Pengikut

Ahad, 14 Julai 2013

SEDAR TAK?????!

Bismillahirrahmairrahim...

Alhamdulillah..dapat lagi menatap dinding putih blog ana ni.hari ni tiba-tiba ja rasa rajin nak kongsikan cerita,nasihat,kisah teladan atau apa-apa ja dengan para-para reader(walaupun ana dah tahu memang tak ada orang yg sudi baca blog biasa2 ni)..huhu..bagi ana,perhiasan tu tak berapa nak penting,satgi nampak berserabut..asalkan apa yang nak dikongsi untuk manfaat pada diri sendiri dan orang lain sampai kepada semua.

sebelum nak baca apa yang ana nak tulis ni,fikir dulu,kalau tak memberi apa-apa manfaat,janga terus baca.sebab ana takut nanti hampa2 semua dapat dosa kering ja.sebab apa?sebab mesti mulut akan mengata,''la..tulis benda entah pa2,''blog macam apa lagi,macam la baguih sangat dan bla bla bla..''..
memang lumrah manusia macam tu kan?tak boleh nak sangkal dah.kalau rasa semua coretan dalam blog ni ada sedikit memberi manfaat dari kejahilan,teruskan la membaca dan berkongsi..;)

ok,berbalik pada tajuk di atas,kenapa tanda soal tanya banyak tu?!.o.O..saja buat gimik tu.hehe..sebenarnya ana nak sama-sama kita berfikir dari banyak berkhayal dengan benda yang tak berfaedah.

SEDAR TAK??!dari kita dalam alam roh,alam rahim,alam dunia,alam kubur,kita sentiasa diperhatikan dan ada ja yang menjaga kita sehingga menjadi seorang manusia,khalifah yang beriman dan bertaqwa.

SEDAR TAK??ada yang mengambil berat tentang kita dari sekecil2 benda sehingga sebesar2 hal.bab pemakaian pun DIA titik beratkan,kebersihan seharian kita,pendidikan kita,aqidah kita dan boleh nak dikatakan,segala aspek DIA jaga.

SEDAR TAK??Dia sangat menyayangi kita sampaikan DIA tak biarkan kita ni keseorangan,DIA letakkan ''bodygurad'' pada tiap-tiap diri kita sebab DIA tak mau tengok kita keseorangan...sweetnya DIA...ada orang yang boleh buat macam DIA ka??huish...rasanya mustahil..

SEDAR TAK?bila kita melakukan kesilapan,DIA tak terus menghukum,malah DIA sediakan ''TAUBAT'' untuk kita.bila kita buat kebaikan,DIA hadiahkan anugerah cemerlang ''PAHALA'' untuk kita dengan siap berganda-ganda lagi..Allah Allah Allah..untungnya kita ni dapat menjadi hamba pada DIA..kita dapat majikan yang sangat-sangat-sangat baik dan tiada tandingan.

SIAPA DIA TU???takkan kawan-kawan tak tau?tak dak sapa dapat tandingi kuasa DIA..(keluar dah bahasa utagha,hehe).DIA itu adalah Allah S.W.T Yang Maha Esa.Allah Yang Maha Kuasa,Allah Yang Maha Pengasih...DIA memiliki segala sifat ini..

dah tau kan betapa kita ni amatlah ISTIMEWA pada DIA.sebab tu kita diantara yang terpilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..bila kita sedar,baru kita tahu.dalam dunia ni tak ada SATU pun yang menjadi KEPUNYAAN kita.baik dari kehidupan semuanya Allah s.w.t pinjamkan untuk kita.

so,(speaking pulak),jom sama-sama muhasabah diri,mana tau tadi ada sikit kata hati tu duk bangga-bangga dengan kejayaan kat dunia ni..ingat na..kejayaan tu hanya pinjaman jugak..beristighfar bersama-sama moga segala dosa yang sengaja atau tidak sengaja kita diampunkan dengan DIA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...:')..

Salam Sayang..~~.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan