Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Mencari Kasih Murabbi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencari Kasih Murabbi. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Januari 2013

Epilog Seorang Hamba..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Lembaran baru bagi tahun 2013.Tidak ada apa-apa yang menarik dari tahun ke tahun,hanya meniti titian hidup yang rapuh.Ana rasa ini catatan ana yang pertama bagi tahun 2013.Maaf la,ana tak dapat update kanvas usang ni di awal ambang 2013.bukan kerana ana sambut perayaan tahun baru ni,tapi cuba bermuhasabah diri kembali.

Sekarang,usia ana makin lama,makin meningkat.Tak ada usia yang makin lama,makin menurun.wah!seronok kalau macam tu..:D.hehe..Walaupun bumi berputar dan akan bertembung dengan putaran yang sama,berulang-ulang kali,tapi masa,tahun,hari dan seangkatannya tidak akan berputar kembali pada awalnya semula.Lumrah kehidupan kita kan.

Sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik catatan kali ni.(selalunya tak menarik pun).-_-..tapi nak ajak sama-sama kita bermuhasabah diri kembali.Tiap-tiap tahun dari awal tahun kita lahir sehinggalah kita besar sekarang ni,pasti kita mempunyai azam,cita-cita,harapan dan macam-macam la.Macam tu juga ana..Ana mempunyai matlamat hidup,azam,cita-cita dan harapan.Bila orang tanya,''Apa azam baru nani?''.Ana dengan bangganya menjawap,''nani nak jadi seorang manusia yang berjaya,nak jadi seorang yang beragama,nak jadi nu,nak jadi ni,nak jadi tu,''..macam-macam azam yang nani tekadkan.Tahun berubah,azam dan harapan pun berubah.Memang kena macam tu ke?..-_-..






Dapat kita lihatkan?menanam azam atau harapan setiap kali berganti tahun itukan dah jadi macam satu adat?Matlamat kita sebagai hamba Allah hanya satu iaitu ''hidup dan matiku kerana Allah''..Matlamat inikan yang dicari?Bila kita sibuk menanam azam tahun baru ni,ana nak tanya la,azam tahun-tahun sebelum ni dah laksanakan sebaik mungkin?atau hanya memandang sepi saja?..Allah...Betapa tidak bersyukurnya manusia dengan nikmat hidup yang Allah s.w.t berikan pada kita.

mutiara kata dari Hukamak:
''orang yang tidak beriman memandang dunia ini dengan sebelah mata,sedang bagi orang-orang yang beriman memandang dunia ini dengan dua mata iaitu mata zahir dan mata batin.Dengan pandangan batin inilah orang tidak mahu berbuat kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya kerana itu pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya..''


Cuba renungkan,diri ana dan sahabat-sahabat ana ni tergolong dalam golongan mana?Yang mempunyai dua mata atau satu mata??

Dalam menempuh perjuangan insani,setiap kita menempuh berbagai rona-rona kehidupan.Menghiasi antara senyuman dan tangisan yang mengiringi setiap langkah dan perjalanan.Ada yang terjatuh kemudian bangun kembali dan ada yang terkubur ke lembah yang paling dalam bersama sejuta penyesalan.Ana akui,tahun-tahun yang lalu tidak satu pun azam ana terlaksana secara sempurna.sebab apa tak terlaksana?sebab ana bercakap,berazam itu mudah,tapi sebenarnya ana nak melaksanakan itu sangat,sangat,sangat susah!memang mudah untuk kita ungkap azam ingin menjadi seorang muslimah dan hamba Allah yang solehah dan bertaqwa,tapi untuk melaksanakannya,perlu meredahi duri-duri di jalanan perjuangan..~

Tahun-tahun sebelum ini ana makin sibuk berlumba untuk menggenggam duniawi.Sehingga nilai-nilai rohani sudah ana tidak mengendahkan lagi.Bagi orang yang bijaksana seperti kamu-kamu semua,pasti tidak akan melakukan kesalahan yang sama sebanyak dua kali..Ana lupa tnaggungjawab ana sebagai seorang hamba Allah bila harapan dan cita-cita ana kejar sehinggalah Allah menjentik ana sedikit untuk menyedarkan ana akan sandiwara dunia.Allah datangkan ujian buat ana kerana langkah ana yang tersadung.Ana diuji dengan fitnah yang melanda atas diri ini,orang-orang sekeliling membenci diri sehinggakan terasa diri ini tidak berguna.Bila Allah mengetuk relung hati ini,hikmahnya,ana bangkit dari tersungkur di lembah noda.

