Pengikut

Isnin, 12 November 2012

ILMU ITU SATU CAHAYA..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam kehidupan seharian,setiap benda yang kita lakukan,semestinya memerlukan ilmu..Kadang-kadang kita dengar orang akan berkata,''Ilmu itu cahaya.ilmu itu akan menerangkan hati yang buta.''ada juga yang berkata,''Ilmu itu perlu dicari,bukan menunggu ilmu itu jatuh bergolek di hadapan kita..''

Dunia sekarang,mementingkan ilmu,terutama ilmu dunia berbanding ilmu akhirat..Padahal ilmu akhirat itu amatlah penting buat kita dan ia merangkumi ilmu duniawi jua.Ingatlah bahawa dunia ini adalah jambatan menuju ke akhirat dan dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.''

Sabda Rasulullah S.A.W:
''Siapa yang berkehendakkan dunia,dia mestilah mempunyai ilmu.Siapa yang berkehendakkan akhirat,dia hendaklah mempunyai ilmu.Siapa yang berkehendakkan kedua-duanya,maka hendaklah dia mempunyai ilmu.''

(Riwayat Muslim)

Allah S.W.T berfirman:
''..Katakanlah:Adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan?.Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang yang berakal''

(Surah Az-Zumar:Ayat 9)


Sahabat-sahabat ana yang ana sayangi.
Secara umumnya kita tahu ilmu dikategorikan kepada dua iaitu:

1)Ilmu Fardhu Ain
2)Ilmu Fardhu Kifayah.


ILMU FARDHU AIN:
-Ilmu ini lebih menjurus kepada perhubungan secara langsung antara manusia dengan Allah .S.W.T.Ilmu ini mengajar dan membimbing kita untuk melaksanakan kewajipan dan amalan pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T secara mutlak.

Sebagai seorang yang beragama Islam,wajib kita mempelajari ilmu fardhu ain yang terdiri daripada ilmu Aqidah,Syariah dan Akhlak.Ketiga-tiga bidang ilmu ini penting kerana merupakan asas untuk menanam aqidah dan keimanan dalam hati dan jiwa untuk melahirkan insan yang baik dan sentiasa mengharapkan keredhoan Allah S.W.T.





ILMU FARDHU KIFAYAH:
-Walau bagaimanapun,setiap muslim juga wajib menuntut ilmu fardhu kifayah sebagai pelengkap kepada ilmu fardhu ain yang bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah s.w.t.Tuntutan untuk menguasai kedua-dua kategori bidang ilmu tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kita untuk mencapai kesejahteraan hidup setiap individu,membangun masyarakat dan negara.

Pembahagian ilmu ini tidak bermakna bahawa kita perlu membahagikan juga persepsi kita kepada dua.kedua-dua ilmu ini adalah wajib walaupun satu fardhu ain satu fardhu kifayah dan dengan mempelajari mana-mana ilmu tersebut kita akan diberikan balasan pahala.

Malah,cara kita mununtut ilmu juga tidaklah perlu 'dispecific' kan.Contoh yang ana boleh berikan ialah usrah bukan hanya tempat untuk belajar ilmu agama dan bermain di padang atau pergi ke kelas bukan bermakna kita tidak belajar ilmu agama langsung.

Sepatutnya dengan melakukan semua perkaran ini,akan dapat memantapkan lagi ilmu kita dan merapatkan diri kita kepada Allah S.W.T.Dalam kehidupan kita ni,tidak pernah wujud masa untuk tidak menuntut ilmu bagi seseorang Muslim.(Dengan tidur yang teratur sekalipun bermakna kita belajar untuk mendisiplinkan diri kita)





Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu.Manakala orang yang bodoh akan menganggap dirinya adalah orang yang sangat pandai..Ini adalah kehidupan di dunia.

Saidina Ali r.a telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya mengenai ilmu.:


''Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi.Manakala harta pula warisan Qarun dan Fir'aun.Ilmu boleh menjaga diri kamu,sedangkan harta,kamu yang akan menjaganya.
Orang yang mempunyai ilmu memiliki ramai teman.Sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika diamalkan.Sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.Pemilik ilmu pengetahuan akan sentiasa dihormati.Sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai kedekut.Pemilik ilmu akan memberi syafaat.Manakala pemilik harta akan dihisab.Biarpun masa berlalu,namun ilmu tidak akan lapuk di telan zaman.Tetapi harta itu semakin lama semakin usang.Ilmu pengetahuan dapat menyinari hati.Tetapi harta dapat mengeraskan hati.Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah S.W.T.Sedangkan orang berharta mengakui dirinya sebagai ''Pemilik''

ini perkongsian dari ana buat semua sahabat-sahabat ana..:)..

Wallahua'lam..

2 ulasan:

  1. Ilmu itu cahaya dan tidak akan menyinari orang yang melakukan maksiat.
    syukran atas perkongsian enti. :)

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum...Alhamdulillah...afwan anta @ anti..mudah2an kita dapat memanfaatkannya bersama..insyaallah...

    BalasPadam