Pengikut

Memaparkan catatan dengan label merepek sorang2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merepek sorang2. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

TERIMA KASIH DAUN KELADI...:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...masih dapat menghirup udara segar di atas muka bumi Allah ni..kalau nak jelajah satu dunia ni,memang tak habis dan tak dak masa..kan manusia ni selalu ja tak ada masa..banyak habiskan dengan dunia dunia dunia ja..huhuh...tapi kita in shaallah..dunia dan akhirat seimbang..^_^

hari ni nak berkongsi  cerita sikit mengenai aktiviti ana dan kembaq dari pagi sampai malam..bangun pagi masak untuk sahur,lepas bersahur solat,lepas tu siap-siap untuk ke sekolah lama(Sek.Men.Agama Faqiah Daimiah).buat apa di sana?ana pi sana sebab nak bincang dengan pengetua,guru-guru tentang nak sambung study ni.ana minta u.p.u satu pun tak diterima(mungkin sebab ana bukan dikalangan orang yang cerdik-cerdik belaka?mungkin...).-_-..terpaksa melambai2 UKM dari jauh ja..:(..tapi in shaallah..study di mana-mana pun ilmu tetap sama..

lepas 4 jam di sekolah,settle semua urusan,maka terus pulang cepat-cepat nak tau keadaan mak.nanti mak cari ana.sejak mak sakit,mak selalu sebut nama ana ni,mungkin comel kot?..hehe..tak ada la..mak ana dah jatuh sakit dan memang fizikal dan ingatan dia tak normal macam orang biasa.apa pun keadaan mak,mak tetap mak yang terbaaikk...^_^

sampai di rumah,terus pi tengok mak,alhamdulillah mak ok.mak dah tido..ana pula,ambik bantal terus tertido dengan adik kembar,bangun ja dari tidur,Ya Allah..!!dah pukul 5 petang??!terlepas tadarus al-quran dengan anak murid,haish...penangan keletihan..

sebenarnya nak cerita benda lain,tapi saja bagi muqaddimah panjang sikit.hehe..ok2,maaf la ye..cek saja nak perangat dulu coretan ni..^_^..

kita balik kepada tajuk sebenar,di blog ana ni,ana nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH DAUN KELADI buat pihak Mr The All Shared--->https://www.facebook.com/MrTheAllShared?fref=ts
sebab sudi share blog ana yang tak seberapa ni..ana dapat tau blog ana dibaca dan dishare oleh pihak depa ni dari adik kembar ana.mula-mula ana hairan juga,macam mana link blog ana dapat kat depa ni.yela,tak pernah terfikir blog yang sederhana ni boleh dibaca kawan-kawan ana yang lain.

tak boleh buat besar-besar,nanti ingat riak..huhu..:3
tapi ana dapat syak ni angkara adik kembaq ana ni.mesti dia yang tolong kongsikan blog ana ni..mula-mula marah jugak kat dia..tapi last dia terangkan kenapa dia buat macam tu..haish..jadi terharu pulak..:')..

salah satu yang dia rasa nak kongsikan pada Mr The All Shared ni sebab dia dan ana ni dua-dua minat tengok video depa ni ha..dia kata,kan best kalau ana boleh buat video macam depa ni,berdakwah tapi secara santai.huish...yang tu mustahil la..last2,dia ambik pendekatan macam ni,(dengan kongsikan link blog ana)dia kata,apa salahnya kongsikan pada group depa ni.dia nak tengok jugak hasil penulisan,contengan ana ni ada orang baca(yela.dah tau orang memang takkan baca).huhu..



adik kembar ana.
hmm..hari ni nak kongsikan yang ni saja kot..moga-moga blog ni dapat memberikan manfaat untuk seluruh umat..kalau tak dak apa-apa manfaat,ana nasihat jangan baca ya.takut nafsu mengumpat duk bersarang dalam hati..istighfar3..~~~..

Salam sayang buat semua..:')..~









Sabtu, 13 Julai 2013

TAKDIRKU DI SEBALIK JENDELA HATI..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku termenung di bawah mentari,
melihat sinar cahayanya menerangi alam,
direnung silau,dilukis menarik,
ibarat mencoret ia di dinding hati...

kegagalan,kejayaan,kehodohan,kecantikan,kependekkan,ketinggian,keremajaan,ketuaan,
bila di makan zaman,hilang ia bersama desiran air pasang,
tiupan angin malam datang menghantar khabar baru,
mengubati hati yang terhiris,menyedari diri yang terlena panjang,

TAKDIR..

hanya mengintai dicelah-celah jendela hati,
cuba memenuhi ruang udara setiap aliran diri,
bangunlah diri mengubah takdir menjadi kenyataan yang pasti,
untuk hidup bersama rahmat Allah s.w.t,

berada dalam angan-angan yang tak pasti,
ibarat berada dalam peti besi yang entah siapa tuan empunya,
kuncinya ada pada diri,
berusaha menjadi hambaNya yang memperoleh kunci Syurga...~

TERSUNGKUR KERANA KELALAIAN..~

Bismillahirrahmanirrahim..

megah aku berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan,
seperti akulah permaisuri sombong dan bijaksana,
mereka yang disekeliling ku pandang sekilas,
seumpama aku melihat unggas-unggas di dahan rapuh..

kian aku berdiri teguh tanpa goncangan,
makin ku angkuh berpijak di bumi-Mu,
ibarat aku si pohon tinggi yang digapai tidak kan dapat,yang ditebang tidakkan tumbang,

tapi...

Apabila hanya sekali jentikan-Mu terhadapku,
aku tersungkur tidak berkaki,
mengesot seolah-olah aku hamba yang lemah,
sedangkan aku hamba yang penuh kepapaan,
melayani hawa nafsu seperti raja diatas singgahsana,

Bila ku melihat terbentangnya pintu-pintu yang bercahaya,
aku ingin berlari mencari di mana datangnya cahaya yang tenang,
tapi..

tiap pintu itu tertutup serta merta
seperti angin taufan bertiup sekali
menghembus angin yang kencang..
di situ tinggal satu pintu yang masih utuh,
iaitu pintu kegelapan...

aku menangisi sendirian hidupku..betapa aku tersungkur kerana kelalaian aku..

~