Pengikut

Sabtu, 5 November 2011

TAZKIRAH BERSAMA..^___^

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA DALAM PANDANGAN PARA IMAM MAZHAB...


''Asalkan tutup kepala dah ok.''
aku pakai baju longgar kira bagus la ni,tutup aurat jugak..''
''panas kalau tertutup semua ni..hish!''


hmm...antum dah baca dialog diatas??
itulah jawapan segelintir wanita yang ditanya oleh ana..wajipkah menutup aurat??itu persoalan yang sentiasa meniti di bibir remaja wanita sekarang..
Definisi aurat ialah diambil dari perkataan bahasa arab yang beerti keaiban..dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.Didalam hukum islam terdapat beberapa keadaan dimana seorang islam dibenarkan membuka aurat yakni hanya pada orang-orang tertentu sahaja..
mari kita sama-sama membaca kemudian beramal dengan pandangan empat mazhab para imam..


PERTAMA;MAZHAB HANAFI..


Dalam kitab Al-Ikhtiyar,salah satu kitab mazhab hanafi disebutkan bahawa tidak dibolehkan melihat wanita lain kecuali wajah dan tapak tangannya jika tidak dikhuatiri timbul syahwat.Diriwatkan dari Abu Hanifah bahawa beliau menambahkan dengan kaki kerana pada yang demikian itu ada darurat untuk mengambil dan memberi serta untuk tujuan bagi mengenali wajahnya ketika urusan muamalah dengan orang lain untuk menegakkan kehidupan dan keperluannya kerana tidak adanya orang yang melaksanakan sebab-sebab kehidupan.Beliau berkata sebagai dasarnya ialah firman Allah S.W.T:
''Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya.''
(surah an-nur:31)
Para sahabat berpendapat bahawa yang dimaksudkan ayat tersebut ialah celak dan cincin iaitu tempatnya (bahagian tubuh yang menempatkan celak dan cincin)..Adapun kaki maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah aurat secara mutlak kerana bahagian kaki ini diperlukan untuk berjalan..


KEDUA:MAZHAB MALIKI..


Dalam satu penjelasan ringkas menerusi karya daripada Ad-Dardir yang berjudul Aqrabul Masalik Ilaa Malik disebutkan bahawa aurat wanita merdeka terhadap lelaki asing yakni yang bukan mahramnya ialah kesuluruhan tubuh melainkan wajah dan telapak tangan..
As-Shawai telah mengulas pendapat tersebut dengan berkata bahawa adalah boleh dilihat baik di bahagian luar mahupun bahagian dalam (tangan itu) tanpa maksud berlazat-lazat(naik syahwat) dan merasainya.jika ia berasa demikian (naik syahwat) hukumnya adalah haram.


KETIGA:MAZHAB SYAFIE..


Asy-Syirazi salah seorang ulama' Syafi'iyah merupakan pengarang kitab Al-Muhadzab mengatakan bahawa wanita merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan.Imam Nawawi pula berkata sehingga pergelangan tangan berdasarkan firman Allah S.W.T,''Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya..''
Dusamping itu Rasulullah S.A.W melarang wanita yang sedang berihram mengenakan sarung tangan dan purdah.seandainya wajah dan telapak tangan itu aurat,nescaya baginda tidak akan melarang sedemikian.Selain itu juga,kerana dorongan keperluan untuk menampakkan tangan untuk mengambil dan memberikan sesuatu.oleh itu,wajah dan tangan tidak dianggap aurat.


KEMPAT:MAZHAB HAMBALI..


dalam mazhab imam hambali kita dapati Ibnu Qudamah mengatakan didalam kitabnya Al-Mughni sebagai berikut:tidak diperselisihkan dalam mazhab tentang bolehnya wanita membuka wajahnya ketika solat dan dia tidak boleh membuka selain wajah dan telapak tangannya.
Manakal mengenai telapak tangan ini,ada dua riwayat para ahli ilmu berbeza pendapat tetapi kebanyakannya sepakat bahawa boleh melakukan solat dengan wajah terbuka.mereka juga sepakat bahawa setiap dari kaum wanita yang merdeka itu harus mengenakan tutup kepalanya jika melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh kepalanya terbuka maka dia wajib mengulanginya.
Imam Abu Hanifah berkata bahawa kaki itu bukan aurat.kerana kedua kaki itu sememangnya biasa nampak.kerana itu ia adalah sama seperti wajah.
Imam Malik,Al-Auzai' dan Imam Syafie berkata bahawa seluruh tubuh wanita itu adalah aurat kecuali muka dan telapak tangannya.
Sebahagian pendapat lagi mengatakan bahawa wanita itu seluruhnya adalah aurat kerana diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bahawa wanita itu aurat.Ini menurut hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan beliau berkata bahawa ia hadis hasan lagi sahih.tetapi baginda Rasulullah S.A.W memberi keringanan untuk membuka wajah dan telapak tangan kerana jika ditutup maka ia akan menimbulkan kesulitan..''


WALLAHUA'LAM..


''yang tertutup itu lagi menawan wahai puteriku...siapa kata islam itu susah??
jangan dijadikan sebarang alasan kerana apa yang ditetapkan oleh Allah adalah jaminan menjadi penghulu syurga..^__^..


MA'ASSALAMAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan