Pengikut

Sabtu, 13 Julai 2013

ISTIMEWANYA RAMADHAN KAREEM..:')

Bismillahirrahmanirrahim...

fuh!(tiup habuk),banyaknya sarang labah-labah dalam blog ni.huhu..Ya Allah..dah lama tak update blog ni.Alhamdulillah..Allah masih berikan sehela nafas buatku untuk menulis,mencorat-coretkan cerita dalam laman putih ni.hari tu memang dah rasa nak berhenti dari update dalam blog ni,nak tumpukan sepenuhnya pada kerja sekarang.macam suri rumah pulak..huhu..tapi rasa rindu dah menggunung bila tengok blog ana ni tak ada cerita baru..Allah2.

Alhamdulillah..hari ni dah masuk ramadhan yang ke-4 dah..bersyukur kita semua Allah mempertemukan kita dengan bulan puasa yang mulia.jangan ingat nak raya ja ya..hari raya hanya di syurga bagi orang-orang beriman.(tergolongkah aku orang yang dapat hari raya itu??.T_T.)..Allah2..




ya.berbalik kepada tajuk di atas.ana saja nak kongsikan sikit mengenai bulan ramadhan ni.ada yang bertanya,apa yang istimewanya BULAN RAMADHAN dari bulan-bulan yang lain?.yela..mesti ada yang terlalu specialkan..ya!memang ada yang special dengan bulan ramadhan yang tak ada pada bulan-bulan lain..
meh kita sama-sama mengkaji,meneliti,mentafsir,merenung,menumpukan dan macam-macam lagi untuk mengetahui KEISTIMEWAAN bulan RAMADHAN..:)

Diantara keistimewaan bulan Ramadhan ini ialah:(skema ja ayat?.tak apela)..^___^

1)NUZUL AL-QURAN:

-->bulan-bulan islam tak ada kan?tapi bulan-bulan lain tetap ada keistimewaannya,jangan terasa hati ya.he..>_<..in shaallah..

Peristiwa NUZUL QL-QURAN berlaku pada malam jumaat,17 ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.bermula dengan peristiwa inilah zaman jahiliyyah yang diliputi kegelapan disinari cahaya iman,kesesatan diganti dengan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah S.W.T Yang Maha Esa..Allah..seronoknya.dah rasa terbayang keadaannya macam mana..^_^

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Anbia',ayat 107:
''Dan tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.''

Perkataan NUZUL beerti ''turun'' atau berpindah iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

Al-Quran pula beerti bacaan atau himpunan.Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia.:)

segala isi kandungan Al-Quran itu adalah perkara benar,mana boleh dibuat main-main.tak ada seorang manusia pun boleh merubah-ubah maksud ayat-ayat al-quran.jadi,siapa-siapa yang selalu mentafsirkan sendiri ayat-ayat al-quran ni,ana syorkan belajar dan fahami dulu sebelum mentela'ah sesuka hati..na'uzubillahi min zalik..~
kalau nak cerita secara detail mengenai nuzul quran,memang panjang dan perlukan huraian.in shaallah,kalau allah masih berikan masa,nyawa,hari,dan kesempatan,kita berkongsi bersama-sama apa benda nuzul quran ni..:')





2)PERISTIWA BADAR AK-KUBRO:

--->Mungkin ramai yang tak tahu tentang peristiwa ni?sebenarnya ana pun baru tahu peristiwa ni berlaku dalam bulan ramadhan.ana terbaca dalam sebuah buku yang menghimpunkan kisah-kisah hari kebesaran islam..Allahuakbar.ana ni mengaku ja islam,tapi sejarah islam tak pernah dibelek dan dikaji.macam mana islam nak maju?.T_T..

Peperangan ni merupakan peperangan yang pertama didalam islam pada tahun ke-2 Hijrah.ia berlaku pada hari jumaat 17 ramadhan,19 bulan setelah hijrah ke Madinah (Januari 624M).pernah tengok tak cerita utusan terakhir?ya..dalam tu ada menceritakan tentang perang badar yang tentera islam hanya 313 orang sahaja berlawan menentang musuh kafir yang bala tenteranya 1000 orang.tapi Allah memberikan kemenangan buat orang islam.subhanallah..menakjubkan.!!

Abu Lubabah Bin Abdul Munzir telah diamanahkan untuk menjaga Madinah,manakala Sayyidina Mush'ab Bin Umair diamanahakan sebagai pembawa panji-panji tentera islam,Peperangan ini berlaku kerana Rasulullah S.A.W dan kaum muhajirin ingin merampas kembali harta yang ditinggalkandi makkah yang telah dicuri oleh pihak musyrikin Quraisy dan diperniagakan di Syam.

Pada awalnya Rasulullah S.A.W dan Umat Islam ingin menghalang rombongan perdagangan Musyrikin Quraisynsekembali mereka dari memperdagangkan harta peninggalan Muhajirin yang dicuri.Keuntungan yang dibawa balik adalah hasil jualan barang umat islam yang ditinggalkan.

maka,terjadilah perang badar yang memberikan kemenangan buat islam..alhamdulillah..;)




3)LAILATUL QADAR(malam seribu bulan).:

-->yang ni mesti ramai dah tahukan malam yang penuh barakah ni?ya.ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan malam seribu bulan.alam tunduk sujud pada Allah Yang Maha Kuasa..subhanallah..agak-agak tahun ni kita dapat tak?.in shaallah..usaha usaha usaha..Allah akan bagi ganjaran..:)

Lailatulqadar atau lailat al-qadar bahasa arab maksudnya (ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan ramadhan.bulan-bulan lain tak ada..Yang dalam al-quran digambarkan sebagai malam yang lebihh baik dari seribu bulan.Juga diperingati sebagai malam diturunkannya al-quran.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Qadar ayat 1-5:
''Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar.Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatulqadar itu?Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).sejahteralah  malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.''

Malam itu juga dipanggil malam yang mulia dan sempit.malam mulia kerana malam turunnya al-quran dan malam sempit pula kerana betapa banyaknya malaikat turun membawa rahmat buat umat manusia...subhanallah..:D..

tentang waktu bilanya terjadi malam lailatulqadar,Rasulullah S.A.W bersabda:
Carilah Lailatulqadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.''

(Hadis Riwayat Ak-Bukhari Muslim dan lainnya).





''Ya Allah,Sesungguhnya kami memohon limpahan rahmatMu,ketetapan ampunanMu,keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebajikan.Selamat dari segala dosa,kemenangan dengan mendapatkan syurga serta selamat dari siksa api neraka.Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus MakhlukNya,Wahai Dzat Yang Memiliki keagungan dan kemuliaan..''

Allahumma amin..~



Sabtu, 11 Mei 2013

Kadang-kadang Kejayaan Kita Adalah Sebahagian Ujian Buat Diri Kita...~(selingan sempena majlis hari guru dan ihtifal sekolah)

Bismillahirrahmanirrahim....




Alhamdulillah,ana dapat lagi bersama para reader ana(tak tau la ada ke tak para reader ni..-_-) dalam kanvas yang ringkas,comot-comot dan macam-macam contengan lagi..:')..

Alhamdulillah,syukur pada Allah,sebab apa??..sebab DIA masih lagi meminjamkan nyawa buat Hamba2Nya..jangan duk sombong..:)..hari ni masih ada kesempatan untuk berkongsi cita,rasa,kenangan dan sebagainya bersama para pengunjung blog ana yang tak seberapa ni.

Alhamdulillah,sempena ana dan sahabat-sahabat berjaya dalam imtihan STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia),pihak sekolah ana telah menganjurkan ihtifal Sekolah bersempena Majilis Kecemerlangan Para pelajar.bukan tahun ni saja,tapi tiap-tiap tahun ada ihtifal sekolah ni,tapi tahun ni rasa lain sikit..kenapa?tak dapat nak gambarkan.macam-macam rasa yang ada,sedih,gembira,takut,semua bercampur..sedih sebab ana bukan lagi warga teratak ilmu faqiah daimiah dan terasa asing sikit sebab tak dapat bersama-sama duduk satu halaqah dengan cikgu-cikgu dan adik-adik asrama..(buang jauh2 perasaan tu,Faqiah tetap di hati sampai bila-bila,warga faqiah adalah keluarga ana)..

gembira sebab dapat berkumpul dengan sahabat-sahabat lama,walaupun ramai yang tidak hadir..yela,masing-masing sibuk dengan aktiviti-aktiviti sepanjang jadi penganggur di rumah kan..hehe..
perasaan takut pula sebab terfikir sesuatu.di dunia kita banyak mendapat penganugerahan.tak kira la anugerah apapun sama ada jawatan ketua kelas,ketua pelajar,ketua asrama,bendahari,setiausaha,pelajar contoh,pelajar kesayangan guru,pelajar cemerlang dan seangkatan dengannya lagi,terdetik dihati,nak dapat anugerah macam ni susah,adakah di akhirat kelak aku juga boleh mendapat penganugerahan dari Allah??..sedangkan usaha untuk mendapat kemuliaan di sisi Allah tu sangat,sangat la sikit.nak dibangdingkan dengan usaha kita di dunia bila nak sesuatu jawatan tu,memang jauh berbeza...:'(..

Allah3...

betapa kerdilnya kita ni,anugerah di dunia kita kejar-kejarkan,hadiah di akhirat,kita lengah-lengahkan..teringat pada satu perkongsian di fb:

''''Sesungguhnya,apabila badan kita sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan.istirehat dan tidur juga tidak nyaman..

demikian pula HATI apabila telah dibelenggu dengan CINTA DUNIA,maka nasihat susah untuk Memasukinya...~''



pesanan dari ana,bila kita mendapat apa-apa saja nikmat di dunia ini,sentiasalah bersyukur dan bermuhasabah diri.mungkin hari ini kita seronok dengan kejayaan yang kita miliki,belum tentu lagi ia kekal sehingga akhir hayat..nikmat kejayaan juga sebuah ujian untuk melihat sejauh mana kita bersyukur,timbul riak atau tak,semuanya ada hikmah...:)..

buat adik-adik yang disayangi,
teruskan perjuangan di medan ilmu,bukan medan percintaan,jangan campur adukkan kedua-dua benda ni,takut-takut menyesal di kemudian hari..nasihat guru ibarat mutiara kata dari ibu bapa kita.biar terasa pahit nasihat itu untuk ditelan,tapi terimalah ia sebagai satu manisan yang akan memberikan senyuman buat kita..:)..

sekadar perkongsian..:



Bertemu berpisah,kerana Allah..alhamdulillah berkumpul kembali,tapi sedih,tak semua yang ada,nadirah,syafiqah,muslihah,kak zakiroh,anisah,izzati,syifa tak ada...:'(


pertemuan yang dinanti,kegembiraan tidak dapat
 dinyatakan dengan kata-kata..indah ukhwah itu.:')
budak  kecik ni lagi.he..:)

adik-adik nurul haq mengadakan persembahan,
terbaik la dik kak,alhamdulillah dah makin meningkat prestasi.
rindu nak bersama mereka di atas satu perjuangan.:')

alhamdulillah..nikmat serta ujian dari Allah..~.bersyukur padaNya.~.
ingat2,kadang2 kejayaan kita adalah ujian buat kita.~


tidak ada harta yang kekal melainkan amal ibadat untuk bekalan di akhirat kelak..~

Sahabat-sahabat juga adalah nikmat pinjaman dari yang Maha Penyayang.
hargailah segala nikmat yang diberikan.:)


Sahabat-sahabat juga adalah nikmat pinjaman dari yang Maha Penyayang.
hargailah segala nikmat yang diberikan.:)


Allah mempertemukan kita dengan guru-guru ini untuk kita menyayangi sesama saudara semuslim,
untuk mendidik kita menjadi generasi Ad-Din,
tanpa mereka,siapa lagi untuk mengingatkan kita di saat kita terleka,
Allah memilih diri kita untuk bersama mereka ini.Alhamdulillah..
sayang guru-guru ana..:')..~


p/s:Kadang-kadang Kejayaan Kita Adalah Sebahagian Ujian Buat Diri Kita..Wallahua'lam..~

Selasa, 7 Mei 2013

perkongsian dari sahabat maya-BENCIKU PADA TOK GURU..~


بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH..selepas berhari-hari tidak mengupdate kanvas sepi ini,kini,bermulanya jari jemari menaip berkongsi rasa bersama sahabat maya..

Alhamdulillah,musim pilihanraya telah berakhir,tapi masih hangat dengan isu-isu yang timbul..Allah3..fitnah dunia kah sekarang?.Allah3..mintak dijauhkan..

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. 23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia..

sedikit perkongsian dari seorang sahabat dilaman maya,moga diambil iktibar..


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian.

Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.

Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.

Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.

Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.

Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.

Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.

Subhanallah.

Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.

Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.

Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:

"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"

Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.

Allahurabbi.

Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.

Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.

Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.

Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.

Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.

Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.

Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.

Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.

Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.

Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.

Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.

"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"

Inilah jawapan mereka:"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"

Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.

Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.

Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.

Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.

Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.

Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.

Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah kulalui di sana pasti akan kulalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.

Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.

Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.

Al Bakarah Ayat 208:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"

-Moga Allah s.w.t merahmati segala perjuangan Tok Guru Nik Abdul Aziz..ana sokong para-para ulama''.tidak bercampur dengan politik,ana bukan ahli pas,bukan ahli PKR,bukan ahli Bn/Umno.ana ialah umat Nabi Muhammad S.A.W..harap maklum..~-~







Selasa, 16 April 2013

Bila kita diuji...~~

Bismillahirrahmanirrahim..~


Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua tetamu blog ini. Ruangan mutiara kata ini saya khaskan untuk sahabat-sahabat berkongsi kata-kata hikmah yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca yang lain. Tak kiralah sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, semua boleh. Mudah-mudahan kata-kata hikmah ini dapat dijadikan nasihat, pedoman atau pembakar semangat kepada kita. Insyaallah.. :)
Saya izinkan sesiapa sahaja yang ingin copy kata-kata mutiara ini untuk dikongsi bersama-sama rakan lain. Dan sila ziarah lagi blog ini di lain masa.
Wassalamualaikum..
3279033346_2203077dc6
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

Dalam kita melangkah..Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehinggakan kita terduduk dan menangis,peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri kerana...Mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,semoga tabah dan tetapkan iman.Biarlah kita keseorangan tanpa berteman.biarlah malam tanpa sinar rembulan,biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah,Tapi,jangan biarkan hatimu sunyi tanpa ayat-ayat cinta dari Al-Quran..


Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan,melaksanakan amal soleh,memperjuangkan kebenaran dan keadilan.Semuanya bukanlah suatu perkara mudah.Oleh itu,ia sangat memerlukan kesabaran.Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu,kesabaran dalam menghadapi musuh-musuh luar dan kesusahan orang lain.


Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali R.a.:''Kelemahan adalah penyakit,kesabaran adalah keberanian,kezuhudan adalah kekayaan,wara' adalah perisai,sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha..''

hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..~..

Wallahua'lam..

Jumaat, 29 Mac 2013

Setiap Ibu bapa Ada Cara Didikannya Tersendiri~Ana Bersyukur!.:)

Bismillahirrahmanirrahim...~

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...
pagi yang cerah untuk memulakan coretan baru..dah beberapa minggu ana diamkan diri,bukan tak mahu kongsi ilmu di medium ni,tapi kekangan masa sekarang ni yang membuatkan kurang memberi perhatian pada blog ni..sambil-sambil tu ana duk aktif di facebook..he..!_!.

Alhamdulillah,dalam laman sosial ni,macam-macam ana dapat belajar.dari yang perkara benar sehinggalah perkara yang menimbulkan keraguan..see?fitnah banyak sangat di laman sesuwang ni..-_-...

tapi,abaikan benda tu..takut-takut diri ni terjebak sekali.Allah...hindarkan aku dari perkara-perkara yang menimbulkan syak wasangka ni..

In shaallah..hari ni ana bagai ditarik-tarik oleh kekunci laptop ni untuk menaip,berkongsi,menulis,melakar dan seangkatan dengannya mengenai cara ibu bapa mendidik anak-anak mereka..why ana nak tulis mengenai ini?(dah bercampur bahasa ana)..huhu..ana memang sedia maklum,ramai dah tahu tentang hal ni,TAPI!!ana tegaskan di sini,ramai ibu bapa yang Tersalah didik.bukan bermaksud tak pandai didik anak-anak,tapi tersalah dalam mendidik.

Ibu bapa mana yang suka anak-anak depa rosak?tak beragama?.tak dakkan?


Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua.
Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak.
Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.

Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.  - QS al-Isra' (17: 9)






Alhamdulillah..ana kongsikan sikit cara emak dan ayah ana didik kami adik beradik ni.pada sewaktu dahulu(macam bercerita,he),emak dan ayah ana bukanlah dari kalangan keluarga yang berpengetahuan agama yang tinggi.sekadar tahu sembahyang,mengaji..bab2 aurat tak tahu langsung..emak dan ayah ana mendapat nur hidayah selepas mendengar nasyid nada murni yang bertajuk dunia oh dunia.sejak dari itu.emak dan ayah ana mengambil inisiatif mendidik kami dengan memasang dan memperdengarkan nasyid dan bacaan al-quran dari Imam Saad Said Al-Ghamidi kepada ana dan adik beradik ana.

kenapa emak dan ayah ana lakukan macam tu?sebab mereka rasa mereka tidak ada ilmu agama untuk mendidik ana dan adik beradik.jadi,dengan cara memperdengarkan ana dan adik beradik yang lain kepada nasyid,bacaan al-quran melalui cd,akan dapat mendidik kami tentang pengetahuan agama.

Tapi jangan terkejut.emak dan ayah ana memperdengarkan ana dan adik beradik yang lain nasyid dari seberang,Indonesia..kenapa?bukan sebab kumpulan nasyid malaysia tak bagus,tapi nasyid indonesia ni lebih dalam maksud yang tersirat.walaupun cara pemakaian mereka kurang kain sikit,dan ada ala-ala dangdut,tapi ambil manfaat dari mesej yang disampaikan tu.:).

gambar hiasan..:D..


masa sekolah dulu,ustaz atau ustazah baru nak ajar menyanyi lagu anak nabi kita,25 rasul dan 10 malaikat,ana dan adik kembar ana dah menyanyi dulu..sampaikan kawan-kawan pelik macam mana ana dan adik kembar boleh tahu lagu yang akan ustaz atau ustazah nyanyikan..ringkas ana jawap,''mak ayah ajaq''...:)..

sampailah sekarang,ramai yang kawan-kawan yang bertanya,ana tau dari mana semua nasyid-nasyid lama yang tak pernah orang lain hiraukan.remaja-remaja zaman sekarang suka,nasyid yang berunsurkan cinta,kahwin,puitis-puitis romantika..hmm..ana ada jugak layan nasyid-nasyid sekarang tapi tak sama dengan nasyid yang dulu2..lebih bermakna dan menginsafkan..

Inilah cara didikan awal dari emak dan ayah.selebihnya,panjang pula nak kongsikan.jadi,mungkin ada ibu bapa yang mendidik dengan baik,tapi tidak menjadi.jangan berputus asa.


Allah telah menceritakan dalam Quran Surah Luqman ayat 13-19, lihat:
“Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar ….. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”.


anak-anak,jangan salahkan ibu bapa anda.cuba muhasabah diri balik..jangan gunakan alasan ''mak ayah aku tak solat,mak ayah aku tak tutup aurat'',macam mana aku nak ikut??.''cuba fikir guna inisiatif lain..kalau mak ayah tak boleh nak didik kita,carilah peluang untuk pelajari sendiri dan ajar kembali mak dan ayah..tak salahkan?..anak soleh@solehah sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.:)

Ibu bapa pula,jangan sesekali lupa akan tanggungjwab serta amanah dari Allah s.w.t.jangan syok nak kahwin ja,nak pahala kahwin,tapi lupa tanggungjawab yang sebenar..Allahuakbar..bukan senang memikul tanggungjawab ni..
kalau ibu bapa dah buat yang terbaik,tapi masih jugak anak-anak tidak mendengar kata,ana sertakan doa didik anak ni..moga2 bermanfaat..



