Pengikut

Isnin, 11 Februari 2013

Terasa Rendah Dan Kerdilnya Diri Ini Berada Dalam Golongan Orang-Orang Yang Soleh.:'(

Bismillahirrahmanirrahim..~






Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
walaupun penat semalam masih bersisa,tapi jari-jemari bersemangat untuk berkongsi cerita dan anugerah yang Allah berikan pada ana..:)..

Semalam adalah hari yang barkah sekali.baru dua kali ana dapat mengikuti majlis yang barakah sebegini..kalau dulu,di sekolah ana memang ada majlis-majlis ilmu,bacaan kitab dan sebagainya.rindu nak duduk bersama ustaz-ustaz dan pencinta ilmu seperti dulu...Allah3...RINDUNYA..~

tak silap ana,banyak minggu jugak ana memikirkan untuk datang ke majlis ini.Macam-macam halangan,tapi Alhamdulillah..Allah permudahkan.(Hati riang ria..:D..).setelah lama jiwa dan hati ana ini tidak di isi dengan santapan rohani begini,akhirnya selepas solat maghrib,ana telah berada bersama mereka meraikan Ulama' dari Makkah iaitu Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki yang datang ke Sekolah lama ana yang baru 4 bulan ana tinggalkan untuk memberikan sanad Asma Ul-Husna.

ana dan kembar ana ambil tempat barisan yang kedua agar mudah untuk lihat muka syeikh tu.Alhamdulillah,walaupun dapat tengok dari jauh,hati berasa tenang ja.Majlis dimulakan dengan Qasidah dari para pelajar lelaki sekolah ana..Bila dengar alunan qasidah,hati jadi semangat semula.

Kemudian Syeikh pula mengalunkan qasidah ''Ahlan Wasahlan Bil Habib''..sangat-sangatlah menyentuh hati ini..Allah3..


Qasidah Ahlan Wasahlan Bilhabib.:)

Kemudian,selepas semua jemaah mengalunkan qasidah ini,maka bermulalah tazkirah dari syeikh Jumhuri Al-Makki..beliau membicarakan tentang fadhilat Asma' Ul-Husna.:).diantara fadhilatnya ialah:

1)Sesiapa yang menghafal Asma Ul-Husna dalam kehidupan sehariannya,Allah s.w.t melimpahkan Rahmat dan BarakahNya kepada kehidupan hambaNya itu.

2)Sesiapa yang membaca dan menghafal Asma Ul-Husna,walaupun dirinya melakukan ibadat yang kecil berbanding amalan jahatnya yang banyak,Allah memberi jaminan Syurga kepadanya..~.



alhamdulillah..ana dah mendapat sanad Asma Ul-Husna..:).



 


 Allah3....
Terasa kerdilnya diri ana ni bersama dengan orang-orang yang soleh..rasanya tak layak ana berjamaah sekali dengan mereka.:'(.betapa ramainya jemaah yang datang dan mereka adalah orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t..

para jemaah lelaki..



para jemaah kaum wanita..~

 selepas tazkirah yang singkat tapi bermakna,ada sesi untuk meminta Syeikh membuat air penawar.kemudian Syeikh pun berdoa pada 3 hal iaitu:

1)Moga Allah permudahkan mereka yang mahu mengerjakan umrah dan haji.

2)Moga Allah menyembuhkan Penyakit.

3)Moga para lelaki dan wanita mendapat jodoh yang soleh dan solehah..~

Amin3....

Kemudian,ana minta bantuan pakman untuk memberikan air dua botol besar kepada Syeikh untuk dijadikan air penawar buat emak tercinta ana..moga dengan asbab keberkatan ulama' Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki ini,Allah memberikan kesembuhan pada mak.~.:')..

di sini ana sertakan beberapa keping gambar selepas majlis tersebut..:)..~



Pengetua Smafd bersama Syeikh Ahmad Jumhuri Al-Makki (kiri).

Syeikh mengusap kepala anak ustaz zakaria.moga2 dengan keberkatan tangan tok guru fatahuddin menjadi seorang anak yang soleh.:')..

fatimah...sahabat lama yang dirindui..^_^




Alhamdulillah..walaupun hanya satu perkenalan yang singkat,tapi ia cukup bermakna..insyaallah..ukhwah di mana-mana.:)
 

bersama dengan kakak kecil molek kita.kak zakiroh..insyaallah..kami bertiga akan ke mesir..doa2kan la ye.:)


sempat bergambar dengan pengetua yang tercinta,yang sporting (tapi ada hadnya)..Tuan Haji norhisyam Bin mahmud.:)


moga2 perkongsian ini dapat memberikan saham buat ana di akhirat kelak..allahumma amin..
betapa kerdilnya diri ini berada dalam golongan orang-orang yang soleh..!_!.doakan yang terbaik buat ana.moga segala amalan yang kita lakukan,walaupun sedikit,ia tetap memberikan manfaat dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..Insyaallah..~..

Wallahua'lam..~

Ahad, 10 Februari 2013

Maaf Kerana Diriku Terpaksa Menolak..~

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah2...:)..ana kembali semula untuk menulis di kanvas putih ni..^_^..
rasanya dah 2 minggu ana tak pedulikan blog ana ni,biasa la kan,manusia ni sentiasa sibuk dengan perkara-perkara dunia,akhirat sikit ja kita sibukkan..:'(..~apa2 pun jom kita muhasabah diri kembali..rajin2 la kita beristighfar ya para2 reader ana yang ana sayang bangat!..:D..~..

Alhamdulillah..kali ni ana kongsikan sedikit mengenai pengalaman ana sepanjang dua minggu ni.ana pun tak tahu kenapa tiba-tiba ramai yang bertanyakan soalan ''awak@anti dah kahwin?dah ada calon?dah bertunang?''.@_@..Zzzz..soalan yang paling tak suka di jawap tapi kena jugak habaq kat sini or di mana-mana saja bertemu..

Apa-apa pun ana ucapkan jutaan2(banyak tu) terima kasih kepada sahabat-sahabat ana yang perihatin akan masa depan ana.ana hargai sangat.Insyaallah ana akan jawap soalan ini.diharapkan apa yang ana nak jelaskan ini,para-para lelaki yang soleh lagi beriman sekalipun yang mat2 rempit,yang cuba berubah atau sebagainya mengambil berat akan hal ini.bukan ana menolak,tapi belum sampai masanya.walaupun ana tahu akan ada juga yang berkata,''belum cuba,belum tahu,kalau tak usaha macam mana nak dapat,kalau nak tunggu sampai masa tu,mati pun tak akan jumpa dan bla bla bla''..ok!ana terima semua pandangan-pandangan yang kalian utara kan.tapi tak salahkan antum-antum semua hormati prinsip orang lain?.:)..~

Ok!kali pertama,seorang lelaki(ana gelarkan si A),dia bertanyakan ana,bila nak kahwin?umur anti dah cukup untuk berkahwin.ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w yang berkahwin di usia muda.hadis soheh lagi ada mengenai kahwin muda.kalau anti menolak untuk berkahwin di usia muda,kafirlah anti.(Ya Allah!apa hak manusia ini mengkafirkan hambaMu ini??..:'(..)

sorang lagi(Ana gelarkan si B),anti dah ada calon suamikah?..kalau belum boleh tak kita eratkan lagi perhubungan ini biar bertambah mesra dan bla bla bla..(dah melalut ke mana ntah mamat ni)..-_-

yang ni sorang lagi(si C pulak).''anti,ana sukakan anti dalam diam,ana baru nak berubah ke arah kebaikkan,ana perlukan bimbingan anti.istikharah la anti..~..

Allah2..maaf terlebih dahulu pada para-para reader ana.bukan ana bongkak atau nak cari publisiti dengan ceritakan hal2 ini di sini..bukan nak habaq ramai yang minat kat anatidak sama sekali.tapi untuk memberikan penjelasan..~.
Bukan ana menolak kalian kaum adam..tetapi ana belum bersedia.





ana masih kepunyaan kedua orang tua ana.selagi mereka tidak mengizinkan anak-anak mereka untuk berkahwin,sebagai seorang anak,tidak pantas untuk ana menyakiti hati mereka.:'(..mak dan ayah ana ada sebab kenapa depa tak bagi kahwin di usia muda.mak ayah mana nak tengok anak2 mereka tak bahagia..semua orang tua mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.:')..biarpun alam perkahwinan itu dapat kita pelajari selepas berkahwin,itu bagi kamu-kamu sekalian.ana masih tidak mampu..maaf kerana ana terpaksa menolak semua lamaran-lamaran itu.ana punya masa depan.

ana tak mahu nanti bakal suami ana terbeban dengan dosa-dosa ana walaupun lelaki ini tercipta untuk membimbing wanita.jika kita mendapatkan Bakal Suami sebaliknya,macam mana?.Allahuakbar..ana belum layak lagi buat kaum adam yang soleh diluar sana.siapa ana untuk membimbing kalian kaum adam sedangkan kaum lelaki dicipta menjadi khalifah(ketua) dan kaum lelaki yang perlu bimbing wanita.masih ramai lagi para-para pendakwah,para ustaz yang boleh memberikan bimbingan kepada kalian.ana juga masih belajar,ana juga dalam lingkungan orang yang sedang diTARBIAH..~

Biarlah ana berbakti pada kedua orang tua ana terlebih dahulu sebelum ana atau mereka pergi menemui Illahi.ana tidak mahu menyesal di kemudian hari.ana bukan sesolehah yang kamu-kamu fikirkan tapi ana cuba menjadi yang terbaik.ana jugak masih di dalam kelompok para wanita yang di Tarbiah jiwanya dan dibersihkan HATInya..~

jika sahabat-sahabat ana di luar sana dan para-para reader ana telah menemui jodoh kalian dan mengambil keputusan untuk bernikah,insyaallah..dipersilakan..ana seronok untuk pihak ana.:)..siapa tak cemburu,sahabat2 ana ramai yang dah berkahwin.

tapi bila difikirkan kembali..bukan mudah untuk mendirikan sebuah masjid jika tiangnya belum kukuh sempurna.sudah tertulis di LUH MAHFUZ tentang perjalanan hidup ana di dunia yang fana ini.

SIAPA jodoh ana,UMUR berapa ana akan berkahwin,MATI ana bila datangnya,HIDUP ana susah atau senang,semuanya telah Allah s.w.t aturkan..janganlah kamu-kamu sekalian mengaturkan hidup ana yang Allah lakarkan cantik perjalanannya..~

Insyaallah..ana sekarang dalam proses untuk sambung belajar ke MESIR...doa2kan untuk ana dan kembar ana.:).jangan risau..jika telah datang serunya,ana pasti jemput sahabat-sahabat ana di alam maya ini.hatta kematian ana sekalipun,ana akan pesankan pada adik kembar ana untuk menjemput sahabat-sahabat ana ke hari di mana akan ana dikebumikan..~..MATI itu pasti!.~. 







AKU..akan dilamar oleh MALAIKAT MAUT..
AKU bakal BERNIKAH dengan KEMATIAN..
lebih sayu lagi..
AKU bakal BERCERAI dengan DUNIA YANG KU KEJAR..!!!
sedarkah kita dunia HANYA SEMENTARA.. :'(



p/s:moga2 jawapan ana ini terjawab..~..~




Khamis, 7 Februari 2013

Just LISTEN!!~~

Bismillahirrahmanirrahim...~







Perkongsian untuk semua..~


Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar
Dari saya, hanya seraut catatan.

HANYA DENGAN  MENDENGAR…
Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”
Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa?
Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?
 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.
 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

~Ana sekadar berkongsi dari blog sahabat ana..moga2 ianya memberi manfaat bersama..Listen!..:).~

Jumaat, 1 Februari 2013

Allah Dan Rasul Sangat Inginkan Kita Selamat Dari Neraka Jahannam~

 Bismillahirrahmanirrahim..~

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar!..:D..sejuknya cuaca pagi ni.mungkin tempias dari hujan semalam kot.Nikmat Allah yang tidak terhingga.Alhamdulillah,hari ni,masa ni,detik ni dan itu ini(macam lagu pulak),ana nak kongsi kan sedikit dengan reader blog ana mengenai Kecintaan Rasulullah s.a.w terhadap umatnya.!_!..







Di hari kiamat,ketika neraka bertempik sebanyak tiga kali,Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,dan Nabi Isa a.s memohon agar Allah s.w.t menyelamatkan mereka.Masing-masing berkata''Selamatkan aku!selamatkan aku!Hari ini aku tidak meminta selain darinya.''(Nabi Musa .as tidak memohon agar saudaranya Nabi Harun a.s diselamatkan.Nabi Isa a.s juga tidak memohon agar ibunya Maryam diselamatkan.Sedangkan Rasulullah s.a.w memohon ''Umatku!Umatku!Ya Tuhanku,selamatkan mereka dan bebaskan mereka.''

Di padang Mahsyar,orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s.Baginda bergantung dengan asap arasy yang naik lalu menyeru,''Ya Tuhanku dan Penguasaku!Aku adalah KhalilMu Ibrahim a.s.Kasihanilah kedudukanku [ada hari ini!Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.''Allah s.w.t berfirman,:''Wahai Ibrahim!Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya?.''

Nabi Musa a.s datang,Baginda bergantung dengan asap Arasy yang naik lalu menyeru,''Kalam-Mu..Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku.Aku tidak meminta untuk saudaraku Harun a.s.Selamatkanlah aku dari kacau bilau jahannam!''
Kemudian,Nabi Isa a.s pula datang di dalam keadaan menangis.Baginda bergantung dengan Arasy,lalu menyeru,''Tuhanku..Penguasaku..Penciptaku!Isa roh Allah s.w.t.Aku tidak meminta melainkan diriku.Selamatkanlah aku dari kacau bilau jahannam ini!

 Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!''

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Begitulah kasih Rasulullah saw kepada umatnya, seperti dalam ayat “Laqad ja akum rasulun….”

At-Taubah [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. 


Allahuakbar..betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada umatnya.!_!...Bagaimana pula dengan kita.adakah tahap kasih sayang dan kecintaan kita terhadap baginda melebihi cinta dan sayangnya pada kita??
para reader sekalian,Allah dan Rasul pun risau jika kita tergolong dalam ahli neraka,mengapa kita tidak?

Muhasabah diri kembali..~..








dikongsi dari :
 http://pondokhabib.wordpress.com/2009/06/15/rasulullah-saw-membela-umatnya/

Wallahua'lam.~

Khamis, 31 Januari 2013

Allah Tahu Kemampuan Hamba-Nya..~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...jangan kita lupa akan kalimah yang indah ini...Syukur tak terhingga ana panjatkan kepada Sang Pencipta,Dia masih mengurniakan nyawa buat ana hamba yang lupa diri ini!_!...Allahuakbar..

Alhamdulillah..bertarikh 30/1/2013,result STAM diumumkan..debor-debor jugak rasa hati ni..ketaq-ketaq habih satu badan..doa dan zikir tak pernah putus-putus(nampakkan?bila kesusahan,baru nak ingat allah-_-)..tapi tak apa..sekurang-sekurangnya Allah takkan hilang dalam hati setiap insani..Insyaallah..:)..

pada pagi rabu itu,ana bangun awal.rasa tak sabar-sabar nak ambik keputusan stam.kenapa rasa macam tu padahal ana takut nak tahu?sebab hati ni dah berkobar-kobar nak fly ke Mesir..dah ternampak lambaian2 dari bumi Anbiya',cewah!..:D...ayat balaghah sikit..^_^...

Sampai saja di sekolah,ana terus menuju ke arah sahabat ana,nadirah nazri.:)..selepas tu mai la kawan-kawan ana yang lain,syukur,afiq,munirah,balqis dan anisah..tinggal ni ja sahabat-sahabat ana yang tak ke jordan.hati tu sedih jugak tak dapat kumpulkan semua sahabat-sahabat,tapi Allah dah titipkan sahabat-sahabat ini untuk bersama-sama ana mengambil keputusan STAM..^_^.

Ana dan sahabat-sahabat ana terus menuju ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan pengetua.kaki ni melangkah laju ja ke pejabat,rasa macam result ana tak akan mengecewakan ana..Yakin benor kamu ni nani oii..@__@...

Masuk ja pejabat tuan pengetua,ana dan sahabat-sahabat tersenyum-senyum ja tengok tuan pengetua.nak ambik hati la katakan..^_^..sampai sahaja giliran ana untuk mengambil slip keputusan stam,tuan pengetua ucapkan tahniah!ana dapat JAYYID??!!Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..tak henti-henti ana ucapkan syukur pada Allah...

Ana terus lakukan sujud syukur.ana ingat pesan ustazah Syamsinar dan ustazah sufia,''dapat result,terus sujud syukur''..pesanan dari ana spm lagi..Allah3...ana lega sangat-sangat..walaupun hati ada setitik kekecewaan kerana tidak mendapat mumtaz,tapi ana tahu,Allah tak zalim dengan ana..Allah tahu setakat mana usaha ana,Allah tahu tahap kemampuan hambaNya ini..walau banyak ujian sepanjang perjalanan untuk STAM,alhamdulillah...Allah tahu kebaikkan untuk ana..Ana tak dapat bayangkan,kalau ana dapat Mumtaz dalam stam,mesti ada sifat RIAK dan TAKBUR dalam jiwa..Allah...minta dijauhkan..!_!...di bawah ni ana sertakan sekali sijil STAM ana.:).







ni lah result ana.maaf kurang jelas(memang ana sengaja tak nak bagi jelas.hehe..:).




Serba sedikit ana kongsikan keputusan STAM di sekolah ana..:

MUMTAZ-1 orang.

JAYYID JIDDAN-dua orang.

JAYYID -enam orang.

MAQBUL -dua orang.

ROSIB -tujuh belas orang.


bagi sahabat-sahabat ana yang tidak berjaya,jangan sedih.Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu-kamu.ana tahu mesti akan ada rasa sedih dan kecewa,tapi Allah akan beri setakat mana usaha kita..insyaallah..akan ada perjalanan kejayaan di hadapan kamu-kamu..

selalulah husnudzhon dengan Allah..jangan ingat Allah zalim pada kita.Allah uji kita kerana Allah sayang..kejayaan yang Allah berikan pada yang lain jugak merupakan ujian dari Allah..:)..







 perjalanan kita masih jauh.jangan menoleh ke belakang..teruslah melangkah menggapai kejayaan..~

Wallahu'alam..
sayang kamu-kamu semua.~..:)






Sabtu, 26 Januari 2013

Aku Cuma An-Nisaa'..~~





Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah,
Sehingga dirinya digelar Afifah Solehah,
Dialah wanita pertama,
Tiada ragu mengucap Syahadah,
 Pengorbanan bersama Rasulullah s.a.w,
Susah senang bersama,
Walau hilang harta kerana berdakwah,
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan,
Imannya sedikit pun tidak berubah,
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah,
Baru dihina sudah mengalah,
Ya Allah..Tabahkan aku sepertinya,


Ya Allah...
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah,
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya,
Tidak pernah putus asa pada perjuangan baginda,
Anak yang semulia peribadi baginda,
Tangannya lah yang membersihkan luka,
Tangannya jua membersihkan cela,
Pada jasad Rasulullah s.a.w tercinta,
Gagahnya dirinya pada dugaan,
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diriku terluka dendam pula menyapa,
Saat diriku disakiti maki pula mengganti,
Ya Rabbi...Teguhkan hatiku sepertinya...


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumayyah,
Tukang sisir rambut yang beriman,
Dan keluarga Yasir yang bertaqwa,
Sungguh!Kesabaran mereka menggoncang dunia,
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan,
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia,
Entah mana hilangnya iman di dada,

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah,
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih,
Kerana yakin Allah pasti di sisi,
Sabarkan aku seperti Sumayyah,
Biar tombak menusuk jasad,
Iman sedikit pun takkan rapuh,


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim,
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman,
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah s.a.w,
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami,
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah s.a.w pada hari uhud,
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah,

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya,
Tingginya nilai cinta pada harga Iman,
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan,
Ketulusan iman diketepikan,

Ya Allah...
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya,


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Aisyah Humaira',
 Isteri termuda Rasulullah s.a.w,
Biar dilempar fitnah,
Dia tetap teguh pada ketetapanNya,
Isteri sejati yang memangku Nabi,
Pada saat terakhir baginda,
Hadis dan Sunnah Rasulullah s.a.w dipertahankan,
Betapa hatimu seorang mujahidah,

Ya Allah..
Mampukah aku mencontohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda,
Diri mula goyah dan putus asa,
Teguhkan Imanku sepertinya Ya Rahim...


Ya Allah..
Teringat diriku pada Khansa,
Empat orang anaknya mati di jalan Allah s.w.t,
Dia meratap tangis,
Anak sulungnya syahid,
Anak keduanya turut syahid,
Anak ketiga dan keempatnya jugak turut syahid,
Namun,tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta,
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad,

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab,
Sedang anak tinggal solat pun tak kisah,
Berikan aku kekuatan sepertinya,
Agar bersedia pada akhirat,


Wahai kaum Adam yang bergelar Khalifah,
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah,
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah,
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumayyah,
Mahupun setabah Ummu Sulaim,
Dan tidak seteguh Aisyah Humaira',


Kerana diri ini cuma An-Nisaa' Akhir zaman,
Dimana aurat semakin dibuka terdedah,
Dimana syahadah hanya pada nama,
Dimana dunia yang terus dipuja,
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama,
Dimana batas sentiasa dileraikan,
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan,


Wahai Kaum Hawa....
Kita cuma An-Nisaa',
Para pendosa yang terbanyak di neraka,
Lantas walau tak setabah para Mujahidah,
Namun tabahlah pada ketetapan Allah s.w.t,
Kerana PadaNya ada Syurga Untuk Kita!
Walau tak semulia para wanita Sirah,
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara,
Kerana padanya ada pahala...

Walau tak sesabar para wanita solehah,
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa,
Kerana padanya ada bahagia...

Sesungguhnya Hawa tercipta dari tulang rusuk kira Adam,
Bukan untuk ditindas kerana lemah,
Tetapi untuk dilindungi kerana indah,
Dan indah apabila tertutup terpelihara,
Kerana disitulah terjaganya syahadah,
Bak mekarnya seperti wanita  dalam sirah,
Tuntunlah kami ke arah Syurga,


Bicara Dari An-Nisaa' Yang hina,
Makbulkan doaku Ya Rabbi..~~

Amin..~
Wallahua'lam..
Amin2..~  

Jumaat, 11 Januari 2013

DIA Menawarkan Cinta-Nya Untuk Kita..~

Bismillahirrahmanirrahim....







Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..setelah sekian lama sibuk dengan rutin harian sebagai seorang suri rumah untuk mak dan ayah(bukan untuk suami),akhirnya hari ini ana dapat mencuri sedikit masa untuk update kanvas usang yang dah berhabuk ni..^_^..

Kali ni ana nak berjiwang-jiwing sikit.(bahasa apa ni ye?)o.O...apa-apa pun boleh..kata pak madit..hehe..Ok2..serius kembali..Entry kali ni tak jiwang kepada siapa-siapa tapi sekadar untuk berkongsi mengenai tawaran cinta yang ana dan kamu-kamu dapat tapi  kita abaikan CintaNya itu..diri kita ni sibuk-sibuk mengejar tawaran cinta manusia dan dunia..Astaghfirullah...

Siapa yang tidak pernah merasai apa itu cinta.Ana?ada..ana pun pernah mengalami situasi macam kamu-kamu juga.tapi mungkin situasi itu ada bezanya..Bercinta tidak haram dan Bercouple itu yang haram!Titik!!..






Cinta.Mungkin sebuah perkataan agung yang sering membuat seseorang rebah di hadapannya.Segala teori dan argumentasi yang dilontarkan akan lenyap begitu sahaja bila kita sendiri yang mengalami hebatnya penangan rasa cinta itu mempengaruhi diri kita..

Mungkin sukar difahami bagi orang yang tidak bercinta.Macam ana ni ha..^_^..erk?!yaka..o.O...cinta monyet pernah la..huhuh..Apa-apa pun boleh..hehe..Kalau kamu-kamu yang pernah merasai cinta,pasti akan rasa bagaimana rasa cinta itu menjelma,waktu untuk menunggu yang dicintai walau kita sedang dalam tugasan yang banyak dan pelbagai pengorbanan sanggup kamu-kamu lakukan demi melihat kebahagiaan orang tersayang.That's right??..:D..

Masa itu mulalah merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari ketika berjemur di tepi pantai..panas,panas!!..=''=.Kita selalu berasa kehangatan itu akan terus menyirami diri.Setiap pagi menanti mentari,tidak pernah terfikir akan turun hujan atau badai kerana kita percaya semua itu pasti akan berlalu dan mentari akan kembali menghangati hujung kaki dan tangan yang sedikit membeku.Mentari ada di sana,dan dia pasti setia.(wah2,ana berfalsafah la..)..:D..

Kadangkala kita lupa,matahari yang hidup dan mengisi hidup itu adalah Hamba dari Penguasa Kehidupan(kenapa banyak cerita mengenai matahari ni.?@_@)..ini hanya kiasan..:)..Kehidupan kita,kehidupan matahari.Suatu masa nanti matahari akan pergi.Walau ia tidak pernah meminta,walau pinta tak pernah kita ucapkan..Jadi,ia akan pergi walau apa pun yang terjadi.Kerana itu adalah kehendak-Nya.Segala yang ada di dunia ini tidak pernah abadi.semua fana' Belaka.Inilah dunia.suka atau tidak,Kita hanya boleh menerima.

Mungkin kita ingin memprotes.Ingin berteriak,betapa tak adilnya!!.

Tetapi kita cuma akan dijawab oleh dinding batu yang bisu,atau lolongan anjing dari kejauhan yang mengejek.(buruknya perangai anjing,huhuhu)Mungkin kita kecewa dan ingin mengakhiri hidup.Mungkin kita ingin memukul,tetapi cuma hanya dapat memukul angin.(buat letih ja..-_-..)

Kerana kita cuba Hamba,Kita hanya makhluk!Makhluk yang tidak ada kuasa!Kita hanya boleh menelan kepahitan hidup yang kita ciptakan sendiri.

Mungkin yang perlu kita jawab,:''Mengapa kita melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia?Padahal kita tahu tidak ada yang abadi di dunia ini.Mengapa??

Allah s.w.t menciptakan cinta di antara manusia.Dia yang paling hebat.kalau Dia tidak menanamkan sifat fitrah cinta dalam hati kita,pasti kita akan menzalami diri kita dan manusia yang lain seperti di Palestin(Gaza) dan Syria..Dia Maha hebat yang paling tahu bagaimana cinta itu,bagaimana mencintai,bagaimana dicintai.Kenapa kita begitu syok,Berasa paling mencintai,berasa paling dicintai dan berasa memiliki segala-galanya dengan cinta.

Padahal cinta itu cuma dari manusia untuk manusia.Dan suatu hari,cinta itu akan hilang tak berbekas dan tak berjejak.Hanya cinta yang begitukah yang kita dambakan?

Kenapa kita tidak cuba meraih cinta Allah s.w.t yang tidak pernah tenggelam dan tak pernah lenyap.Tidak pernah pula usang,tidak pernah hancur dan tidak pernah akan sia-sia.Mencintai Allah??terlalu abstrak dan terlalu aneh.tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Masa?Itu kerana kita tidak pernah berasa dekat,tak pernah berusaha untuk mendekati-Nya.solat 5 waktu pun tunggang-langgang.Allah s.w.t menjadi asing kerana kita tidak meletakkan Allah sebagai suatu yang berada di langit yang tinggi dan tidak mungkinlah kita mencapainya.Jangan mencintai,membayangkan untuk mendekati-Nya pun tidak mungkin.

Tahukah kamu-kamu,DIA menawarkan cinta-Nya untuk kita.mengapa harus menolak???
Hebatkan DIA?!..Kita?Manusia yang hina dina yang berasal dari setitis sperma yang hina telah ditawarkan cinta dari Pembuat cinta.Kemudian kita menolak dan menjauhiNya.Betapa BODOHNYA  kita ni.....T_T

Kalau cinta seperti itu ditolak,cinta apa lagi yang kita harapkan?Cinta yang membawa pada kekecewaan,rasa sakit atau derita??


Cinta yang hanya mekar semusim,lalu luruh tak berbekas.

Percayalah!!

Cinta yang ditawarkan-Nya tidak pernah layu atau luruh.Cinta-Nya Abadi,sentiasa mekar selama-lamanya..^____^

Dan Dia akan memberi kita cinta dari manusia.Mentari itu terus di sana,bila-bila dan di mana pun kita ingin berasakan hangatnya.Kita mempunyai cinta Allah s.w.t

Adakah kita tiada niat untuk membalas ketulusan cinta Dari-Nya??~

Tawaran cinta-Nya dibuka pada bila-bila masa sahaja.dan tarikh luputnya pada datangnya hari kiamat yang Dia janjikan..Kita masih ada waktu untuk membalas cinta-Nya itu..~

Wallahua'lam

Salam cinta ku buat kamu-kamu..:D..~`


Sabtu, 5 Januari 2013

Epilog Seorang Hamba..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Lembaran baru bagi tahun 2013.Tidak ada apa-apa yang menarik dari tahun ke tahun,hanya meniti titian hidup yang rapuh.Ana rasa ini catatan ana yang pertama bagi tahun 2013.Maaf la,ana tak dapat update kanvas usang ni di awal ambang 2013.bukan kerana ana sambut perayaan tahun baru ni,tapi cuba bermuhasabah diri kembali.

Sekarang,usia ana makin lama,makin meningkat.Tak ada usia yang makin lama,makin menurun.wah!seronok kalau macam tu..:D.hehe..Walaupun bumi berputar dan akan bertembung dengan putaran yang sama,berulang-ulang kali,tapi masa,tahun,hari dan seangkatannya tidak akan berputar kembali pada awalnya semula.Lumrah kehidupan kita kan.

Sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik catatan kali ni.(selalunya tak menarik pun).-_-..tapi nak ajak sama-sama kita bermuhasabah diri kembali.Tiap-tiap tahun dari awal tahun kita lahir sehinggalah kita besar sekarang ni,pasti kita mempunyai azam,cita-cita,harapan dan macam-macam la.Macam tu juga ana..Ana mempunyai matlamat hidup,azam,cita-cita dan harapan.Bila orang tanya,''Apa azam baru nani?''.Ana dengan bangganya menjawap,''nani nak jadi seorang manusia yang berjaya,nak jadi seorang yang beragama,nak jadi nu,nak jadi ni,nak jadi tu,''..macam-macam azam yang nani tekadkan.Tahun berubah,azam dan harapan pun berubah.Memang kena macam tu ke?..-_-..






Dapat kita lihatkan?menanam azam atau harapan setiap kali berganti tahun itukan dah jadi macam satu adat?Matlamat kita sebagai hamba Allah hanya satu iaitu ''hidup dan matiku kerana Allah''..Matlamat inikan yang dicari?Bila kita sibuk menanam azam tahun baru ni,ana nak tanya la,azam tahun-tahun sebelum ni dah laksanakan sebaik mungkin?atau hanya memandang sepi saja?..Allah...Betapa tidak bersyukurnya manusia dengan nikmat hidup yang Allah s.w.t berikan pada kita.

mutiara kata dari Hukamak:
''orang yang tidak beriman memandang dunia ini dengan sebelah mata,sedang bagi orang-orang yang beriman memandang dunia ini dengan dua mata iaitu mata zahir dan mata batin.Dengan pandangan batin inilah orang tidak mahu berbuat kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya kerana itu pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya..''


Cuba renungkan,diri ana dan sahabat-sahabat ana ni tergolong dalam golongan mana?Yang mempunyai dua mata atau satu mata??

Dalam menempuh perjuangan insani,setiap kita menempuh berbagai rona-rona kehidupan.Menghiasi antara senyuman dan tangisan yang mengiringi setiap langkah dan perjalanan.Ada yang terjatuh kemudian bangun kembali dan ada yang terkubur ke lembah yang paling dalam bersama sejuta penyesalan.Ana akui,tahun-tahun yang lalu tidak satu pun azam ana terlaksana secara sempurna.sebab apa tak terlaksana?sebab ana bercakap,berazam itu mudah,tapi sebenarnya ana nak melaksanakan itu sangat,sangat,sangat susah!memang mudah untuk kita ungkap azam ingin menjadi seorang muslimah dan hamba Allah yang solehah dan bertaqwa,tapi untuk melaksanakannya,perlu meredahi duri-duri di jalanan perjuangan..~

Tahun-tahun sebelum ini ana makin sibuk berlumba untuk menggenggam duniawi.Sehingga nilai-nilai rohani sudah ana tidak mengendahkan lagi.Bagi orang yang bijaksana seperti kamu-kamu semua,pasti tidak akan melakukan kesalahan yang sama sebanyak dua kali..Ana lupa tnaggungjawab ana sebagai seorang hamba Allah bila harapan dan cita-cita ana kejar sehinggalah Allah menjentik ana sedikit untuk menyedarkan ana akan sandiwara dunia.Allah datangkan ujian buat ana kerana langkah ana yang tersadung.Ana diuji dengan fitnah yang melanda atas diri ini,orang-orang sekeliling membenci diri sehinggakan terasa diri ini tidak berguna.Bila Allah mengetuk relung hati ini,hikmahnya,ana bangkit dari tersungkur di lembah noda.

Allah masih sayangkan ana kan?..:)..

Itulah kehidupan seorang hamba@manusia yang sering alpa dengan nikmat dunia yang fana.Tak siapa akan menjangka,mungkin tahu 2013 ini adalah penutup tirai kehidupan kita,tak mustahilkan.?Jom muhasabah diri kembali..

DUNIA BUKAN MATLAMAT TERAKHIR:

''Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamat dan cita-cita hidupnya,nescaya Allah mencerai-beraikan urusannya,dan menjadikan kemiskinan menghantui dirinya,serta tidak akan datang keduniaan kepadanya melainkan sekadar yang ditetapkan.Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya,nescaya Allah menghimpunkan segala urusannya,serta mendatangkan kepuasan dalam hatinya,sementara dunia tunduk kepadanya.''


Ingatlah sahabat-sahabat ana,dunia ini adalah PINJAMAN yang harus DIKEMBALIKAN..

sedarlah kamu-kamu dari sandiwara dunia..~~












Ahad, 30 Disember 2012

Bahagia itu milikNya....~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..sebelum tu ana nak mengajak semua sahabat2 ana di alam maya ini memanjatkan kesyukuran pada Sang pencipta kita kerana masih menyayangi hamba-hambaNya dengan memberikan nyawa buat kita untuk hidup..tiap nafas yang dihembus keluar itu juga merupakan pinjaman seketika dari Allah..subhanallah...

Apa itu bahagia?apa yang dimaksudkan dengan bahagia?hmm..banyak persoalan yang diajukan kepada ana apa yang ana rasa dan tahu mengenai bahagia?.Siapa yang tidak pernah melalui saat bahagia itu..Ada yang menjalani saat bahagia itu melalui jalan kebaikan dan ada juga melalui jalan keburukan.Setiap perjalanan yang dilalui pasti ada halangan.apa yang Allah ciptakan semuanya berpasangan.(bukan pasangan lelaki dan perempuan saja.)..huhuhu..salah satu yang Allah s.w.t ciptakan iaitu kebahagiaan yang pasangannya adalah kedukaan..

Allah s.w.t berfirman:
''Allah menciptakan segala sesuatu dan DIA memelihara segala sesuatu''

(surah Az-Zumar:62)

Cuba kita renungkan,saat Allah menurunkan ujian dan dugaan kepada hamba-hambaNya,ada sebahagian daripada kita mungkin akan terdetik di hati,:''apa salah aku?adakah aku tidak cukup sempurna baiknya hingga kebahagiaan ku di uji dengan kedukaan?.''Tanpa disedari,kita telah mempertikaikan kejadian yang Allah ciptakan.Istighfarlah sahabat-sahabatku.Andai di waktu ini kita berasa akan kebahagiaan,ingatlah!kebahagiaan itu datang dari Allah s.w.t.




jangan sesekali meragui kekuasaanNya..


Jika kita tidak bahagia,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia.Jika kita malas,sebenarnya kita yang memilih untuk malas.Jika kita tidak kaya,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya.Jika kita tidak pandai,sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai.Jika kita banyak masalah,sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.Mesti peningkan baca entry ni??..@___@..huhu..

Bagaimana kita menguruskan kesedihan dan kebahagiaan kita itu yang menjadi persoalan dan penilaian Allah s.w.t. Lumrah manusia.Ketika dalam kesulitan tidak lain tidak bukan pasti tikar sejadah menjadi destinasi kita.betulkan?Pasti saat itu kita meminta,memohon banyak-banyak daripada Allah supaya Allah menghilangkan segala musibah yang sedang melanda diri kita.Saat itu kita menjadi hamba yang paling,paling,paling naif meminta kesejahteraan daripada Sang Pencipta dan saat itu juga kita melafazkan pelbagai janji-janji akan patuh kepada Mu Ya Allah..Masa itu kita tak fikir,bila Allah s.w.t datang bahagia buat kita,kita lupa pada janji-janji kita pada Pencipta kita.Tahu tak apa akibat bila janji tidak ditepati??(bukan slogan 1malaysia ye)..huhu.

Firman Allah s.w.t:
''Dan ingatlah!ketika kami mengambil janji kamu dan kami angkat gunung (Sinai) di atasmu (seraya berfirman).''peganglah!teguhlah apa yang kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang ada didalamnya agar kamu bertaqwa.''..Kemudian setelah itu kamu berpaling.Maka sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu pasti kamu termasuk orang yang rugi.''

(Surah Al-Baqarah-2:63-64)
    

Ana juga jalani kebahgian yang berlainan dari kamu2 semua.setiap orang kebahgiaan yang lain-lain tapi kebahgiaan mendapat redho Allah adalah beza dengan kebahgiaan yang kita perolehi oleh manusia.Mahu bahagia atau tidak,itu adalah pilihan kita.Yang penting kita harus memiliki kesedaran yang tinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah..Full Stop!!Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau derita dalam membuat pilihan.Jika mahu bahagia,mudah saja.Sentiasa memastikan diri berada dekat dengan Allah s.w.t.Ingat dan berserah pada Allah s.w.t sahaja.Tidak perlu yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan berserah pada Allah s.w.tJadinya nrnti tidak ada paksaan di dalam beribadah.

Ibadah yang menyusul itu dilakukan kerana benar-benar ikhlas diilhamkan Allah s.w.t dengan taqwa terus masuk ke dalam jiwa.Tepuk dada,tanya iman,kita dapat tak rasai ilham dan taqwa Allah berikan untuk kita?Kalau sahabat-sahabat ana merasai kemanisan itu,Alhamdulillah.jika sebaliknya,kita istighfar dan check kembali segala amal kita.

Duhai  sahabatku..jika kamu2 semua diuji dengan kesakitan sama ada di gigit semut,terhiris dengan pisau,disahkan kamu menghidapi penyakit yang berbahaya,ingatlah!Allah bukan suka-suka hati untuk memberikan kita sakit,tapi itu tanda Allah menyayangi kita.mungkin kita terlupa untuk berdoa kepadaNya,mungkin kitasibuk dengan urusan dunia lalu kita meninggalkan urusan denganNya.Allah hanya jentit kita sikit saja untuk menyedarkan hamba-hambaNya yang lalai.Allah Maha Mengasihani.Kadang-kadang tak semua hal yang menggembirakan itu adanya bahagia.Mungkin di dalam derita itu terselit kebahagiaan buat kita..:)..Janganlah berasa derita menanggung sakit,tetapi anggaplah kesakitan itu teguran sayang dari Allah..:)..

Jika ada sahabat-sahabat ana belum menemui apa itu bahagia,janganlah bersedih dan berputus asa.Allah berikan kita kepahitan dahulu untuk kita menyusuri jalan2 kemanisan yang bakal tiba...
tersenyumlah dengan semua yang Allah tetapkan buat kita..Pepatah melayu ada menyatakan:''Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian''.




Tersenyumlah walau hati merintih..:')..


Wallahua'lam..~~




Sabtu, 29 Disember 2012

PENGORBANAN ITU PASTI..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..syukur tak terhingga buat Sang Penciptaku yang masih memberikan ana kesempatan untuk mencorat-coretkan dinding kanvas ini..Setelah selesai tugas ana terhadap bonda tercinta ana,sekarang,ana cuba juga curi masa di waktu malam yang sunyi hening ini untuk menulis artikel tentang ''PENGORBANAN''...



Tak dinafikan,hidup ini perlukan banyak,banyak,banyak,banyak pengorbanan..:)..Perngorbanan untuk apa?Bukan pengorbanan dalam percintaan sahaja,tetapi pengorbanan dalam menuntut ilmu,pengorbanan seorang anak untuk kedua ibu bapanya,atau sebaliknya,pengorbanan seorang guru untuk anak-anak didiknya,pengorbanan doktor untuk menyelamatkan pesakitnya dan yang terlebih utama dan pasti,pengorbanan seorang Hamba Allah untuk mencari dan meraih Cinta Robbi nya....Tanpa Allah yang mendatangkan sifat pengorbanan kepada hamba-hambaNya..Allah Yang Satu...

Ana sentiasa berpegang pada kata-kata ini,''seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya,tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat kepada orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.Jujur juga adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orag lain tetapi lebih utama lagi terhormat di sisi Allah s.w.t..Ikhlas dan jujur kah kita dalam setiap ranjau hidup kita??..check balik diri kita.Pada mulanya kita nak cuba ikhlaskan  diri kita dalam menerima qado' dan qadar Allah s.w.t tapi kita terleka,ikhlas itu tidak perlu dipamerkan atau ditunjuk-tunjuk.Biarlah sekadar orang dapat merasai keihklasan kita..Ana kongsikan sedikit madah seorang pejuang:

Pejuang sejati boleh dilihat dari beberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah sentiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan,kegigihan,keikhlasan dan pengorbanan adala pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezalima da kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang sentiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan
orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu bayak berkorban untuk orang lain,
semakin mulialah dia di sisi Allah s.w.t dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa,
untuk menegakkan kebenaran..



Allah s.w.t sangat mencintai orag-orang yang berkorban untuk agama dan untuk mendapat keredhoanNya,kerana itu menunjukkan cinta sejati kepada Allah..

Wallahua'lam..~~