh kalbu,
Menyalakan obor pengharapan..

Tika ku kealpaan,
Kau bisikkan bicara keinsafan,
Kau beri kekuatan..
Tika aku diuji dengan dugaan,
Saat ku kehilangan keyakinan,
Kau nyalakan harapan,
Saat ku meragukan keampunan Tuhan,
Kau katakan RahmatNya mengatasi segala..

Menitis air mataku keharuan,
Kepada sebuah pertemuan,
Kehadiranmu,mendamaikan,
Hati yang dahulu keresahan..

Cinta yang semakin kesamaran,
Kau gilap cahaya kebahagiaan,
Tulus keikhlasan menjadi ikatan,
Dengan Restu KasihMu Oh Tuhan...

Titisan air mata menyubur cinta,
Dan rindu pun berbunga,
Mekar tidak pernah layu,
Damainya hati,yang dulu resah keliru,
Cintaku takkan pudar,diuji dugaan,
Mengharum dalam harapan,
Moga kan kesampaian kepada Tuhan,
Lantaran diri hamba kerdil dan hina..

Syukur sungguh di hati ini,
dikurniakan teman sejati,
Menunjuk jalan dekatiNya,
Tika diri dalam kebuntuan...

Betapa aku menghargai,
Kejujuran yang kau beri,
Mengajarku mengenal erti,
Ukhuwah sejati yang abadi...

Tiada yang menjadi impian,
Selain Rahmat KasihMu Tuhan,
Yang terbias pada ketulusan,
Sekeping hati seorang insan,
Bernama Teman....~~..












Wallahua'lam..











Jumaat, 14 Disember 2012

Serikandi KHAULAH BINTI AL-AZWAR..~

   Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..masih diberi pinjaman nyawa daripada Allah s.w.t..ok..hari ni ana semangat nak kongsikan serba sedikit kisah mengenai srikandi islam yang bernama Khaulah Binti Al-Azwar..kepada ana semangat?sebab anak saudara ana nama macam ni..^_^..Allah3..memang nak tau sangat kisah srikandi ni..ana cuma tahu kisah dia menyertai peperangan ja..

moga-moga bermanfaat untuk semua..^_^





Nama Khaulah al-Azwar al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan
kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam
sejarah. Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta
kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-Azwar terbunuh
ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar
bin al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab.
Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin
yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khaulah turut
berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.

Dalam satu pertempuran yang sengit, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan

seorang penunggang kuda yang tinggi, seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya
sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa, sedang dia berpakaian
serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau, yang sisinya berjuntaian
hingga ke dadanya,lalu dililitkan selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan
lelaki, seumpama api yang marak membakar.

Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang

berada disisinya. ''Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang
penunggang kuda yang amat berani.''

Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yang

marak, lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan
mereka. Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang Islam lain
dan terus bertempur bermati-matian, kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang
dipegangnya bertitisan darah, entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya. Dia
kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.

Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga

menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda
bernama Rafik bin Umairah, ''pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.''
Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik
bertanya pada Khalid. ''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi, aku
sangkakan kaulah penunggang kuda itu.''

Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku

sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.''
Khalid berkata lagi, ''Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si
pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''

Maka bertempurlah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang

berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya
tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang.
Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin, kelihatan keseluruhan
tubuhnya bermandikan darah. Lalu Khalid al-Walid terus mengalu-alukannya seraya berkata,
''Semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang
mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu dihadapan musuh!''
''Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!''
Akan tetepi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah
seorang daripada tentera muslimin pun berkata, ''Wahai orang yang dimuliakan! Panglima
perang berkata kepadamu, kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkn diri
daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.''
Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus
meninggalkan Khalid bi al-Walid bersama tentera muslimin. Tindakannya ini telah membuatkan
Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit, ''Biadap kau! Kau telah telah
mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana
kamu datang?'

Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan

kedengaran suara seorang wanita. ''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu,
melainkan kerana terasa malu,'' kata suara lembut itu.
''Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya, sedangkan
aku seorang wanita yang selalu berlitup.''

Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus

bertanya, ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''
Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama
wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar
telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda
ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas
memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid
berkata kepada Khaulah lagi. ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku
berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat
membebaskannya nanti.''

Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah

menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam.
Dalam peperangan di Marj Dabik, saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi. Khaulah sekali
lagi telah menggempur barisan-barisan musuh. Beliau juga turut serta dalan peperangan
Antakia bersama tentera muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada tentera
muslimin.

Selain itu,beliau juga turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebutsebut

semua orang. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam, sehingga beliau menemui ajal
pada zaman pemerintanh Khalifah Othman bin Affan R.A. Khaulah telah meninggalkan
namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus di cium orang di sepanjang
zaman...





JOM MERAWAT HATI~..:)..

Bismillahirrahmanirrahim...



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:''ketahuilah bahawa dalam jasad manusia mempunyai seketul daging (segumpal darah) jika baik,maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Itulah hati''
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang ana kasihi(macam pidato dah)..hehe..
Setiap penyakit akan ada ubatnya.Penyakit yang sukar diubati adalah penyakit hati manusia.Jika hati manusia itu sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk diubati.Tetapi jika pemilik hati itu tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insyaallah hati tersebut akan dapat diubati dan akan mengalami penyembuhan...

disini ana nak kongsikan dengan sahabat-sahabat ana,ada 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kita dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati.Perkara-perkara tersebut adalah seperti senarai di bawah ini:)..:


1)Mentarbiyah hati supaya mencintai Allah s.w.t dengan sedalam-dalamnya.

2)Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat Al-Quran.

3)Mendekatkan diri dengan Allah s.w.t dengan amalan-amalan sunat.

4)khusyuk dalam solat.(yang ni mesti ramai susah nak dapat.jadi tarik tali kan)

5)Memperbanyakkan zikir dan memohon ampun kepada Allah s.w.t.

6)Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah s.w.t dan mengharapkan keredhoanNya.

7)Melakukan amal dan ibadat erdasarkan perintah Allah s.w.t dan Rasul.

8)Beriktikad dengan aqidah yang betul.

9)Sentiasa muhasabah diri.

10)Memperuntukan masa bagi Allah s.w.t menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11)Memperbanyakkan qiamullail,berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12)Tunduk dan khusyuk kepada Allah s.w.t dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13)Memastikan sumber makanan,minuman dan pakaian halal di sisi Allah s.w.t.

14)Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah s.w.t.

15)Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16)Sentiasa bersyukur dan redh kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang dikurniakan.

17)Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18)Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh@solehah yang boleh dijadikan teladan.


Alhamdulillah..dapat jugak ana senaraikan(walau jari-jemari ni kaku sikit)..huhu..

ok sahabat-sahabat ana,marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara diatas walaupun tak semua kita mampu lakukan,kita buat apa yang termampu.^_^..Moga-moga kita istiqomah dalam setiap perbuatan kita..

Firman Allah s..wt berfirman:

''(tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah s.w.t,sedang ia berbuat kebajikan,maka baginya pahala pada sisi tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak(pula) mereka bersedih hati..''

(Surah Al-Baqaroh 2:112)

Insyaallah...ini ja dapat ana kongsikan bersama-sama sahabat ana...:)..~~

YA ALLAH..ABADIKAN HATI INI DENGAN SIFAT MAHMUDAH(TERPUJI).~

Bismillahirrahmanirrahim...




Imam Al-Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:


1)TAUBAT~
   *Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2)TAKUT AKAN ALLAH S.W.T~
   -Perasaan takut terhadap Allah s.w.t akan membuktikan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya...

3)MAHABBAH~
   -Mengasihi Allah s.w.t dan rasul melebihi segala-galanya yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4)ZUHUD~
  -Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5)SABAR~
   -Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan.Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6)SYUKUR~
   -Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan,rezeki,kemudahan hidup,kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7)IKHLAS DAN BENAR~
   -Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini,amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8)TAWAKKAL~
    -Tawakkal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t setelah berazam.Seterusnya diikuti dengan usaha.

9)REDHO DENGAN QADHO' ALLAH S.W.T~
   -Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin.

10)MENGINGATI MATI~
     -Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana.~


Wallahua'lam.~

ANDAINYA RASULULLAH S.A.W MASIH ADA...Ingin sekali mendengar gurauannya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma solli wasallim 'ala muhammad...

perkongsian bersama tentang SYAMAIL MUHAMMADIYYAH-(Peribadi Rasulullah s.a.w)

KISAH PERTAMA:

Anas Bin malik r.a berkata:suatu hari Zahir(seorang lelaki kampung Badwi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w pun membungkusnya ketika hendak pulang.Baginda berkata kepada sahabat-sahabat yang lain,:''Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita,dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya''.Rasulullah s.a.w sendiri sangat menyenangi Zahir walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Suatu ketika,Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan.Baginda terus mendakap Zahir dari belakang.Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata:''siapa ini?''lepaskan aku!''.Setelah itu Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w.Dengan itu Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih,Rasulullah s.a.w kemudian secara bergurau,Rasulullah s.a.w berkata:''Siapakah yang hendak membeli budak ini??''.

~Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)








KISAH KEDUA:

Hassan Al-Basri berkata:
''Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w sambil berkata:
''Wahai Rasulullah,doakanlah agar saya boleh masuk syurga''.Baginda pun menjawab:''Wahai Ummu!Syurga tudak dihuni oleh perempuan yang sudah tua''.Mendengar hal itu,perempuan itu segera beredar sambil menangis.

Maka Rasulullah s.a.w berkata kepada sahabat:''Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga di dalam keadaan tua.Allah s.w.t berfirman:

''Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh) yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya''.

(Surah Al-Waqi'ah;ayat 35-37)

~Riwayat At-Tirmidzi dan Al-Tabarani).






Selasa, 11 Disember 2012

KITA TIADA BEZA.....~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..jangan kita lupa ucapkan alhamdulillah kerana Allah s.w.t masih lagi memberikan nyawa sebagai pinjaman kepada kita..malam ni sahabat-sahabat seperjuangan ana akan bertolak ke Jordan untuk meneruskan jihad dalam menuntut ilmu di sana..Alhamdulillah..Allah berikan jalan yang mudah buat depa.Ana?Insyaallah..tak lama lagi ana aka menyusuri mereka.Amin23x..!:D.

Sekarang ni fenomena orang-orang terlebih muda nak bercouple dan teringin2 nak kahwin.wah2..ramai dah rakan-rakan yang sebaya dengan ana dah bernikah.untungnya!..~_~..tak apa.jodoh tu Allah yang tentukan.bukan mausia dan juga fenomena sekarang adalah saling kutuk mengutuk kejadian Allah s.w.t..kutuk apa tu?hmm..kutuk mengenai rupa,kelemahan dan membandingkan diri seseorang..pernah jugak kan kamu-kamu semua membandingkan diri kamu dengan kawan-kawan yang lain dari segi rupa dan harta?
meh nak bagi sikit kenapa Allah ciptakan manusia pelbagai rupa,bangsa,dan agama..:)..

firman Allah s.w.t:

''Setelah sempurna kejadian manusia,Kami bentukkan dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya''

(surah Al-Mukminun:ayat 14)

Dalam Al-quran pun Allah dah sebut yang Allah ciptakan manusia berlainan rupa ada sebabnya..contoh macam jari-jari di tangan kita.kalau jari-jari ni Allah jadikan sama bentuk,tak ada yang kecil,tak ada lekuk,agak-agak kita boleh makan tak??..boleh kita kaut nasi tak?.

Macam tu juga manusia.Setiap orang adalah unik dan setiap orang juga ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu.Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah S.A.W kerana baginda telah ditentukan maksum.Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah,buruk,hina,sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Wahai sahabat-sahabat ana tidak kira lelaki atau wanita,tak perlu rasa susah hati disebabkan gemuk,tidak menarik,rendah malah cacat.Biar macam mana keadaan kamu,kamu tetap unik dan tanpa kamu alam ini tidak sempurna.

Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya''

(surah At-Tin:ayat 5)




jangan kaitkan dengan politik.hanya gambar hiasan..huhu

Memang Allah s.w.t menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.Di situlah berkuasanya Allah.Dia berhak dan mampu membuat apa saja mengikut kehendakNya.

Sahabat-sahabat ana dan termasuk juga ana mesti rasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita.Nah!anggap ja ianya satu kelebihan.Jika kita rasa kita ni buruk,ia satu kelebihan yang tidak ada pada orang cantik.:).Adakah kecantikan itu sentiasa membawa untung?Tidak.tidak selalunya begitu.Kadang-kadang kecantikan itu memusnahkan.Setelah kita dikenali sebagai cantik,ketakutan kita terhadap keburukan lebih besar daripada jika kita semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk.Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.Saat menjadi tidak cantik pasti tiba,Bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.Samalah halnya,kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak kebaikan di atas muka bumi ini.

Tontonlah filem atau drama di TV.Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.Jika kita buruk setidak-tidaknya kita bebas rasa riak dan takbur(Segelintir saja..^_^..)

penghuni neraka kebanyakkannya adalah wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya.Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk tapi dia faham Allah s.w.t tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik,orang buruk,orang rendah,orang kurang upaya,semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan manusia selalunya tersasar.Hargailah diri kita sebab kewujudan kita Membuktikan kebesaran Allah s.w.t...^_^...





semua ni yang penting..:)..~


Kita Tiada Beza ok..~~..:)..



Ahad, 9 Disember 2012

pada dirinya ada Redho Allah untukku...~

Bismillahirrahmanirrahim.........

alhamdulillah...hari ni entry ana mengenai 'REDHO'' diriku ada padanya.entry kali ni ana macam bercerita sikit mengenai perjalanan serba sikit hidup ana ni.dalam hidup ana ni tak ada apa yang happening,best or sebagainya macam kawan-kawan ana yang lain diluar sana.hidup ana simple tapi masih dikelilingi ilmu agama Allah yang sempurna.

Ana bersyukur kerana dikurniakan kedua orang tua ana yang mendidik ana dengan baik(kadang kala rasa terkongkong juga).tapi semua itu untuk kebaikan ana dan adik-beradik ana.keluarga yang utama..:)..

inilah keluarga besar ana..:)..


Sungguh!bila kehidupan kita diberi,diberi dan diberi tanpa diuji,kita akan rasa seronok ja kehidupan ini..
Bila kita di timpa kesusahan sikit,terus merungut!mesti terdetik dalam hati,''Hidup ni tak adil''..tidak ada keadilan di dunia melainkan di akhirat...

Dah terlajak ana bermuqaddimah..huhu..sebenarnya ana nak kongsikan di sini mengenai emak ana.
kan redho Allah terletak pada kedua orang tua kita,kan?tapi ana terfikir2 dan fikir dan fikir,''aku dapat ke redho itu?''

Firman Allah S.W.T:
''Wahai orang-orang yang beriman!bersabarlah kamu(dalam menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan,dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).''

(Surah Al-Imran:200)


selepas keluarnya mak ana dari hospital,ana,adik kembar dan kakak ana telah membahagikan tugas-tugas untuk menjaga seorang ibu(kat sikit boleh tengokkan,seorang ibu boleh jaga 10 orang anak).tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang mak.nak jaga mak saja,dah kena tiga orang..

masa jaga mak,ada saja peristiwa yang akan terjadi.mak akan marah-marah,sekejap2 seakan2 nak menangis.pening juga nak faham~_~...

suatu hari,mak ana tak mahu makan ubat,puas ana pujuk,mak tak mau makan jugak,sampaikan ana tertinggi suara kat mak.sedangkan dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman:

''Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibu bapa,ibunya telah mengandungya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyapihnya dalam dua tahun<1>.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang ibu bapa kamu,hanya kepadaKu lah kembalimu..''

(Surah Luqman:14)

Ana cuba belajar menjadi seorang penyabar sebab ana ni seorang yang cepat naik darah-_-(burukkan sikap ni)tapi tu lah hakikatnya.kak teh ana pernah bagi nasihat pada ana:''Moga2 adik2 kak dapat bersabar dengan ujian yang mendatang.Yakinlah Allah pasti akan beri hadiah bernilai buat adik2 kak.di usia muda ni adik2 kak korbankan masa untuk bonda tercinta.Tak semua orang boleh buat dik.Satu ja kak pesan,jaga hati..sentiasa mohon agar dikurniakan sifat ikhlas.Ikhlas itu milik Allah.Banyakkan beristighfar.Moga Allah redho dengan segala apa yang kita lakukan.ingat,redho kita ada pada mak,kalau mak tak redho dengan kita,apatah lagi Allah.''


Allah...ana rasa macam tak mampu.ana rasa dah putus asa.sebab selama ni ana hanya tengok di tv,anak derhaka pada mak,anak yang sanggup jaga mak ayah ketika diorang tua.bila tengok anak-anak yang derhaka pada mak ayah,hati terdetik:''anak-anak yang tak kenang budi..jaga mak ayah bukannya susah.
Tapi bila benda ni jadi dan berlaku pada diri ana,Allah,Allah,Allah...terasa diri tumbang,lemah..''Ya Allah..berikan kekuatan pada hambaMu ini''..

Tengah hari tadi,ana teruskan rutin harian ana menyuapkan makan tengah hari pada mak.tiba-tiba lauk dari atas pinggan terjatuh.Mak suruh ana kutip,ana kata,''tak pa mak,habis chaq suap mak,chaq kutip''.mak ana terus menjerit marah..hati ana tiba-tiba saja panas,rasa macam nak marah.ana terus masamkan muka ana.ana  ingat mak ana tak perasan dengan riak muka ana.

Tengah ana bersiap untuk keluar beli barang,kak ana panggil.kak ana kata mak ana nak jumpa ana.ana dengan berat hati terus ke bilik mak.mak tengah baring.ana tanya mak ana,''nak apa mak?''..dengan suara perlahan mak ana kata:''mm...mmaak...mmaak...mak nn...nnak...min...minntak maaf k....kk..kt chaq...''mak terus menangis..ana sebak..Ya Allah..berdosakah aku?!.ana dah bagi mak ana mengalirkan air mata,padahal ana tak marahkan mak ana.ana terus kata,''tak dak apa-apa mak.chaq tak marah mak.mak jangan mintak maaf''..Ana terus kucup dahi mak.''chh..chhaq ma...mmarah mak?''mak bertanya,''ana sekadar menggelengkan kepala..sebak:'(...

Ya Allah...ajarkanlah aku erti sabar..Aku mahukan redhoMu..sesungguhnya redho ku ada pada dirinya...

IBUKU.......



Allah tidak zalim kepada Hamba2Nya...


mak dan ayah tersayang...



dalam satu kesusahan,Allah datangkan dua kemudahan..<3.~





p/s:-ana(saya)
  ~Ana itu dalam bahasa melayu maksudnya saya.itu perkataan arab..maaf kalau rasa macam ''skema ja ayat ana'' tapi itulah ana..serba sikit pengajaran dari kisah ana.jangan jadi anak yang tidak baik macam ana..:'(



Khamis, 6 Disember 2012

SAAT NUR HIDAYAH ALLAH MENYAPA DIRINYA.~~

Bismillahirrahmanirrahim....



Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
lahirnya dari keluarga yang cukup sederhana..
tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang kuat ajaran agamanya...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
sifat keras kepala,merungut dah sebati dalam dirinya..
dia bukanlah malaikat atau bidadari syurga...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
nasihat dari ibunda dan ayahnda tercinta didengar tanpa rela..
kadang-kala sentiasa menyakiti hati orang tua..

Dia hanyalah gadis yang biasa...
dihantar belajar ke sekolah agama,
agar dapat merubah akhlak menjadi seorang muslimah yang berguna,
itulah harapan kedua orang tuanya...

Dia hanyalah seorang gadis biasa..
masih tetap dengan pendiriannya...
tiada siapa yang dapat menyangkal apa dirinya kata..
itulah dirinya..

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa..
dulunya sentiasa menghafal al-quran tanpa rasa jemu di dada,
tetapi sekarang al-quran hilang sikit demi sikit,
yang dikejarnya hanyalah nikmat dunia...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
dulunya tidak pernah kenal erti cinta antara lelaki dan wanita,
tetapi bila dirinya terjebak ke kancah cinta,
makin dia seronok mengejar cinta manusia..

Kadangkala apabila ujian tidak menjengah,
Gadis biasa itu lupa untuk memohon,
Kadangkala apabila kehidupan tidak pernah diuji,
Gadis biasa itu lupa untuk Meminta...

Lantaran itu,hati gadis biasa itu terasa KOSONG..
Bukan kerana ujian terasa berat..
Tetapi jarak dan hubungan antara gadis biasa itu DenganNya yang tanpa sedar semakin JAUH...

Dalam senang,gadis biasa itu itu lupa untuk Meminta:
''Semoga Allah lancarkan segala urusanku''
Semoga Allah membantuku melalui hari-hari seterusnya..''

Gadis biasa itu lupa diri,Terasa diri mampu menjalani hari,
Tanpa perlu memohon padaNya..


TETAPI KINI...

Gadis biasa ini menyesali akan dirinya sendiri...

''Ya Allah..zalimnya diri ini..
Mungkin kerana itu,hati dia terasa kosong walau hidup terasa senang,
kerana sejujurnya,gadis biasa ini telah jauh dari Allah..

Ujian yang dia rasai akibat dari perbuatan masa silam,
merupakan TARBIYYAH buat diri gadis biasa ini..

Gadis biasa ini ingin mencari jalan pulang...
jalan yang dulunya dia kecapi semasa dia kecil..
jalan menuju redho Allah yang hakiki...

Gadis biasa ini cuba belajar membuang sikapnya yang degil..
cuba belajar mendengar nasihat orang tuanya dengan rela..
cuba mencari di mana kelemahan dirinya..

Gadis biasa ini ingin kembali menjadi seorang muslimah yang cintakan Al-quran..
Ingin merasai nikmatnya akhirat..
ingin menjadi perindu pada ayat-ayat cinta yang didambakan oleh orang-orang yang soleh..

walau gadis biasa ini tahu..
dirinya tidak dapat menjadi seorang muslimah yang solehah..
asalkan biarlah gadis biasa ini menjadi seorang wanita yang bertatih mencari redho Allah dan Rasulullah S.A.W...

Terima Kasih kepada Allah s.w.t yang selalu menegur dan menasihati diri gadis biasa itu...


DAN....

Dia hanyalah seorang Gadis biasa itu adalah diri aku.....~~.