In shaallah..moga-moga,segala usaha kita,Allah permudahkan.

dah terpanjang pula kisah kali ni..tu la,dah lama tak menaip..jadi macam sebuah karangan yang panjang dah..
ana kongsikan sedikit koleksi-koleksi nasyid didikan dari mak ayah ana..:)..









satu-satunya nasyid qasidah dari indonesia..lagu2nya memberi maksud yang saat bermanfaat.:)




In shaallah..ana sertakan jugak beberapa video nasyid yang sekian lamanya..dah bertahun-tahun cari,alhamdulillah..jumpa jugak..selamat berhibur..:)..~


                                          







dua video ja ana boleh buh..apa pun jazakallah sudi membaca catatan yang panjang ni..~
Wallahua'lam.







Rabu, 27 Mac 2013

Allah Kagum Dengan Kita??

Bismillahirrahmanirrahim...



In the name of ALLAH, Alhamdulillah sekali lagi berpeluang ana menulis di blog titis – titis tarbiyah ini. Pada awalnya ana merasa terpanggil untuk menulis berkaitan perasaan ana yang telah banyak berubah – ubah atas permasalahan demi permasalahan. Namun, kembali kepada tajuk entri ana, ana ingin berkongsi dengan pembaca triple T(titis – titis tarbiyah) berkaitan dengan diri kita.

Siapa ya, diri KITA ini?

Jika kalian berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun, maka kalian adalah KITA yang ana maksudkan. Pemuda harapan bangsa. Jika ingin melihat kemajuan atau masa depan sesebuah Negara maka lihatlah pemudanya. 3 rangkai kata yang ana biasa dengan. Selalu sangat pemuda ini dikaitkan dengan orang yang amat diharapkan. Kenapanya? Dalam satu bahan yang an abaca, dikatakan pemuda ini kuat, berani dan macam – macam sifat mahmudah ada pada pemuda. Namun, saudara dan saudari yang bergelar pemuda setuju atau tidak dengan 3 rangkai kata yang ana war – warkan?

Jom menyelusuri sirah Nabi S.A.W!

Baca dan renunglah apa yang kita buat semasa berada dalam setiap tahapan yang kita baca:

*
Usia 0 – 4 tahun; sudah menjadi yatim à
HIdup dengan ketiadaan ayah dan seterusnya berseorangan bukan satu situasi yang mengembirakan bahkan selalunya jika kita lihat kisah anak yatim ini, mereka selalunya merindui untuk bermanja dengan ibu dan ayah. Namun, kadang kala mereka akan lebih cepat matang kerana semua perkara terpaksa dilakukan dengan tulang empat kerat serta akan yang dikurniakan. Kita, kita yang punya ayah dan ibu bagaimana ya? Adakah terlebih dimanjakan sehinggakan nak cuci pinggan sendiri atau cuci pakaian dalam sendiri pun kena minta ibu atau bibik yang cuci?


* Usia 4 – 6 tahun; pembelahan dada, kembali ke ibunya à
kematangan spiritual dan kecukupan kasih sayang Dikasihi oleh Halimatul Saadiah dan mempelajari kehidupan sebenar bangsa ARAB


* Usia 6 – 8 tahun; tinggal bersama kakeknya à
pengalaman politik yang intensif. Abdul Mutalib seperti yang kita ketahui adalah salah seorang pemuka quraisy yang disegani dan sejarah beliau juga amat banyak. Beliau amat menyayangi cucunya MUHAMMAD S.A.W. Bapak borek anak rintik. Seperti Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Najib. Yang tua akan memberikan teladan baik kepada yang muda. Situasi sama berlaku kepada nabi S.A.W. Bukan semua perbuatan Quraisy adalah satu yang buruk. Maka dari aspek kepimpinan kekasih kita dapat sedikit sebanyak melihat daripada kakeknya.

* Usia 8 tahun; bekerja mengembala kambing bersama pamannya

* Usia 12 tahun; bisnis internasional bersama pamannya

*Usia 15 tahun; pengalaman militer dalam perang Fijar. Kita tengah sibuk menjawap soalan objektif Penilaian Menengah Rendah!

* Usia 25 tahun; menikahi khodijah à
Ketua keluarga

* Usia 25 – 35 tahun; telah memiliki pengalaman sebagai kepala
keluarga, pedagang, orang kaya, pemuka masyarakat,dan berbagai aktifitas social malah di usia 35 peristiwa membangunkan kaabah berlaku.

Lihatlah, baginda ditarbiyah dengan baik, sepanjang zaman pemudanya baginda telah mempunyai pelbagai pengalaman daripada perkara yang menyedihkan seperti menjadi yatim hingga menjadi orang yang dipercayai (al – amin).

PEMUDA KINI
"Maka datanglah setelah mereka
generasi yang yang lemah,
Yang meninggalkan sholat dan
mengikuti syahwat, maka mereka
Akan menemukan jalan kesesatan "(19:59)



إن ربّك ليعجب للشّاب لا صبوة له (رواه الروياني عن عقبة)

"Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak memiliki sifat shabwah (kejahilan dan keanak-anakan)."


Sifat Shabwah

Pengertian

* Rindu kepada zaman kanak-kanak atau sifat keanak-anakan.

Lambat menyedari sudah dewasa dan mempunyai tanggungjawab. Lebih suka serahkan tanggungjawab kpd orang lain, rasa xbersalah apabila merugikan orang lain

* Cenderung kepada hal sia-sia atau permainan
* Cenderung melakukan kebodohan

Terdorong dgn gelojak emosi kerana darah mudanya. Melakukan kerosakan, menyebabkan kerugian.

* Petualangan yang liar

Lakukan sesuatu yang baru utk buktikan kejantanan dan keberaniannya. Kesannya, rugi fizikal, material dan mental. Rugi diri sendiri dan orang lain.

Cara Melawan Sifat Shabwah


* Jangan menyendiri

Mencari seseorang utk menyelesaikan masalah remajanya, berbincang dan memohon doanya.

HR Ahmad: "Izinkan aku berzina." "Celaka engkau". "Suka apabila jadi pada ibumu?" "Aku xsuka". "Begitu juga orang lain." "Kakak dan adik perempuanmu?" "Emak saudara ayahmu?" "Emak saudara ibumu?" "Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, lindungilah farjinya". Selepas itu dia tidak lagi memandang perkara-perkara haram.

* Libatkan diri dengan aktiviti dewasa

Mempercepat kedewasaan dan rasa tanggungjawab, meninggalkan sifat keanak-anakan.

Faham dimana kita? Sebagai mahasiswa, ana cadangkan marilah kita fikir ke depan. Bak slogan MPP UNIMAS yang baru "revolusi minda". So, mahasiswa unimas sekalian, ana cadangkan kita fikirkan bagaimana ingin menambahkan ilmu bukan hanya menambah ilmu hiburan semata dan hanya belajar budaya sarawak dengan cara yang sangat sempit( belajar hanya budayanya daripada tarian semata) Sarawak kaya dengan budaya dan etnik maka pemikiran setiap etnik berbeza serta di Sarawak ini variasi agama juga besar. Ana bukan mengajak kepada pularisma atau liberalism, ana menyeru kepada perkongsian ilmu dan melatih diri berfikir secara ilmiah bukan kebudak sekolahan sahaja.

* Kunjungi orang yang soleh dan ahli ibadah.

Imarahkanlah Surau – surau kolej. Jika ana cadangkan kalian baca quran di dewan kuliah atau di tepi tasik UNIMAS pastinya kalian akan segan jika tidak pernah berbuat demikian. Tapi semua tahukan kita tidak boleh sesekali tinggalkan quran. Jadi, di mana nak baca quran dengan rasa tenang? Surau atau rumah ALLAH.

* Pilih kawan yang baik

Bantu proses menjadi soleh, cerdas dan bertanggungjawab.

HR Abu Daud: Seseorg akan ikuti kawan karibnya. Oleh itu, perhatikanlah orang yang akan dijadikan kawan rapatnya.

* Berlatih bekerja dan berusaha

* Kerja rumah, hubungan kejiranan, cari rezeki halal.
Bermain permainan sesuai dan bersifat mendidik

Sesuai dengan fitrah dan jantinanya.HR Ahmad: Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.

Jadi rakan sekalian, mari kita renung. Adakah kita telah mempergunakan usia yang ALLAH berikan ini dengan baik? Adakah kita telah benar – benar berguna untuk agama kita ini? Ana akhiri entri kali ini dengan sepotong hadis dan ayat suci AL – QURAN

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.(QS. 18:13).

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


Rujukan:

1. Hadis 8, Syarah Lengkap Arba'in Ruhiyah, Fakhruddin Nursyam, Bina Insani Press Solo, Juli 2007
2. PEMUDA IMPIAN oleh Abu Faris

Mengenali Untuk Mencintai..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..setelah sekian lama kanvas corat-coret ni sepi tanpa contengan,hari ni,ana masih diberi peluang oleh Pencipta manusia untuk bernafas dan menyerbarkan ilmu yang dipelajari walau satu ayat..

In shaallah..malam yang dingin,hujan renyai-renyai ja tadi,terasa nak berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat alam maya ni..:)..mesti rindu ana kan kan kan??.>_<.hehehe..gurau-gurau ja..

In shaallah..baru tadi ana buka akaun fb ana,ana ternampak satu coretan di wall salah seorang sahabat tentang perkongsian cerita ''Mengenali Untuk Mencintai''..mula-mula ana ingatkan cerita tentang pasangan bercinta,atau cerita cinta selepas nikah.yela..sekarang ni fenomena cerita tentang cinta-cinta pula di facebook ni..jadi,ana abaikan kisahnya..asyik-asyik membaca status sahabat-sahabat yang lain,tiba-tiba naik lagi di suapan berita ana tentang kisah itu.

jadi,terdetik dalam hati untuk membacanya..bila ana baca dari permulaan,rupa-rupanya sangkaan ana meleset sama sekali..jadi serba salah pula..

selepas habis baca,ana minta keizinan pada tuan status tu untuk copy dan kongsikan pada sahabat-sahabat yang lain.ramai yang tidak tahu akan hal ini..
In shaallah..ana kongsikan di blog ana ni..moga bermanfaat ya..:')..





 ''MENGENALI UNTUK MENCINTAI''

1) Mu’adz bin Jabal yang menjerti dan menagis teresak-esak sehingga beliau pengsan oleh sebab dapat berita tentang kematian Rasulullah SAW.

2) Rasulullah telah patah gigi di dalam perang Uhud, berita itu sampai ke Awais dan Awais di rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah rasai.

3) Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia
hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu hari setelah dia ketemu Rasululllah dan dia pergi, lalu tak lama kemudian balik dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya takut dan tidak sanggup tidak dapat melihat tuan seperti ini lagi.”

4) Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

5) Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terkejut lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

6) Rasulullah sedang membariskan pasukannya karena Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin karena perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas
kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”

7) Bilal yang selalu adzan semasa hidup Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” karena ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi karena desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau beradzan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak
sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca adzan karena tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah berguncang karena tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

8) Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah Muhammad SAW. Sehari saja tidak bertemu Nabi, rasanya seperti setahun baginya. Kalau bisa dia ingin bersama Rasul setiap waktu. Karena jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Demikian juga yang dilakukan Rasulullah terhadap Tsauban begitu mengetahui betapa besarnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika sudah bertemu barulah hatiku menjadi tenang dan gembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati ini bertambah cemas dan takut kalau-kalau tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi. Sedangkan saya belum tentu, entah di syurga paling bawah atau yang paling mencemaskan, kemungkinan tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika demikian, tentu saya tidak akan bertemu denganmu lagi.” Rasulullah amat terharu mendengar perkataan Tsauban. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa karena balasan surga atau neraka bagi setiap hamba itu hak dan urusan Allah. Maka setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; “Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang- orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS An Nisaa’:69). Mendengar jaminan itu Tsauban pun tersenyum. Hatinya menjadi tenang dan gembira kembali.

Kenalilah peribadi Rasulullah. Pasti hatimu mencintainya.

Semoga Bermanfaat. Perkongsian bersama.:')..
 
 

Khamis, 21 Februari 2013

Cinta Nescafe + Milo = Neslo.!.:).

Bismillahirrahmanirrahim...~







Syukur, Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kita masih dapat berkongsi pendapat, semampu yang dapat. Salam junjungan buat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. kepada mana-mana mata yang sudi membaca, harap sudi mencerna apa yang cuba disampaikan. Senyum.

Ramai yang bercinta akan memekakkan telinga, membutakan mata, berlari dan berlari dari topik yang menjadikan remaja tersepit. Mengangkat mug dan minum NesLo, sedapnya, Alhamdulillah..eh? ok, meneruskan perkongsian, Cinta itu dianggap indah. yes, ana mengakuinya bahkan ana turut selalu merasainya.(Cinta monyet,hihihi^_^.)

Namun, siapa memberi rasa itu? ar-Rahman, ya memang Allah yang menciptakan perasaan unik itu ke dalam sebuah emosi manusia, lantas mengalirkan rasa bahagia untuk melalui detik itu. Namun, bila ustaz/zah mula bercakap, sedaya yang boleh menerangkan hubungan yang halal, semua akan lari dan berterusan membeci! (fuh.. nampak kejam). untuk meneruskan lagi, ada lebih baiknya ana menyoal. Manalah tahu, kita ada rasa yang sama. Senyum.
hebatkah cinta?
“Ustaz / ustazah ni..tak penah bercinta ke?”
"Feeling tu, kite-kite je tau ustaz / ustazah"
“Kredit dan topup sanggupku kongsi..”

"Inilah dinamakan anugerah ustaz / ustazah.."  Ya! itulah jawapan yang saya cari.
"dan ustaz / ustazah, tiada siapa mampu pisahkan kami"
eh?

walau dengan ombak dan petir?
lautan dan badai?
gelora dan kocakan?
"Iya ustaz / ustazah!"

Senyum,minum seteguk air tadi. Eh. ok, kita pun dah sama-sama setuju perasaan itu anugerah dari yang Esa, well done, kita mengakuinya. syukur Alhamdulillah. tapi macam mana caranya kita mendapatkan cinta itu? carilah mana-mana ulama, pasti tidak didapati mana-mana ulama yang memuji pasangan  untuk bercinta [bercouple]. tidaklah salah perasan cinta itu. namun budaya couple itu telah lama menjadi barah kepada kita. nampak tak? masih samar-samar? kalau hendak dibuktikan mesti panjang warkah kita ini, tentu banyak temujanji kita untuk terus berkongsi pendapat. Tapi rasanya, kita semua maklum apa yang barah dan kroniknya tentang budaya couple ini. oleh itu, apa kata nikah?

"Ini yang aku malas ni, asal bab agama..je, nikah!aku muda lagi la wei"
jadi kenapa bercinta?

