Pengikut

Isnin, 11 Februari 2013

Terasa Rendah Dan Kerdilnya Diri Ini Berada Dalam Golongan Orang-Orang Yang Soleh.:'(

Bismillahirrahmanirrahim..~






Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
walaupun penat semalam masih bersisa,tapi jari-jemari bersemangat untuk berkongsi cerita dan anugerah yang Allah berikan pada ana..:)..

Semalam adalah hari yang barkah sekali.baru dua kali ana dapat mengikuti majlis yang barakah sebegini..kalau dulu,di sekolah ana memang ada majlis-majlis ilmu,bacaan kitab dan sebagainya.rindu nak duduk bersama ustaz-ustaz dan pencinta ilmu seperti dulu...Allah3...RINDUNYA..~

tak silap ana,banyak minggu jugak ana memikirkan untuk datang ke majlis ini.Macam-macam halangan,tapi Alhamdulillah..Allah permudahkan.(Hati riang ria..:D..).setelah lama jiwa dan hati ana ini tidak di isi dengan santapan rohani begini,akhirnya selepas solat maghrib,ana telah berada bersama mereka meraikan Ulama' dari Makkah iaitu Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki yang datang ke Sekolah lama ana yang baru 4 bulan ana tinggalkan untuk memberikan sanad Asma Ul-Husna.

ana dan kembar ana ambil tempat barisan yang kedua agar mudah untuk lihat muka syeikh tu.Alhamdulillah,walaupun dapat tengok dari jauh,hati berasa tenang ja.Majlis dimulakan dengan Qasidah dari para pelajar lelaki sekolah ana..Bila dengar alunan qasidah,hati jadi semangat semula.

Kemudian Syeikh pula mengalunkan qasidah ''Ahlan Wasahlan Bil Habib''..sangat-sangatlah menyentuh hati ini..Allah3..


Qasidah Ahlan Wasahlan Bilhabib.:)

Kemudian,selepas semua jemaah mengalunkan qasidah ini,maka bermulalah tazkirah dari syeikh Jumhuri Al-Makki..beliau membicarakan tentang fadhilat Asma' Ul-Husna.:).diantara fadhilatnya ialah:

1)Sesiapa yang menghafal Asma Ul-Husna dalam kehidupan sehariannya,Allah s.w.t melimpahkan Rahmat dan BarakahNya kepada kehidupan hambaNya itu.

2)Sesiapa yang membaca dan menghafal Asma Ul-Husna,walaupun dirinya melakukan ibadat yang kecil berbanding amalan jahatnya yang banyak,Allah memberi jaminan Syurga kepadanya..~.



alhamdulillah..ana dah mendapat sanad Asma Ul-Husna..:).



 


 Allah3....
Terasa kerdilnya diri ana ni bersama dengan orang-orang yang soleh..rasanya tak layak ana berjamaah sekali dengan mereka.:'(.betapa ramainya jemaah yang datang dan mereka adalah orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t..

para jemaah lelaki..



para jemaah kaum wanita..~

 selepas tazkirah yang singkat tapi bermakna,ada sesi untuk meminta Syeikh membuat air penawar.kemudian Syeikh pun berdoa pada 3 hal iaitu:

1)Moga Allah permudahkan mereka yang mahu mengerjakan umrah dan haji.

2)Moga Allah menyembuhkan Penyakit.

3)Moga para lelaki dan wanita mendapat jodoh yang soleh dan solehah..~

Amin3....

Kemudian,ana minta bantuan pakman untuk memberikan air dua botol besar kepada Syeikh untuk dijadikan air penawar buat emak tercinta ana..moga dengan asbab keberkatan ulama' Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki ini,Allah memberikan kesembuhan pada mak.~.:')..

di sini ana sertakan beberapa keping gambar selepas majlis tersebut..:)..~



Pengetua Smafd bersama Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki (kiri).

Syeikh mengusap kepala anak ustaz zakaria.moga2 dengan keberkatan tangan tok guru fatahuddin menjadi seorang anak yang soleh.:')..

fatimah...sahabat lama yang dirindui..^_^




Alhamdulillah..walaupun hanya satu perkenalan yang singkat,tapi ia cukup bermakna..insyaallah..ukhwah di mana-mana.:)
 

bersama dengan kakak kecil molek kita.kak zakiroh..insyaallah..kami bertiga akan ke mesir..doa2kan la ye.:)


sempat bergambar dengan pengetua yang tercinta,yang sporting (tapi ada hadnya)..Tuan Haji norhisyam Bin mahmud.:)


moga2 perkongsian ini dapat memberikan saham buat ana di akhirat kelak..allahumma amin..
betapa kerdilnya diri ini berada dalam golongan orang-orang yang soleh..!_!.doakan yang terbaik buat ana.moga segala amalan yang kita lakukan,walaupun sedikit,ia tetap memberikan manfaat dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..Insyaallah..~..

Wallahua'lam..~

6 ulasan:

  1. terasa kerdil bila menghadap Allah bersama dosa2 yang ada pada diri ini..semoga Allah meredhai setiap langkah perjalan ini..

    BalasPadam
  2. perkongsian yang amat bermakna sekali, boleh ana tahu lagu enti di blog ini? best sangat lagu ni, menenangkan jiwa, sayu saja hati mendengar lagu buat kekasih Allah, Muhammad s.a.w, :')

    BalasPadam
  3. Allahu Robbi..hanya mereka2 yang dipilih Allah sahaja yang dapat hadir ke majlis2 seperti ini..nti dan kembar antara yang telah terpilih..diberikan sanad pula tu..subhanallah..dan semoga bonda nti cepat sembuh..mudah2an insyaAllah..Allahumma aamiiin..anak yang soleh dan solehah akan sentiasa ingat dan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya walau dimana sahaja mereka berada..

    BalasPadam
  4. assalamu'alaikum...
    syukran semuanya..insyaallah..antum2 semua jugak akan terpilih oleh alla..masih bnyakkan majlis ilmu di tempat2 masing2..:')..

    Abdu Ghafur..-nasyid ni dinyanyikan oleh kumpulan nowseeheart.ana lupa tajuknya.tak silap untukmu cahaya muhammad..maaf..tak ingat..

    Mujahid Muda:..syukran sahabat..:)..insyaallah anta jugak allah telah pilih untuk bersama dalam majlis ilmu..:)..mudah2an..

    BalasPadam
  5. Oh, tak apalah, ana dah dpat lagu tu, syukran,
    Blog enti terbaik, teruskan bermujahadah, insyaa-Allah Allah permudahkan enti, Amin, :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..bguih la dah jumpak..xdak la..blog biasa2 ja..hebat lagi blog2 sahabat ana ni..:)..

    BalasPadam