Pengikut

Jumaat, 15 Februari 2013

Allah S.W.T Maha Mendengar...:).~

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah,alhamdulillah,Alhamdulillah...Puji dan Syukur hanya padaMu Pencipta alam ini..:)..
Alhamdulillah..hari ni ana cuti mengajar.jadi,masa untuk update kanvas usang ana ni ha.terbit rasa hati nak kongsi sedikit kejadian pada pagi khamis.sangat-sangat memberi kesan pada ana.Allah2..betapa tersentuhnya hati ini..Allah tidak pernah mengabaikan hambaNya yang hina ini..terasa malu diri ini..:'(..~

pagi khamis tu,ana dan kembar ana bersiap-siap untuk ke kelas bahasa arab.selalunya pagi-pagi ana tak sarapan.sebab apa?ana nak diet.hehe..tak la.memang tabiat ana tak makan pagi.tak tahu kenapa.Ya Allah..terukkan ana ni?..tak bersyukur dengan nikmat sihat.!_!..

Tapi pagi tu,tiba-tiba ana rasa lapar.ana kata kat adik kembar ana,''su!lapaq la..mintak-mintak ayah belikan nasi lemak''.memang terasa lapar sangat-sangat pagi tu.pelik ja..@_@..adik ana kata,''ayah takkan beli la.kita kan tak pernah makan pagi.cepatlah!dah lewat ni..''ana rasa sedih ja..lapaq sangat..huhu..:'(..ana terus menuju ke arah kereta ayah.dengan perut lapar,terus pi kelas bahasa arab..

Sampai ja di kelas,ana baru teringat!..''su!hari ni ada bacaan Yaasin kan??..kan makcik sofea dengan kawan-kawan dia nak pi umrah?.ana tanya pada adik ana.''yala...tak bawak pun Al-quran..''.Allah..ana terlupa nak bawa kalam suciMu..


dah 6 tahun tafsir Al-Quran ni bersama ana..pemberian dari orang tersayang..:).

 
walaupun dah nampak buruk sikit,tapi ianya bermakna kerana kalam cinta nan suci dari Allah..peneman suka dan duka..^_^


kemudian,ana dan adik ana duk di tempat masing-masing..bertawakkal pada Allah.mudah-mudahan ada yang sudi menghulurkan buku Yaasin untuk kami.yakin pada Allah.!.:).

Masa ana asyik duk siapkan kerja sekolah(tak siap buat,hehe),ada seorang makcik ni menyapa dan bertanya pada adik ana,''nana nak buah markisa?''adik ana teragak-agak nak ambil ke tak.lalu,adik ana pun senyum  dan terus ambil..rezeki dari Allah..kemudian,tak sampai 5 minit,ada sorang makcik ni pula hulurkan pula ulam pegaga dan limau purut..Allah3...Allah berikan rezeki lagi..syukur..~..



buah markisa dan ulam pegaga.limau purut tak nampak.~

Dalam hati ni terdetik lagi.''Allah..laparnya,tak ada ka makanan selain dari makcik-makcik ni bagi..''huhu..tu la manusia kan..tak reti nak bersyukur..macam ana ni ha..Allah...malu sendiri..:(..


Nak diringkaskan cerita,selepas bacaan Yaasin,ada jamuan sikit dari makcik-makcik yang akan berangkat menunaikan umrah.Mula-mula dalam hati ingat nak balik terus lepas bayar yuran kelas.tiba-tiba disekat oleh Makcik Hanum dan kak Fadhilah.diorang hulurkan nasi lemak..Allahuakbar..ana terkejut.!timbul keinsafan dan terharu dalam hati..Allah Maha Mendengar.baru ja ana sebut pagi tadi.bukan itu saja,Allah gandakan lagi rezekinya buat hambaNya yang selalu meminta saja.Makcik Hanum berikan kuih yang pelbagai.rasa sebak ja hati..terus adik ana bisik di telinga ana,''chaq!anti sebut lapar,nak makan nasi lemak kan?nah!Allah bagi lebih pada tu..''


nasi lemak dua untuk ana dan adik ana.atas tu kuih-muih.~.Allah Maha Menyayangi kan?..:)
ana teringat pada kalam suci Allah s.w.t..

Firman Allah .s.w.t:
''Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar dan memberikan rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.Dan baragsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.''

(Surah At-Tholaq:ayat 2-3)...~


Allah..rasa malu pada diri sendiri dengan Allah s.w.t..amal tak banyak mana,tapi selalu saja meminta kepada Allah..pada hari khamis ana mendapat satu pengajaran dan keinsafan.Betapa Allah masih pedulikan hambaNya ini..jangan meragui segala kekuasaan Allah.Allah Maha Mendengar..

Kalau kita dalam kesusahan,kesenangan,gembira,duka,ingatlah!Allah sentiasa Mendengar..jangan mengeluh pada makhluk..hanya dapat memberikan ketenangan yang sekejap saja..Mengadulah pada Allah..Allah Maha Mendengar..


tenang dan damai bila mengadu padaNya..:')..~

perkongsian untuk sahabat-sahabat ana..moga memberikan manfaat bersama..:)..~
Wallahua'lam..

4 ulasan:

  1. Allah Allah Allah..even kalau kita tak mintak pun Allah beri lebih dari apa yang perlu..Allah tu sentiasa dekat dengan hambaNya dan mendengar setiap isi hati hambaNya..alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. aiwah2...:)...
    tp tu la..namanya manusia,mesti akan lupa semua tu..moga2 ia memberikan keinsafan pada diri ni ha.>:3..

    BalasPadam
  3. perkongian yang amat berguna, pernah juga berlaku pada ana,
    subhanAllah, terasa terkilan kan apabila Allah mendengar bisikan dan gerak hati hamba-Nya, ^_^

    BalasPadam
  4. Abdul Ghafur:..alhamdulillah..selalu kita manusia tahu akn sifat2 Allah..Allah dah buktikan pada hambaNya,Dia tidak munafik..Allah Maha bijaksana dan Maha Mengetahui..:)

    BalasPadam