"kami ni dah sepakat. Dari lubuk hati kami, kami suka sama suka, bukan suka, cinta! usta/zahzah"
sampai bila?
'ustaz/zah, kita orang dah janji akan jaga hubungan ni. biar masa membuktikan"

memetik kata 'biar masa membuktikan' dan beberapa lagi alasan yang saya tidak mampu coretkan di sini. hipotesisnya, semakin kita memberi hujah larangan bercouple, semakin panjang dan kukuh alasan diberi. kalau ini betul, kajian tepat, kecewanya saya (oh mungkin anda juga) kalau hipotesis ini salah atau kurang sahihnya. Alhamdulillah.. anda mampu mengubahnya. Mengurut dada.

Saudara, saudari budiman, Allah memang sayangkan hambanya, kalau tidak dicampakkan rasa cinta,suka dan seumpanya ini, pasti kejahatan menakluki dunia. Allah menjadikan manusia di tengah-tengah. maksudnya, Malaikat semuanya baik, lawannya pula semuanya teruk dan musuh kita, Syaitan. "so?kaitannya apa?" kaitannya banyak! syaitan itu berusaha memasukkan kita ke lembah kemudharatan.

"Cinta tak mudaratlah..."

kesannya tetap ada.
Belum masuk cemburu, iri hati, panas baran, queen control, derhaka..bla..bla..
kesannya nusyuz, dayus suatu jangka yang panjang!

"Ustaz / ustazah, takkan sampai begitu sekali? saya sayang dia, tak mampu rasanya saya berpisah"
Lihatlah. "Apanya? ustaz / ustazah?"

Kita sebenarnya sedang lalai meletakkan hamba Allah nombor satu dalam hati kita. Allah suruh kita duduk di bumiNya saja-saja? disini kita berdagang. Amalan itu barangnya. Solatlah masternya. [lihat Surah As-saff: 10-11]. senyum.

minum seteguk.

Atau nak ustaz/zah bagi ayat dalam Surah Az-Zariyaat?

Bukan ustaz / ustazah atau ulama yang bijaksana menetapkan pakej nikah dan voucher hubungan halal sepanjang hayat dan tempoh sahnya tali nikah itu. Allah yang beri, Allah yang tetapkan. Betapa cantiknya aturan. Wali, pengantin...tak ingin ke?
 
"alah, ini tak adil. Aku tak sanggup clash!"

Siapalah kita tahu mengenai cinta dan takdirnya? sedangkan kita mengharapkan cinta dari yang Memberi cinta? siapa kita nak tuduh adil tak adil. Walhal ada hikmahnya?

Kalau tak clash, apa kata, hubungan, kepercayaan itu, anda sambungkan kepada nikah, banyak caranya. kalau tak tahu, tanya. Kadangkala, anda tahu, dan anda sepertinya tidak tahu, itu menolak hidayah.perlu dibimbing. Anda tidak tahu dan tahu anda tak tahu anda mempunyai dua pilihan, untuk tahu, atau tidak tahu selamanya. Minum seteguk NesLo lagi.

Tidak sedikit pula kes-kes kecurangan di belakang pasangan. Eh, jangan nafikan. Kenapa terjadi ya? Sebab tiada ikatan yang sah. Tiada jaminan sebagaimana yang Allah dah jamin. Kalau semua terjamin dan terjaga, amannya dunia.

Er, ustaz / ustazah,yang dah kawin  atau yang dah nikah tu pun boleh cerai apa? Saya saja tekankankan perkataan nikah tu, supaya ustaz/zah sedar yang adanya cerai selepas nikah” Senyuman sinis.

Ya, perspektif membuat kita  terbeza cara letaknya pandangan . Kenapa boleh wujud sedemikian? Saudara saudari.. bagaimana kita hendakkan hubungan yang kekal, perasaan menyatu kalau hati kita tidak terurus? Cemburu tak tentu pasal dan pelbagai lagi simptom yang negatif yang wujud? Kita sudah sepakat cinta dari yang Esa, namun kalau asyik bercinta hingga lupa cinta yang satu, bagaimana tidak ditarik perasaan itu? Bagaimana hendak dijaga rumah tangga sedangkan yang asas masih goyah? Oh. Luasnya pintu taubat untuk yang lupa-manusia.

Remaja, ramai manusia yang rintihkan kesusahan, untuk kesenangan, tidak sedikit pula yang angkuh. Perasaan cinta manusia hanya setitik, sudah mendabik dada, sombong dengan cinta Allah. Entah berapa tembok kamu pasang. Oh lemahnya kita. Saya tahu, anda terpilih membaca ruangan,warkah tidak seberapa ini adalah dari golongan yang baik. Jadi jangan memandang enteng perihal couple.sungguh ustaz dah cakap, ustazah dah bilang. Ayuh kita terus berbincang di laman pena yang lain. Masih banyak yang kau perlu fikirkan!

Cinta bukan untuk dirintih ustaz / ustazah

NesLo dah habis.

Kalau benar kita berjodoh, Kopi dan MILO pun tetap akan jadi NesLo’- hiperbola ana.:').



gambar hiasan.~

wAllahua'lam.