Allah masih sayangkan ana kan?..:)..

Itulah kehidupan seorang hamba@manusia yang sering alpa dengan nikmat dunia yang fana.Tak siapa akan menjangka,mungkin tahu 2013 ini adalah penutup tirai kehidupan kita,tak mustahilkan.?Jom muhasabah diri kembali..

DUNIA BUKAN MATLAMAT TERAKHIR:

''Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamat dan cita-cita hidupnya,nescaya Allah mencerai-beraikan urusannya,dan menjadikan kemiskinan menghantui dirinya,serta tidak akan datang keduniaan kepadanya melainkan sekadar yang ditetapkan.Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya,nescaya Allah menghimpunkan segala urusannya,serta mendatangkan kepuasan dalam hatinya,sementara dunia tunduk kepadanya.''


Ingatlah sahabat-sahabat ana,dunia ini adalah PINJAMAN yang harus DIKEMBALIKAN..

sedarlah kamu-kamu dari sandiwara dunia..~~












Ahad, 30 Disember 2012

Bahagia itu milikNya....~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..sebelum tu ana nak mengajak semua sahabat2 ana di alam maya ini memanjatkan kesyukuran pada Sang pencipta kita kerana masih menyayangi hamba-hambaNya dengan memberikan nyawa buat kita untuk hidup..tiap nafas yang dihembus keluar itu juga merupakan pinjaman seketika dari Allah..subhanallah...

Apa itu bahagia?apa yang dimaksudkan dengan bahagia?hmm..banyak persoalan yang diajukan kepada ana apa yang ana rasa dan tahu mengenai bahagia?.Siapa yang tidak pernah melalui saat bahagia itu..Ada yang menjalani saat bahagia itu melalui jalan kebaikan dan ada juga melalui jalan keburukan.Setiap perjalanan yang dilalui pasti ada halangan.apa yang Allah ciptakan semuanya berpasangan.(bukan pasangan lelaki dan perempuan saja.)..huhuhu..salah satu yang Allah s.w.t ciptakan iaitu kebahagiaan yang pasangannya adalah kedukaan..

Allah s.w.t berfirman:
''Allah menciptakan segala sesuatu dan DIA memelihara segala sesuatu''

(surah Az-Zumar:62)

Cuba kita renungkan,saat Allah menurunkan ujian dan dugaan kepada hamba-hambaNya,ada sebahagian daripada kita mungkin akan terdetik di hati,:''apa salah aku?adakah aku tidak cukup sempurna baiknya hingga kebahagiaan ku di uji dengan kedukaan?.''Tanpa disedari,kita telah mempertikaikan kejadian yang Allah ciptakan.Istighfarlah sahabat-sahabatku.Andai di waktu ini kita berasa akan kebahagiaan,ingatlah!kebahagiaan itu datang dari Allah s.w.t.




jangan sesekali meragui kekuasaanNya..


Jika kita tidak bahagia,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia.Jika kita malas,sebenarnya kita yang memilih untuk malas.Jika kita tidak kaya,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya.Jika kita tidak pandai,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai.Jika kita banyak masalah,sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.Mesti peningkan baca entry ni??..@___@..huhu..

Bagaimana kita menguruskan kesedihan dan kebahagiaan kita itu yang menjadi persoalan dan penilaian Allah s.w.t. Lumrah manusia.Ketika dalam kesulitan tidak lain tidak bukan pasti tikar sejadah menjadi destinasi kita.betulkan?Pasti saat itu kita meminta,memohon banyak-banyak daripada Allah supaya Allah menghilangkan segala musibah yang sedang melanda diri kita.Saat itu kita menjadi hamba yang paling,paling,paling naif meminta kesejahteraan daripada Sang Pencipta dan saat itu juga kita melafazkan pelbagai janji-janji akan patuh kepada Mu Ya Allah..Masa itu kita tak fikir,bila Allah s.w.t datang bahagia buat kita,kita lupa pada janji-janji kita pada Pencipta kita.Tahu tak apa akibat bila janji tidak ditepati??(bukan slogan 1malaysia ye)..huhu.

Firman Allah s.w.t:
''Dan ingatlah!ketika kami mengambil janji kamu dan kami angkat gunung (Sinai) di atasmu (seraya berfirman).''peganglah!teguhlah apa yang kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang ada didalamnya agar kamu bertaqwa.''..Kemudian setelah itu kamu berpaling.Maka sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu pasti kamu termasuk orang yang rugi.''

(Surah Al-Baqarah-2:63-64)
    

Ana juga jalani kebahgian yang berlainan dari kamu2 semua.setiap orang kebahgiaan yang lain-lain tapi kebahgiaan mendapat redho Allah adalah beza dengan kebahgiaan yang kita perolehi oleh manusia.Mahu bahagia atau tidak,itu adalah pilihan kita.Yang penting kita harus memiliki kesedaran yang tinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah..Full Stop!!Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau derita dalam membuat pilihan.Jika mahu bahagia,mudah saja.Sentiasa memastikan diri berada dekat dengan Allah s.w.t.Ingat dan berserah pada Allah s.w.t sahaja.Tidak perlu yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan berserah pada Allah s.w.tJadinya nrnti tidak ada paksaan di dalam beribadah.

Ibadah yang menyusul itu dilakukan kerana benar-benar ikhlas diilhamkan Allah s.w.t dengan taqwa terus masuk ke dalam jiwa.Tepuk dada,tanya iman,kita dapat tak rasai ilham dan taqwa Allah berikan untuk kita?Kalau sahabat-sahabat ana merasai kemanisan itu,Alhamdulillah.jika sebaliknya,kita istighfar dan check kembali segala amal kita.

Duhai  sahabatku..jika kamu2 semua diuji dengan kesakitan sama ada di gigit semut,terhiris dengan pisau,disahkan kamu menghidapi penyakit yang berbahaya,ingatlah!Allah bukan suka-suka hati untuk memberikan kita sakit,tapi itu tanda Allah menyayangi kita.mungkin kita terlupa untuk berdoa kepadaNya,mungkin kitasibuk dengan urusan dunia lalu kita meninggalkan urusan denganNya.Allah hanya jentit kita sikit saja untuk menyedarkan hamba-hambaNya yang lalai.Allah Maha Mengasihani.Kadang-kadang tak semua hal yang menggembirakan itu adanya bahagia.Mungkin di dalam derita itu terselit kebahagiaan buat kita..:)..Janganlah berasa derita menanggung sakit,tetapi anggaplah kesakitan itu teguran sayang dari Allah..:)..

Jika ada sahabat-sahabat ana belum menemui apa itu bahagia,janganlah bersedih dan berputus asa.Allah berikan kita kepahitan dahulu untuk kita menyusuri jalan2 kemanisan yang bakal tiba...
tersenyumlah dengan semua yang Allah tetapkan buat kita..Pepatah melayu ada menyatakan:''Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian''.




Tersenyumlah walau hati merintih..:')..


Wallahua'lam..~~




Sabtu, 29 Disember 2012

PENGORBANAN ITU PASTI..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..syukur tak terhingga buat Sang Penciptaku yang masih memberikan ana kesempatan untuk mencorat-coretkan dinding kanvas ini..Setelah selesai tugas ana terhadap bonda tercinta ana,sekarang,ana cuba juga curi masa di waktu malam yang sunyi hening ini untuk menulis artikel tentang ''PENGORBANAN''...



Tak dinafikan,hidup ini perlukan banyak,banyak,banyak,banyak pengorbanan..:)..Perngorbanan untuk apa?Bukan pengorbanan dalam percintaan sahaja,tetapi pengorbanan dalam menuntut ilmu,pengorbanan seorang anak untuk kedua ibu bapanya,atau sebaliknya,pengorbanan seorang guru untuk anak-anak didiknya,pengorbanan doktor untuk menyelamatkan pesakitnya dan yang terlebih utama dan pasti,pengorbanan seorang Hamba Allah untuk mencari dan meraih Cinta Robbi nya....Tanpa Allah yang mendatangkan sifat pengorbanan kepada hamba-hambaNya..Allah Yang Satu...

Ana sentiasa berpegang pada kata-kata ini,''seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya,tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat kepada orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.Jujur juga adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orag lain tetapi lebih utama lagi terhormat di sisi Allah s.w.t..Ikhlas dan jujur kah kita dalam setiap ranjau hidup kita??..check balik diri kita.Pada mulanya kita nak cuba ikhlaskan  diri kita dalam menerima qado' dan qadar Allah s.w.t tapi kita terleka,ikhlas itu tidak perlu dipamerkan atau ditunjuk-tunjuk.Biarlah sekadar orang dapat merasai keihklasan kita..Ana kongsikan sedikit madah seorang pejuang:

Pejuang sejati boleh dilihat dari beberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah sentiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan,kegigihan,keikhlasan dan pengorbanan adala pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezalima da kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang sentiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan
orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu bayak berkorban untuk orang lain,
semakin mulialah dia di sisi Allah s.w.t dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa,
untuk menegakkan kebenaran..



Allah s.w.t sangat mencintai orag-orang yang berkorban untuk agama dan untuk mendapat keredhoanNya,kerana itu menunjukkan cinta sejati kepada Allah..

Wallahua'lam..~~


Khamis, 27 Disember 2012

MAHAR SEBUAH SYURGA..~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberikan kesempatan untuk ana menulis di layar kanvas ini buat tatapan sahabat-sahabat ana di alam maya.Selesai ana membantu kakak ana mandikan mak ana,tiba-tiba terlintas di fikiran untuk berkongsi artikel yang sahabat ana berikan untuk ana tempoh hari.Insyaallah mudah-mudahan dapat memberikan manfaat bersama..:)..enjoy bersama..~

Dalam hidup,kita sentiasa berdepan dengan dua perkara.Pertama,perkara yang perlu kita lakukan.Kedua,perkara yang suka kita lakukan.Sudah menjadi ''Sunnatullah'' kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain.Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan.Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Untuk berjaya dalam hidup,kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita suka melakukannya.Tidak ada pilihan,paksa diri untuk melakukannya,kamu boleh!Lawan godaan dan rangsangan yang menggamiy hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.

Dalam hidup,untuk berjaya dan bahagia,kita perlu melakukan perubahan.Kita perlu keluar dari ''Zon Selesa'' menuju ''Zon Mencabar'' kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan,perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang,sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan,kita mesti melakukan perubahan.Kita perlu lebih berusaha,menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan.Ringkasnya,kita perlu berubah.Tetapi perubahan itu ''awkward''-yakni canggung,kekok dan tidak selesa sifatnya.Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah.Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama.Kesannya?Mereka ters gagal,hina,miskin,lemah atau jahil kerana enggan berubah.Maka,berlakulah apa yang sering diungkapkan:

''Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!''

Hidup ini adalah perubahan.Kata bijak pandai,yang tidak berubah hanyalah perubahan.Manusia tidak akan mampu menahan perubahan.Ia mesti berubah atau dipaksa berubah.Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya.Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Untuk melakukan perkara yang ''perlu'' dibuat walaupun kita tidak ''suka'' membuatnya,menagih ketabahan,keberanian dan istiqomah (konsisten).Ini semua seolah-olah ''menyeksa'' diri sendiri.No pain,no gain-tidak ada ''kesakitan',tidak ada ganjaran.Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.Begitu yang dipesan sejak dulu.Justeru,untuk berjaya ''Mujahadah'' itu adalah wajib.

Mujahadah ertinya ''berperang'' dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu.Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan,kelalaian dan keseronokan.Sebaliknya ia sangat benci akan kebaikan,peringatan dan ketaatan.Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri.Terseksa.Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah.Terlalu sayangkan diri untuk ''disakiti''.

Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.Letih sedikit,tak boleh.Hendaknya...Banyak rehat.Pahit sedikit sudah mengeluh.Pedih sekelumit sudah mengaduh.Dunia hakikatnya adalah gelanggang Mujahadah.Kita di sini untuk ''menanam''.Di sana(akhirat) nanti barulah kita menuai.Musim bertanam memanglah payah,mencangkul,membaja,menjaga dari serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan.Bila menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.Dunia diumpamakan tempat ''membayar''.Di akhirat nanti tempat ''bermain''.Pay now,play later.Bayar di sini,''berseronoklah'' di sana.Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran.Pilihlsh sama ada untuk membayar dahulu,atau membayar kemudian.Tetapi sekiranya kita membayar dahulu,kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan beerti.

Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan,kebajikan dan kebaikan.Hidupnya terlalu sibuk dengan ibadah.Berpindah dari ibadah khusus kepada ibadah umum.Berpindah lagi kepada ibadah sunat.Begitulah sehari semalam,sentiasa berpindah dari satu ibadah ke satu ibadah.Banyak kepahitan yang perlu ditempuhi oleh orang mukmin untuk menempah Syurga selaras dengan Sabda Rasulullah S.A.W:

''Syurga dipagari dengan kesusahan,manakala Neraka dipagi oleh keseronokan.''

Sebaliknya,bagi mereka yang lalai berpegang kepada konsep-Play now,pay later.Demikianlah kehidupan,tidak ada yang percuma.Apatah lagi kehidupan di Syurga.

Justeru sahabatku,marilah sama-sama kita berpesan pada kebaikan agar sentiasa rela menerima ''kepahitan'' yang sedikit dan sementara demi menikmati ''kemanisan'' yang banyak dan abadi di sana(akhirat).Alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Sebaliknya kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya.Di mana?Bila?Jawapannya di Syurga.Dan mujahadah itu adalah Mahar sebuah Syurga..



Alhamdulillah...perkongsian dari sahabat ana untuk diri ana dan reader blog ana yang di sayangi..bukan mudah untuk kita mendapatkan Mahar sebuah Syurga..belum tentu lagi kekasih,suami,abang angkat or apa2 saja dapat memberikan mahar seperti ini..Allah s..w.t adalah sebaik-baik pemberi nikmat..~..

Wallahua'lam...:)..











Jumaat, 14 Disember 2012

YA ALLAH..ABADIKAN HATI INI DENGAN SIFAT MAHMUDAH(TERPUJI).~

Bismillahirrahmanirrahim...




Imam Al-Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:


1)TAUBAT~
   *Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2)TAKUT AKAN ALLAH S.W.T~
   -Perasaan takut terhadap Allah s.w.t akan membuktikan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya...

3)MAHABBAH~
   -Mengasihi Allah s.w.t dan rasul melebihi segala-galanya yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4)ZUHUD~
  -Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5)SABAR~
   -Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan.Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6)SYUKUR~
   -Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan,rezeki,kemudahan hidup,kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7)IKHLAS DAN BENAR~
   -Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini,amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8)TAWAKKAL~
    -Tawakkal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t setelah berazam.Seterusnya diikuti dengan usaha.

9)REDHO DENGAN QADHO' ALLAH S.W.T~
   -Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin.

10)MENGINGATI MATI~
     -Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana.~


Wallahua'lam.~

Khamis, 6 Disember 2012

SAAT NUR HIDAYAH ALLAH MENYAPA DIRINYA.~~

Bismillahirrahmanirrahim....



Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
lahirnya dari keluarga yang cukup sederhana..
tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang kuat ajaran agamanya...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
sifat keras kepala,merungut dah sebati dalam dirinya..
dia bukanlah malaikat atau bidadari syurga...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
nasihat dari ibunda dan ayahnda tercinta didengar tanpa rela..
kadang-kala sentiasa menyakiti hati orang tua..

Dia hanyalah gadis yang biasa...
dihantar belajar ke sekolah agama,
agar dapat merubah akhlak menjadi seorang muslimah yang berguna,
itulah harapan kedua orang tuanya...

Dia hanyalah seorang gadis biasa..
masih tetap dengan pendiriannya...
tiada siapa yang dapat menyangkal apa dirinya kata..
itulah dirinya..

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa..
dulunya sentiasa menghafal al-quran tanpa rasa jemu di dada,
tetapi sekarang al-quran hilang sikit demi sikit,
yang dikejarnya hanyalah nikmat dunia...

Dia hanyalah seorang gadis yang biasa...
dulunya tidak pernah kenal erti cinta antara lelaki dan wanita,
tetapi bila dirinya terjebak ke kancah cinta,
makin dia seronok mengejar cinta manusia..

Kadangkala apabila ujian tidak menjengah,
Gadis biasa itu lupa untuk memohon,
Kadangkala apabila kehidupan tidak pernah diuji,
Gadis biasa itu lupa untuk Meminta...

Lantaran itu,hati gadis biasa itu terasa KOSONG..
Bukan kerana ujian terasa berat..
Tetapi jarak dan hubungan antara gadis biasa itu DenganNya yang tanpa sedar semakin JAUH...

Dalam senang,gadis biasa itu itu lupa untuk Meminta:
''Semoga Allah lancarkan segala urusanku''
Semoga Allah membantuku melalui hari-hari seterusnya..''

Gadis biasa itu lupa diri,Terasa diri mampu menjalani hari,
Tanpa perlu memohon padaNya..


TETAPI KINI...

Gadis biasa ini menyesali akan dirinya sendiri...

''Ya Allah..zalimnya diri ini..
Mungkin kerana itu,hati dia terasa kosong walau hidup terasa senang,
kerana sejujurnya,gadis biasa ini telah jauh dari Allah..

Ujian yang dia rasai akibat dari perbuatan masa silam,
merupakan TARBIYYAH buat diri gadis biasa ini..

Gadis biasa ini ingin mencari jalan pulang...
jalan yang dulunya dia kecapi semasa dia kecil..
jalan menuju redho Allah yang hakiki...

Gadis biasa ini cuba belajar membuang sikapnya yang degil..
cuba belajar mendengar nasihat orang tuanya dengan rela..
cuba mencari di mana kelemahan dirinya..

Gadis biasa ini ingin kembali menjadi seorang muslimah yang cintakan Al-quran..
Ingin merasai nikmatnya akhirat..
ingin menjadi perindu pada ayat-ayat cinta yang didambakan oleh orang-orang yang soleh..

walau gadis biasa ini tahu..
dirinya tidak dapat menjadi seorang muslimah yang solehah..
asalkan biarlah gadis biasa ini menjadi seorang wanita yang bertatih mencari redho Allah dan Rasulullah S.A.W...

Terima Kasih kepada Allah s.w.t yang selalu menegur dan menasihati diri gadis biasa itu...


DAN....

Dia hanyalah seorang Gadis biasa itu adalah diri aku.....~~.




Rabu, 14 November 2012

MUSLIMAH!CIPTAANMU ADALAH UNIK.~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Illahi dengan limpah rahmat serta kasih sayangNya ana dapat menulis lagi di kanvas usang ana ini.Ana menulis artikel ini dengan rasa kasih dihati kerana ana lihat,sudah hilang mawar berduri islam yang masih ada sengat durinya..Semuanya telah menjadi bunga yang layu dek di tindas dunia fana ini.Renungkanlah isi yang ana akan tulis atau sampaikan ini.Hayati maknanya,aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya.Jadikanlah pesanan ana ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah.Insyaallah..


''Muslimahku..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu UNIK.Tercipta dari tulang rusuk kiri Adam yang bengkok.Menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu boleh menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Namun,tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang.Tapi awas!Duri yang melingkari boleh membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


''Muslimahku...
Ana suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid.Bentengilah dirimu dengan PERASAAN MALU yang pertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah S.W.T.
Hiasilah wajahmu dengan TITISAN WUDHUK.Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah IA TIDAK MELIHAT KEPADA LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.
SESUATU YANG TERTUTUP ITU LEBIH BERHARGA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SESUATU YANG TERDEDAH.Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan di dalam satu bekas yang tertutup.Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita Solehah yang taat dan patuh pada perintah Allah .S.W.T dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama adam.Namun,ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu,lebih-lebih lagi dengan ''title'' gadis yang kau miliki.Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.



Namun ingatlah muslimahku yang ku sayangi....
SESIAPA YANG INGINKAN KEBAIKAN MAKA ALLAH S.W.T AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN-JALAN KE ARAH ITU.Yang penting muslimahku..Engkau mesti mempunyai azam,usaha dan istiqomah..

Muslimahku..
Akuilah hakikat DIRIMU MENJADI FITNAH KEPADA KEBANYAKAN LELAKI.Seandainya pakaian malumu kau tinggalkan dari tubuhmu,maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ada mengatakan tentang bahaya dirimu:

''Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita.''

Oleh itu muslimahku...
SETIAP LANGKAH DAN TINDAKANMU HENDAKLAH BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum adam.Kau harapa ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang boleh menggoncangkan dunia dan sentuhan lembut tanganmu.

Muslimahku..
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insani,namun ramai diantara kamu yang tewas kerana CINTA..
BERCINTA ITU TIDAK SALAH TETAPI MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH.Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.Benarlah sabda Rasulullah S.A.W:

''Sesungguhnya cinta itu buta''

CINTA ITU MAMPU MEMBUTAKAN MATA DAN HATIMU DALAM MEMBEZAKAN PERKARA YANG HAK DAN YANG BATIL APABILA KAU MELETAKKAN CINTA ITU ATAS DASAR NAFSU DAN TIDAK KERANA ALLAH S.W.T.

Sebelum engkau mendekati cinta,CINTAILAH DIRIMU TERLEBIH DAHULU.Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik,yang berasal dari setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T.Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu.

Muslimahku...
MENCINTAI ALLAH S.W.T DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YANG HAKIKI DAN ABADI.Kerana hati yang pecah dan retak,apabila diberika kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai.Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah S.W.T sudah pastinya ia akan bertaut kembali.Dalam usiamu sibukkanlah dirimu denga ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya,terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama:

''Tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahgiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri.''

~ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA..''

Wallahua'lam..~~