Pengikut

Sabtu, 13 Julai 2013

TERSUNGKUR KERANA KELALAIAN..~

Bismillahirrahmanirrahim..

megah aku berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan,
seperti akulah permaisuri sombong dan bijaksana,
mereka yang disekeliling ku pandang sekilas,
seumpama aku melihat unggas-unggas di dahan rapuh..

kian aku berdiri teguh tanpa goncangan,
makin ku angkuh berpijak di bumi-Mu,
ibarat aku si pohon tinggi yang digapai tidak kan dapat,yang ditebang tidakkan tumbang,

tapi...

Apabila hanya sekali jentikan-Mu terhadapku,
aku tersungkur tidak berkaki,
mengesot seolah-olah aku hamba yang lemah,
sedangkan aku hamba yang penuh kepapaan,
melayani hawa nafsu seperti raja diatas singgahsana,

Bila ku melihat terbentangnya pintu-pintu yang bercahaya,
aku ingin berlari mencari di mana datangnya cahaya yang tenang,
tapi..

tiap pintu itu tertutup serta merta
seperti angin taufan bertiup sekali
menghembus angin yang kencang..
di situ tinggal satu pintu yang masih utuh,
iaitu pintu kegelapan...

aku menangisi sendirian hidupku..betapa aku tersungkur kerana kelalaian aku..

~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan