Pengikut

Jumaat, 14 Disember 2012

Serikandi KHAULAH BINTI AL-AZWAR..~

   Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..masih diberi pinjaman nyawa daripada Allah s.w.t..ok..hari ni ana semangat nak kongsikan serba sedikit kisah mengenai srikandi islam yang bernama Khaulah Binti Al-Azwar..kepada ana semangat?sebab anak saudara ana nama macam ni..^_^..Allah3..memang nak tau sangat kisah srikandi ni..ana cuma tahu kisah dia menyertai peperangan ja..

moga-moga bermanfaat untuk semua..^_^





Nama Khaulah al-Azwar al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan
kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam
sejarah. Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta
kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-Azwar terbunuh
ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar
bin al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab.
Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin
yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khaulah turut
berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.

Dalam satu pertempuran yang sengit, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan

seorang penunggang kuda yang tinggi, seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya
sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa, sedang dia berpakaian
serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau, yang sisinya berjuntaian
hingga ke dadanya,lalu dililitkan selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan
lelaki, seumpama api yang marak membakar.

Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang

berada disisinya. ''Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang
penunggang kuda yang amat berani.''

Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yang

marak, lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan
mereka. Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang Islam lain
dan terus bertempur bermati-matian, kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang
dipegangnya bertitisan darah, entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya. Dia
kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.

Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga

menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda
bernama Rafik bin Umairah, ''pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.''
Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik
bertanya pada Khalid. ''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi, aku
sangkakan kaulah penunggang kuda itu.''

Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku

sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.''
Khalid berkata lagi, ''Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si
pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''

Maka bertempurlah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang

berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya
tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang.
Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin, kelihatan keseluruhan
tubuhnya bermandikan darah. Lalu Khalid al-Walid terus mengalu-alukannya seraya berkata,
''Semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang
mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu dihadapan musuh!''
''Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!''
Akan tetepi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah
seorang daripada tentera muslimin pun berkata, ''Wahai orang yang dimuliakan! Panglima
perang berkata kepadamu, kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkn diri
daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.''
Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus
meninggalkan Khalid bi al-Walid bersama tentera muslimin. Tindakannya ini telah membuatkan
Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit, ''Biadap kau! Kau telah telah
mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana
kamu datang?'

Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan

kedengaran suara seorang wanita. ''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu,
melainkan kerana terasa malu,'' kata suara lembut itu.
''Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya, sedangkan
aku seorang wanita yang selalu berlitup.''

Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus

bertanya, ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''
Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama
wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar
telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda
ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas
memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid
berkata kepada Khaulah lagi. ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku
berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat
membebaskannya nanti.''

Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah

menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam.
Dalam peperangan di Marj Dabik, saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi. Khaulah sekali
lagi telah menggempur barisan-barisan musuh. Beliau juga turut serta dalan peperangan
Antakia bersama tentera muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada tentera
muslimin.

Selain itu,beliau juga turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebutsebut

semua orang. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam, sehingga beliau menemui ajal
pada zaman pemerintanh Khalifah Othman bin Affan R.A. Khaulah telah meninggalkan
namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus di cium orang di sepanjang
zaman...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan