Pengikut

Khamis, 27 September 2012

AKU HANYA WANITA BIASA...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
terima kasih kerana telah memilihku diantara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih..padahal kau tahu,aku hanya wanita biasa..yang sangat jauh dari sempurna.Aku ingin engkau tahu,aku bukan wanita yang sempurna..aku begitu banyak kekurangan dan engkau perlu tahu akan ini..

Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tidak sebijak Siti Khadijah..Aku ingin kau tahu,aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyakitkan hati..Maka aku memohon padamu,bijaklah dalam menghadapiku,janganlah engkau marah padaku,nasihatilah aku dengan berhikmah..Kerana bagiku engkaulah pemimpinku,imamku dan aku mungkin tidak berani membangkang padamu...

Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah!..tak selamanya aku nampak cantik di matamu..ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh.mungkin sebab aku sibuk mengemas dapur,memasak untuk mu dan anak-anak kita nanti..(insyaallah).

Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah aku tidak sesabar Fatimah,serikandi syurga yang unggul..adakalanya engkau akan melihatku dalam keadaan marah,menangis tanpa henti..bukan kerana aku membangkang mu untuk berjihad di jalan Allah,tapi aku hanya wanita biasa,aku juga perlukan tempat untuk melepaskan beban hatiku..tetapi..ajarilah aku erti sabar wahai nakhodaku...

Padamu yang bakal menjadi imam dalam hidupku kelak...
Ketahuilah..aku tidak secerdas Aisyah r.a. isteri yang disayangi oleh Rasulullah s.a.w..maka jangan pernah bosan mentarbiahkan ku ini untuk membimbingku menuju kepada-Nya..walau kadang aku memberontak,rasa tidak senang,tetapi janganlah engkau letih mengajariku..kerana ketahuilah wanita ini sensitif...Janganlah engkau segan membangunkan ku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada kekasih yang Maha Penyayang..Jangan pernah letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..Bimbinglah daku ke Jannah-Nya...

Padamu yang bakal menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu..kau akan menemukan rambutku yang dulunya hitam legam dan indah,kelak akan menipis dan memutih..kulitku yang bersih akan mulai berkedut dan kendur..tanganku yang halus akan menjadi kasar..dan kau takkan menemukanku sebagai wanita cantik yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...bukan wanita muda yang selalu menenangkanmu..maka janganlah berpaling dariku..kerana rasa kasih sayang kerana Allah tidak pernah berubah dalam hatiku..

Redhoilah dan cintailah aku dengan adanya...jangan kerana diriku cantik..tapi pilihlah daku kerana agamaku..Allahu akbar...T_T



by-Mencari Kasih Murabbi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan