Pengikut

Rabu, 17 Julai 2013

BOLEH BERIKAN AKU TEMPOH LAGI YA ALLAH??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..walaupun hari ni penat sikit,tapi keletihan tu dibalas dengan kegembiraan.gembira sebab apa??.gembira sebab hari ni dapat lagi bersama sahabat-sahabat menjalani ibadah puasa..^_^

dah seminggu kita berpuasa.apa perasaan hampa sekarang ni?.;).jangan niat kita berpuasa ni kerana nak sambut raya ja,tapi niatlah puasa ini menjadi ibadah yang mulia dan diterima oleh Allah s.w.t.

tahun 2013 ni,setelah di campur tahun ke tahun,ana dah genap 19 tahun(tuanya........-_-..).tahun depan dah nak masuk angka 20tahun?!Allah Allah Allah..cepatnya masa berlalu.masa dulu,bila umur baru 9 tahun,duk sebut-sebut,''bila la nak besar ni'',dah masuk 19tahun ni,mulut selalu duk sebut,''kan seronok jadi budak-budak balik''..huhu..memang lumrah kan.menjadi seorang dewasa ni memang banyak cabaran.kalau masa kebudak-budakan,cabaran yang paling digeruni adalah nak melangkah ke alam persekolahan.masa ana tadika dulu tak habis tahun.di PASTI selalu ja lari tak mahu ikuti kelas.tak sampai 5 bulan belajar,last-last duk di rumah.

dari kecil sehinggalah umur 19tahun ni,ana bersekolah jauh dari keluarga..sekolah rendah pun ana tinggal di asrama.betullah apa yang dikata,pengalaman itu mengajar kita berdikari,disiplin diri dan sebagainya.bila dah lama tak duduk di rumah,balik cuti pun hanya 3 bulan sekali,jadi bila tahun ni berpeluang duduk lama di rumah,rasa macam dah tak nak keluar ke mana-mana dah..rindu rumah dan seisinya..^_^..

hmm..dah mengarut ke mana la ana ni.huhu...
hari ni dah cukup seminggu kita berpuasa.umur juga makin meningkat,hari,minggu,tahun bertukar ganti,sedar tak sedar,ana dah hidup selama 19tahun..dalam 19tahun ni mestilah dah banyak benda dan perkara yang kita lakukan untuk menjadi salah satu produk khalifah ummah.mustahil kalau kata nak proses jadi produk yang berkualiti tinggi ni tak ada halangan yang perlu ditempuhi dan ditangisi.

walaupun ana dari kecil belajar di sekolah agama,tahfiz,kemudian sekolah agama balik,ana ni perfect dari semua sisi bidang.ana tak mungkin menjadi seorang manusia yang sempurna tanpa noda.ya,ana juga macam kawan-kawan yang lain.iman tetap turun naik,turun naik dan sekarang ni ana rasa iman ana dah turun tak naik-naik?!Allah Allah...peliharalah aku Ya Allah.




kadang bila ana sendirian mengadap laptop ni.ana terfikir juga,cukup kah amalan ibadah ana selama 19tahun ni??bagaimana kalau di darab,bahagi,tolak pula,campur kembali,tolak dan bahagi lagi(yang darab dah tak ada untuk diganda),berapa besar amal yang ana lakukan untuk meraih pahala?.atau dosa ana pula yang makin lama di darab,di tolak kemudian di darab lagi,makin berganda-ganda dosa dari pahala?kalau dosa dan pahala dapat dilihat dengan mata kasar kita,mungkin dosa tu kita buang hingga ke lubuk lautan yang tidak dapat dicapai.

bila yang bernama insan,tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diraih.ana malu nak minta pada Allah tapi ana tak pernah usahakan untuk menjalani liku hidup menjadi seorang HambaNya yang solehah..kerdilnya diri ni.tak dapat gambarkan macam mana ana nak menghadap Allah kelak dengan banyaknya tompok-tompok hitam dari tompok putih??


Rasulullah S.A.W jugak menangisi amal ibadatnya inikan pula kita umatnya yang kerdil.ego tinggi sangat tak nak mengalirkan air mata.

Ya Allah...Jadikanlah air mataku,
diwaktu aku takut denganMu,
Pemadam api nerakaMu,
Jatuhnya air mataku menggugurkan dosa-dosaku.

Ya Allah,
jika Engkau menyakini untuk aku hidup memberikan manfaat pada orang lain,Engkau panjangkanlah umurku,
tetapi jika Engkau berasakan manfaat ku untuk orang lain tidak ada,Engkau matikanlah aku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan