Pengikut

Ahad, 25 November 2012

BALANCE DAN KEHIDUPAN..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Umpamanya..:

1)Dari bujang--->Kahwin No.1--->no.2--->DLL.
2)Dari pakai Moto Kapcai--->Kancil--->Wira--->Honda--->dan seterusnya.....
3)Badminton--->Bowling--->Golf...
4)Rumah sewa--->Rumah murah--->Rumah teres--->rumah Banglo...
5)Technician--->Supervisor--->Engineer--->Manager...
6)Tv '14'--->'21'--->'29'--->Home Theather...
7)Sg.Danga--->Tanjung Leman--->Langkawi--->Hadnyai--->Bangkok...
8)Dalam semua segi kita mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour...
9)Mancing dekat parit/longkang--->Sungai--->Kolam(bayar punya)--->Laut dalam(sewa Bot mewah)...



Tetapi.....
Kita Juga Lupa....
Semakin banyak kita kecapi Kejayaan,semakin hampirlah saat kematian kita...
Ditakuti semakin berjaya,kita semakin lupa,semua yang kita dapat adalah 
Pemberian Tuhan ''On Loan''...

Setiap kali kita buat action Plan atau buat Revision,
berapa banyakkah kita masukkan item-item yang membawa kearah 
''Persediaan untuk mati''



Umpamanya:

1)Tak sembahyang--->pastikan sembahyang--->jadikan amalan...
2)Banyak maksiat--->kurangkan--->hapuskan...
3)Bangi--->Madinah--->Makkah...
4)Sedekah RM1.00--->RM10.00--->RM100.00...
5)Sembahyang di rumah--->Sembahyang Di Surau/Masjid...
6)5jam sehari menonton tv--->3jam tv&2jam majlis ilmu...
7)3 jam baca suratkhabar/majalah/internet--->2 jam majalah/surat khabar/internet &1 jam membaca Al-Quran/selawat & zikir....
8)Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT...


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah
PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada ke arah KEDUNIAAN SEMATA-MATA..
Perkara berkaitan AKHIRAT slowly diketepikan...

Jadi,sama-samalah kita membuat
BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET DAN BALANCE IMPROVEMENT.^_^..





ANTARA 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI...~~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...perkongsian ilmu lagi untuk hari ini 25/12/2012...
Selalu orang tua-tua kata ''siti'' ni nama samaran untuk tikus..hah?!kenapa jadi macam tu?'!sedangkan dalam islam kita tahu para-para srikandi islam kebanyakkannya nama bermula dengan ''siti''..
Disini ana kongsikan 9 ''siti'' yang patut di contohi oleh muslimah-muslimah diluar sana..Insyaallah...


1)SITI KHADIJAH.
-Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah s.a.w,setia dan  menyokong Rasulullah s.a.w walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik.Beliau menghantar makanan kepada baginda Rasulullah s.a.w ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2)SITI FATIMAH AZ-ZAHRA.
-Merupakan anak Rasulullah s.a.w yang tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dansetia kepada suaminya Ali  r.a walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan satu batal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali r.a.Rasulullah s.a.w pernah berkata:''Aku takkan maafkan kamu Fatimah sehinggalah Ali memaafkanmu.''


3)SITI AISYAH HUMAIRA'
 -Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang paling romantik.Sanggup berkongs bekas makanan dan
 minuman dengan Rasulullah s.a.w.Di mana Rasulullah s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan  bekas yang sama.


4)SITI HAJAR.
-Beliau ialah isteri nabi Ibrahim a.s yang patuh kepada suami dan suruhan Allah s.w.t.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s atas suruhan Allah s.w.t demi kebaikkan.Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s(Pengorbanan seorang ibu mithali).


5)SITI MARYAM.
-Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengadungkan Nabi Isa a.s.


6)SITI ASIAH.
-Isteri kepada Fir'aun,raja Mesir yang zalim yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada suaminya sendiri iaitu Fir'aun Laknatullah...


7)SITI AMINAH.
-Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w.Mendidik Baginda menjadi insan yang mulia.


8)SITI MUTI'AH.
-Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah s.w.t syurga untuknya kerana setianya kepada suami,menjaga makan minum,menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9)SITI ZUBAIDAH.
-Wanita kaya yang dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T...








Khamis, 15 November 2012

BAIK ATAU JAHAT JODOHKU ITU?INI JAWAPANNYA~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..hari ini 15/11/2012 Allah s.w.t masih lagi meminjamkan nyawanya buat ana hambaNya yang lemah lagi hina..Ana berkesempatan lagi untuk berkongsi ilmu mengenai......Apa ya?nak kata cintan-cintun,tak kot..tapi berkait-kait juga rasanya...

muslimin dan muslimah di luar pernah kan tertanya-tanya, ''siapa jodohku?tiada bayangan untuk ku tahu siapa jodohku kah?.bagi kaum muslimah mesti berkata,''Handsome ke tidak bakal jodohku itu?.Monolog si teruna pula,:''Cantik bak bidadari kah bakal pendampingku nanti?..Dan berkemungkinan serentak muslimin dan muslimah itu berkata,:''Kalau tidak seperti apa yang aku gambarkan bagaimana?!!

Cik Gadis dan Cik Teruna..janganlah risau akan jodohmu..Allah s.w.t  dah tetapkan yang terbaik buat kamu..Kamu tidak redho dengan ketetapan dari Allah S..W.T ka?Jika manusia tidak menyakini salah satu dari rukun iman,maka imannya adalah kosong!.Ingat-ingat..^_^




''Lelaki yang baik@soleh untuk perempuan yang baik@solehah,begitu juga sebaliknya dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,begitu juga sebaliknya..''

-pernah dengarkan janji Allah s.w.t kepada hambaNya??

pernah ada seorang adik junior ana bertanya pada ana:

''kak,kalau tu janji allah,kenapa dik tengok ada ja lelaki yang berakhlak jahat dapat muslimah solehah sebagai isterinya,begitu juga dengan seorang wanita yang kurang akhlak nya mendapat seorang lelaki yang soleh sebagai suaminya..macam kakak saya dan suaminya..kakak saya jahat,sembahyang pun ada yang tinggal sedangkan suami dia tu seorang yang baik dan alim lagi.adakah Allah sengaja nak bebankan hambaNya?adakah Allah memungkiri janjiNya??''

ana tersenyum mendengar soalan adik junior ana tu..lalu ana terangkan satu-persatu padanya..:

''dik..Allah tak pernah mungkir pada janjiNya apatah lagi membebankan hamba2Nya..tahu tak apa maksud di sebalik janji Allah itu?..bagi pandangan akak,maksud Allah katakan di situ ialah manusia boleh berubah..sejahat-jahat mana pun manusia itu,dia bakal berubah ke arah fitrah yang dijadikan untuknya,iaitu fitrah beragama.begitu juga orang yang baik2,tak mustahil baginya ingin berasa melakukan kejahatan..bila adik lihat muslimah yang solehah mendapat seorang suami yang tidaklah baik akhlaknya,begitu juga lelaki yang soleh mendapat isteri yang kurang baik akhlaknya,itu menunjukkan Allah sayang pada hamba2Nya..Allah tahu apa yang Dia aturkan..Allah buat begitu kerana apa?kerana Allah tahu si suami muslimah solehah dan si isteri lelaki yang soleh itu akan berubah menjadi baik akhlaknya..Allah aturkan begitu untuk perkara yang baik melengkapi atau menutupi yang aib..jadi sama kan dengan janji Allah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya?..jangan sesekali kita mengatakan ee...tak sesuai la dia tu dengan orang baik2.dah la diri tu jahat,seumpama kita mempersendakan aturan Allah s.w.t.siapa lagi yang mahu membimbing mereka yang kurang akhlak dan agama kalau bukan kita yang alim lagi berilmu.bila jodoh Allah tentukan yang baik mendapat yang baik,Allah mahukan yang bterbaik lagi dalam amal ibadat mereka..insyaallah......"

adik senior itu tersenyum lantas berkata:''Allah Maha Hebat..hanya daya dan kekuatanNya sahaja...baru adik faham..jadi tak salahkan kalau adik nak kahwin dengan
Fahrin Ahmad?boleh membimbingnya ke jalan yang benar.kan3??.''

Ana tersenyum sahaja..:''ada2 ja budak kecik ni..''

~Siapa kita untuk menghukum manusia sedangkan Allah itu lebih Maha KuasaNya..Allah3...Muhasabah diri kembali..~
 






LELAKI NERAKA..~~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..Dengan izin rahmat dariNya,ana berkesempatan lagi menulis setiap apa yang ana pelajari untuk dikongsikan bersama-sama sahabat ana yang mengenali ana atau tidak..:)..

Insyaallah,kali ini ana belajar mengenai LELAKI AHLI NERAKA..Aik!bukan wanita ke yang kebanyakkannya ahli neraka?.kenapa lelaki pula di katakan ahli neraka?hmm..Mula-mula ana tertanya-tanya juga lepas dengar ustazah ana bagi kenyataan seperti ini.Berdebar-debar hati nak tahu kenapa lelaki ahli neraka pula ye.Ana bertanyakan pada ustazah ana,:''Ustazah..kenapa dikatakan lelaki ahli neraka?apa buktinya dan dalilnya?bukankah wanita itu yang banyak dilihat oleh Nabi Muhammad S.A.W didalam neraka?''ustazah itu hanya tersenyum mendengar soalan ana yang bertubi-tubi itu sampaikan tak tahu nak jawab yang mana satu.he..

''Hanani..Betul kata kamu yang wanita lebih ramai menjadi penghuni neraka.''Ustazah ana mula berkata-kata.''Tetapi yang dikatakan lelaki ahli neraka di sebabkan oleh wanita juga.Bukan wanita saja yang Allah memberikan tanggungjawab yang besar tetapi orang lelaki lagi besar tanggungjawabnya.Lelaki yang menjadi ahli neraka terdiri daripada 4 golongan yang ditarik oleh wanita ke neraka.

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA IALAH:

~AYAH~
*Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengajar membaca al-quran dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

~SUAMI~
*Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas dengan lelaki di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak pernah bertangguh dan puasa tidak pernah tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

~ABANG-ABANGNYA~
*Apabila ayahnya sudah tiada,maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat kelak.

~ANAK LELAKI~
*Apabila seorang anak lelaki tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran,mengumpat,mengata dan sebagainya,maka anak itu akan disoal siasat dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka.







''Sekarang hanani dah faham maksud ustazah kenapa lelaki juga menjadi ahli neraka?''Tanya ustazah kepada ana.''Faham dah..''jawab ana.

''Oleh itu,kalau kamu tidak mahu 4 golongan lelaki yang di atas menjadi salah seorang ahli neraka,jadilah seorang muslimah yang baik,yang menjaga tatatertib seorang muslimah islam.Bila kita sempurna mengikut syariat,insyaallah Allah tidak akan mempersiakan hamba-hambaNya.''Pesan ustazah ana mengakhiri kelas pada hari ini...


Pengajaran:
~para lelaki jangan berdiam diri jika seorang wanita melakukan kemungkaran.Tidak kira la wanita itu adik beradik,isteri,hatta ibu kita sendiri sekalipun.Tanggungjawab seorang lelaki,suami,ayah,abang,dan anak lelaki itu sangat penting.bukan berjihad di jalan Allah saja kena semangat,nak mendidik pun perlukan jihad yang kuat..

Dan para muslimah juga jangan degil apabila antum berada dalam zon didikan..patuhi pada kewajipan islam yang sebenar.Jihad melawan anfsu itu lebih besar ganjarannya daripada berjihad perang..

INGAT2..^_^





Rabu, 14 November 2012

MUSLIMAH!CIPTAANMU ADALAH UNIK.~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Illahi dengan limpah rahmat serta kasih sayangNya ana dapat menulis lagi di kanvas usang ana ini.Ana menulis artikel ini dengan rasa kasih dihati kerana ana lihat,sudah hilang mawar berduri islam yang masih ada sengat durinya..Semuanya telah menjadi bunga yang layu dek di tindas dunia fana ini.Renungkanlah isi yang ana akan tulis atau sampaikan ini.Hayati maknanya,aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya.Jadikanlah pesanan ana ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah.Insyaallah..


''Muslimahku..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu UNIK.Tercipta dari tulang rusuk kiri Adam yang bengkok.Menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu boleh menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Namun,tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang.Tapi awas!Duri yang melingkari boleh membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


''Muslimahku...
Ana suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid.Bentengilah dirimu dengan PERASAAN MALU yang pertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah S.W.T.
Hiasilah wajahmu dengan TITISAN WUDHUK.Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah IA TIDAK MELIHAT KEPADA LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.
SESUATU YANG TERTUTUP ITU LEBIH BERHARGA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SESUATU YANG TERDEDAH.Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan di dalam satu bekas yang tertutup.Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita Solehah yang taat dan patuh pada perintah Allah .S.W.T dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama adam.Namun,ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu,lebih-lebih lagi dengan ''title'' gadis yang kau miliki.Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.



Namun ingatlah muslimahku yang ku sayangi....
SESIAPA YANG INGINKAN KEBAIKAN MAKA ALLAH S.W.T AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN-JALAN KE ARAH ITU.Yang penting muslimahku..Engkau mesti mempunyai azam,usaha dan istiqomah..

Muslimahku..
Akuilah hakikat DIRIMU MENJADI FITNAH KEPADA KEBANYAKAN LELAKI.Seandainya pakaian malumu kau tinggalkan dari tubuhmu,maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ada mengatakan tentang bahaya dirimu:

''Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita.''

Oleh itu muslimahku...
SETIAP LANGKAH DAN TINDAKANMU HENDAKLAH BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum adam.Kau harapa ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang boleh menggoncangkan dunia dan sentuhan lembut tanganmu.

Muslimahku..
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insani,namun ramai diantara kamu yang tewas kerana CINTA..
BERCINTA ITU TIDAK SALAH TETAPI MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH.Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.Benarlah sabda Rasulullah S.A.W:

''Sesungguhnya cinta itu buta''

CINTA ITU MAMPU MEMBUTAKAN MATA DAN HATIMU DALAM MEMBEZAKAN PERKARA YANG HAK DAN YANG BATIL APABILA KAU MELETAKKAN CINTA ITU ATAS DASAR NAFSU DAN TIDAK KERANA ALLAH S.W.T.

Sebelum engkau mendekati cinta,CINTAILAH DIRIMU TERLEBIH DAHULU.Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik,yang berasal dari setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T.Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu.

Muslimahku...
MENCINTAI ALLAH S.W.T DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YANG HAKIKI DAN ABADI.Kerana hati yang pecah dan retak,apabila diberika kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai.Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah S.W.T sudah pastinya ia akan bertaut kembali.Dalam usiamu sibukkanlah dirimu denga ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya,terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama:

''Tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahgiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri.''

~ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA..''

Wallahua'lam..~~







Isnin, 12 November 2012

ILMU ITU SATU CAHAYA..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam kehidupan seharian,setiap benda yang kita lakukan,semestinya memerlukan ilmu..Kadang-kadang kita dengar orang akan berkata,''Ilmu itu cahaya.ilmu itu akan menerangkan hati yang buta.''ada juga yang berkata,''Ilmu itu perlu dicari,bukan menunggu ilmu itu jatuh bergolek di hadapan kita..''

Dunia sekarang,mementingkan ilmu,terutama ilmu dunia berbanding ilmu akhirat..Padahal ilmu akhirat itu amatlah penting buat kita dan ia merangkumi ilmu duniawi jua.Ingatlah bahawa dunia ini adalah jambatan menuju ke akhirat dan dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.''

Sabda Rasulullah S.A.W:
''Siapa yang berkehendakkan dunia,dia mestilah mempunyai ilmu.Siapa yang berkehendakkan akhirat,dia hendaklah mempunyai ilmu.Siapa yang berkehendakkan kedua-duanya,maka hendaklah dia mempunyai ilmu.''

(Riwayat Muslim)

Allah S.W.T berfirman:
''..Katakanlah:Adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan?.Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang yang berakal''

(Surah Az-Zumar:Ayat 9)


Sahabat-sahabat ana yang ana sayangi.
Secara umumnya kita tahu ilmu dikategorikan kepada dua iaitu:

1)Ilmu Fardhu Ain
2)Ilmu Fardhu Kifayah.


ILMU FARDHU AIN:
-Ilmu ini lebih menjurus kepada perhubungan secara langsung antara manusia dengan Allah .S.W.T.Ilmu ini mengajar dan membimbing kita untuk melaksanakan kewajipan dan amalan pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T secara mutlak.

Sebagai seorang yang beragama Islam,wajib kita mempelajari ilmu fardhu ain yang terdiri daripada ilmu Aqidah,Syariah dan Akhlak.Ketiga-tiga bidang ilmu ini penting kerana merupakan asas untuk menanam aqidah dan keimanan dalam hati dan jiwa untuk melahirkan insan yang baik dan sentiasa mengharapkan keredhoan Allah S.W.T.





ILMU FARDHU KIFAYAH:
-Walau bagaimanapun,setiap muslim juga wajib menuntut ilmu fardhu kifayah sebagai pelengkap kepada ilmu fardhu ain yang bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah s.w.t.Tuntutan untuk menguasai kedua-dua kategori bidang ilmu tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kita untuk mencapai kesejahteraan hidup setiap individu,membangun masyarakat dan negara.

Pembahagian ilmu ini tidak bermakna bahawa kita perlu membahagikan juga persepsi kita kepada dua.kedua-dua ilmu ini adalah wajib walaupun satu fardhu ain satu fardhu kifayah dan dengan mempelajari mana-mana ilmu tersebut kita akan diberikan balasan pahala.

Malah,cara kita mununtut ilmu juga tidaklah perlu 'dispecific' kan.Contoh yang ana boleh berikan ialah usrah bukan hanya tempat untuk belajar ilmu agama dan bermain di padang atau pergi ke kelas bukan bermakna kita tidak belajar ilmu agama langsung.

Sepatutnya dengan melakukan semua perkaran ini,akan dapat memantapkan lagi ilmu kita dan merapatkan diri kita kepada Allah S.W.T.Dalam kehidupan kita ni,tidak pernah wujud masa untuk tidak menuntut ilmu bagi seseorang Muslim.(Dengan tidur yang teratur sekalipun bermakna kita belajar untuk mendisiplinkan diri kita)





Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu.Manakala orang yang bodoh akan menganggap dirinya adalah orang yang sangat pandai..Ini adalah kehidupan di dunia.

Saidina Ali r.a telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya mengenai ilmu.:


''Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi.Manakala harta pula warisan Qarun dan Fir'aun.Ilmu boleh menjaga diri kamu,sedangkan harta,kamu yang akan menjaganya.
Orang yang mempunyai ilmu memiliki ramai teman.Sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika diamalkan.Sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.Pemilik ilmu pengetahuan akan sentiasa dihormati.Sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai kedekut.Pemilik ilmu akan memberi syafaat.Manakala pemilik harta akan dihisab.Biarpun masa berlalu,namun ilmu tidak akan lapuk di telan zaman.Tetapi harta itu semakin lama semakin usang.Ilmu pengetahuan dapat menyinari hati.Tetapi harta dapat mengeraskan hati.Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah S.W.T.Sedangkan orang berharta mengakui dirinya sebagai ''Pemilik''

ini perkongsian dari ana buat semua sahabat-sahabat ana..:)..

Wallahua'lam..

Ahad, 11 November 2012

PENGENALAN USRAH..~~

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah..mood untuk menaip hari ni agak ceria sikit dan dengan izin Dari Allah s.w.t dengan turunnya hujan asbab memberikan rezeki kepada semua Hamba-hambaNya ana rasa tenang sekali walaupun tak duk di luar rumah untuk tengok setiap titik hujan..

ana tertarik untuk menulis mengenai usrah..mesti ramai yang dah tahu dan mengikuti usrah ni..tapi ana tetap nak tulis juga permulaan mngenai usrah.kerana apa?kerana ramai yang tahu usrah tapi tidak faham apa sebenarnya yang nak di sampaikan dan yang diperlukan dalam sesuatu usrah itu sendiri...

seperti yang sahabat-sahabat ana tahu,usrah ni datangnya daripada bahasa arab yang membawa maksud keluarga....bila keluarga,dalam keluarga tu mesti kena ada apa?..siapa yang perlu di pimpin?apa yang hendak di pimpinkan?macam mana nak membentuk sesuatu keluarga,masyarakat atau kumpulan tu menjadi harmoni,aman dan sihat?!..^_^..ni muqaddimah dahulu..maaf kalau panjang lebar sangat..:)







Diatas tu hanya gambar hiasan^_^...Berbalik kepada pengenalan usrah.bila kita membina sebuah keluarga atau kumpulan atau apa2 NGO saja,pasti kena mempunyai tujuan..usrah juga macam tu..

Tujuan USRAH ialah:
-untuk memperkuatkan silaturrahim sesama ahli usrah ataupun dengan orang lain.Kita semua adalah bersaudara bukan melalui darah tetapi melalui aqidah juga.Antara hubungan darah dan aqidah,hubungan aqidah yang paling kuat...

Usrah mempunyai rukunnya sendiri..Ianya terbahagi kepada 3 Rukun,iaitu
1)ta'aruf(Berkenalan)
2)Tafahum(Bersefahaman)
3)Takaful(Berseimbangan)

Ana bagi contoh melalui persahabatan atau perkahwinan yang berkait dengan 3 rukun usrah ini.rukun yang pertama ialah:

-TA'ARUF:
   -bila kita temui seseorang,pasti kita ingin mengenali siapa dirinya yang menarik minat kita.Samada kita nak jadikan dirinya sahabat kita atau pasangan kita(bukan bercouple..^_^.).permulaan yang perlu kita lakukan adalah berta'aruf yang membawa maksud berkenalan.dalam proses berkenalan ini,ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan,berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama.Semasa sesi berta'aruf itu perlu mengikut syariat islam...Elakkanlah pada perkara-perkara yang boleh mengeruhkan ukhwah sesama kita semasa berada dalam usrah.

Firman Allah s.w.t:
''Orang-orang mukmin itu bersaudara.''
(Al-Hujurat:26-10)

Firman Allah s.w.t:
''Berpeganglah dengan tali Allah s.w.t semuanya dan janganlah kamu berpecah belah''
 (Ali-Imran:3:103)

Sabda Rasulullah s.a.w:
''Orang-orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain''

''Orang Muslim adalah bersaudara bagi Muslim yang lain.Ia tidak menzaliminya dan tidak juga membeiarkannya.''


Di sini dapat kita lihat Firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w bahawa perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka dalam perasaan belas kasihan mereka,dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu..







Ok,sekarang sahabat-sahabat ana dah mengetahui apa itu ta'aruf atau berkenalan kan..panjang lebar ana cerita tadi.mudah-mudahan dapat dipraktikkan didalam usrah masing-masing.Sekarang rukun usrah yang kedua,iaitu:

-TAFAHUM:
  -rukun yang kedua ini wajib perlu ada dalam diri seseorang.kenapa wajib?kerana kita inginkan sebuah persahabatan atau perkahwinan yang kekal dan berkasih sayang,sudah tentu persefahaman perlu ada dalam sesebuah perhubungan.Begitu juga didalam usrah ini..Setiap ahli usrah perlu bersefahaman dengan ahli-ahli kumpulannya dan juga dengan naqibah..Dalam rukun ini,anak-anak usrah boleh menasihati atau memberikan pandangan yang memberikan manfaat terhadap ahli usrah yang lain kepada naqibah..

Pada masa yang sama,selain bersefahaman antara ahli-ahli usrah dan naqibah,rukun kedua ini juga mengajak saling nasihat-menasihati apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat sesama ahli usrah.Ketika rakan-rakan yang lain memberikan nasihat,ahli-ahli usrah yang lain perlu bersifat terbuka menerima segala yang di nasihati oleh ahli usrah yang lain.Yang pemberi Nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.

Ini penting yang ana nak bagitahu pada ahli-ahli usrah.Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib dan kalau sahabt itu tidak berdaya menanggung kesilapannya,biarlah diri sahabat itu sendiri yang menceritakan kepada naqib@naqibah sendiri.

Ana menitikberatkan akan satu hal ini.Jika ada sahabat-sahabat kita yang melakukan kesilapan,janganlah kita tawar hati untuk menegurnya,memberi nasihat dan dorongan kepadanya untuk berubah ke arah kebaikan.Allah sayang kepada hambaNya yang sentiasa menuju kearah kebaikan..

Rasulullah s.a.w bersabda:
''Agama itu nasihat.''

Oleh itu,perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini.Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi RahmatNya kepada kita.




Rukun yang terakhir ialah:

-TAKAFUL:
   -Takaful ni bukan bermaksud takaful insurans tu ya..tu yang lain..ini adalah kalimah arab..^_^.Maksud takaful ialah memelihara nasid sesama ahli-ahli usrah agar tiada sahabat-sahabat yang terbiar atau terlalai.Rukun ni amatlah penting dalam sesuatu usrah..ahli-ahli usrah perlu faham dan amalkan dalam setiap ahli-ahli usrah.Takaful ini merupakan tunjang iman dan inti sari ukhwah yang sejati.Takaful juga boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar,ziarah-menziarahi,berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
''Kalau seseorang daripada kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ianya beriktikaf sebulan di dalam masjid''









Alhamdulillah..akhirnya ana berjaya juga menulis mengenai usrah..insyaallah sama-sama kita amalkan dalam usrah kita..faham,beramal dan beriman.~~..

Firman Allah S.W.T:
''Dan cukuplah Allah s.w.t menjadi penghitung(akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya)''

(Al-Ahzab:27:39)