Pengikut

Sabtu, 19 November 2011

SAAT LAFAZ SAKINAH..

Aku merenung ke luar jendela hospital Kulim...Aku lihat titis-titis hujan mencurah-curah ke bumi Allah..Alangkah seronoknya bila dapat menjadi seperti titisan hujan..Dikala dilanda masalah,senang ja kita lepaskan masalah itu.kemudian,ku renung keadaan diriku..tangan kananku dipotong kerana bisa gigitan ular dah menjalar separuh tanganku..aku sedih sekali mengenangkan nasibku yang cacat..sebulan lagi aku dah nak dikahwinkan dengan seorang wanita pilihan keluarga.tapi sekarang semuanya musnah dengan sekelip mata.munawwarah tak dapat menerima keadaanku..Alasannya aku tidak dapat memberikan nafkah kepadanya..aku lepaskannya pergi..aku sedar,aku tidak layak untuk dirinya yang sempurna fizikal..lepas ni aku tidak ada pendamping dikala kesunyian.
Fathur..jangan la bersedih nak..bersyukur pada Allah sebab Fathur dapat hidup lagi..''Aku berpaling melihat ibuku..ibukulah ratu yang paling indah dan baik bagiku..Ya Allah..seharusnya aku tabah melihat ibuku tabah menghadapi liku-liku hidup tanpa arwah Ayahku disisi..''Ummi..maafkan Fathur sebab menyusahkan ummi..''ujarku dengan perasaan sedih..''Jangan kata macam tu Fathur..ummi tak rasa terbeban pun..ibu cuba memujukku..''Lepas ni mesti tiada siapa yang mahukan anak ummi ni..kempunan la ummi nak timang cucu kan..''aku sedaya upaya menahan sedih..sekadar gurauan pada ibuku..''Insyaallah nak..Allah yang Maha Mengetahui segala ujian yang Dia berikan pada Hamba-Nya..''


Aku kembali menyambung pengajianku di peringkat ijazah dalam bidang sains islam.Walaupun aku cacat sebelah tangan,aku tidak mempedulikan ejekan teman-teman kampusku..sahabat ku Fahmi pernah menasihatiku..''Bersabar la anta..Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar..''.sehingga sekarang aku pegang azimat tu untuk memperkuatkan keimananku..semasa aku dalam perjalanan ke perpustakaan,aku terlihat muslimat berniqob melintas dihadapanku..aku tunduk menahan pandangan kerana aku jenis suka pada muslimah yang berniqob ja..yang tak pakai niqob ni aku kurang minat kerana bagiku mereka tidak mengikut pakaian sunnah isteri rasulullah.tapi tiba-tiba telinga ku terdengar kata-kata yang memilukan hatiku dari kelompok muslimah tadi..''kasihan ye dengan ikhwan tu(gelaran bagi pelajar lelaki),tangan dah kudung,pasti tak ada siapa yang mahukannya.ikhwan tu mana mampu nak buat kerja untuk bagi anak dan isteri makan..''Aku menahan perasaan sebakku apabila mendengar kata-kata akhowat itu(gelaran bagi pelajar perempuan)..Aku terus pergi ke perpustakaan tanpa menghiraukan kata-kata tadi.Aku mengambil tempat di tepi tingkap kerana aku suka melihat pandangan luar untuk menenangkan fikiranku.dihadapanku duduk seorang muslimah yang tidak memakai niqob.jarak aku dengan dia hanya selang satu meja..dia melihatku,kemudian akhowat itu melemparkan senyumannya padaku..aku terus memandang ke luar jendela.hatiku dah tawar untuk berkenalan atau bersahabat dengan akhowat.aku sedar siapa diriku..sedang aku leka menelaah buku,muslimah itu melintas dihadapnku,kemudian akhowat itu meletakkan secebis kertas dihadapanku..dalam hatiku mengutuk diri akhowat itu.tak tahu malukah akhowat itu menghantar surat kepada lelaki.hmm..manusia zaman sekarang..aku hanya memandang surat itu..aku berkemas untuk pulang ke bilikku.pada mulanya aku mahu buangkan saja surat itu.tapi hatiku memberontak ingin mengetahui isi kandungannya.aku mengambil surat itu dan bergerak pulang..


Seleps solat isyak,aku bergerak ke meja belajar ku.kertas jatuh dari buku ku..ku mengambilnya dan membaca isi kandungannya..


''assalamu'alaikum ya pemuda mujahid pendamba redho Allah s.w.t..


maaf andai secebis surat ana ni menganggu anta...
sabda Rasulullah S.A.W..''Allah kasih pada Hamba-Nya yang kuat..Allah membenci pada hamba-Nya yang cepat berputus asa didalam berjuang''..bersabarlah pada setiap musibah yang menimpa..''sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..''


wassalam..


Ya Allah..aku dah berburuk sangka dengan akhowat ini..siapakah akhowat ini??kenapa dirinya macam mengetahui diriku yang dirundung kesedihan...aku melipat surat itu dan menyimpannya di dalam laci..baik aku menelaah daripada memikirkan tentang akhowat ini..


''Fathur..ada surat buat anta..''Fahmi menghulurkan secebis surat berwarna biru kepadaku selepas kuliah Prof.Hadi..''siapa yang berikan ni??''.tanyaku pada Fahmi..''nanti anta tahu jawapannya''..aku melihat Fahmi tersenyum..hairan aku dibuatnya.Fahmi seperti menyimpan rahsia saja dariku..Aku mengambil surat itu dan membacanya..


''Assalamua'alaikum ya mujahid pendamba redho Allah S.W.T..
Sentiasalah berfikiran husnus-zon(bersangka baik) dalam setiap perbuatan dan pemikiran kita..
Jika berasa sunyi dan sedih,berzikir dan bermunajatlah di sepertiga malam..
Allah sentiasa menjaga anta dan pintalah kebaikan daripada-Nya..''


wassalam..


''siapakah gerangan akhowat ini??aku menjadi bingung..Ya Allah..berilah petunjuk buatku..kenapa akhowat ini seperti mengenaliku..Hari-hari seterusnya surat diutuskan lagi..aku tidak pernah membalasnya kerana bagiku akhowat ini hanya mahu mempermainkan aku..selepas dua minggu,Fahmi tidak kelihatan..katanya ada hal dan terpaksa pulang ke kampungnya dan dalam pada itu juga tiada lagi surat yang Fahmi berikan padaku..''Fahmi..ana nak tanya sikit boleh tak??''..tanya ku pada suatu petang selepas dia pulang ke kampus.''hmm..tanya la anta..''aku diam dahulu,cuba mengatur ayat..''err....akhowat yang selalu hantar surat tu pergi mana ye??''Fahmi tersenyum melihat kegugupanku..kenapa aku gugup ni??Ya Allah..''Akhowat tu ada di hospital sekarang ni..ditahan dalam wad..''aku terkejut tetapi cuba bersikap biasa..''dia sakit ke anta??''..aku mendengar hembusan nafas yang berat dari Fahmi..akhowat tu menghidapi penyakit hepatitis B..''aku terpaku..Ya Allah..Engkau selamatkanlah akhowat itu Ya Allah..tanpa ku sedari aku mendoakan buat diri akhowat itu..


Malam itu,aku bangun sembahyang tahajjud dan bermunajat pada Sang Kekasih-Ku..
''Ya Allah...sesungguhnya Engkau pendiri langit dan bumi dan semua yang ada didalamnya..Ya Allah...sesungguhnya Engkau lah tuhan cinta agungku..ampunilah hamba-Mu ini Ya Allah..ku berterima kasih diatas nikmat-Mu yang tidak terhingga kepadaku kerana mengurniakan nikmat hidup kepadaku sehingga ke hari ini..


Ya Allah Ya tuhanku..hati hamba-Mu ini berada dalam kegelisahan yang berombak kencang..aku tidak mengetahui kenapa jadi begini..Ya Allah..Jika kegelisahan ini disebabkan dosaku yang banyak terhadap-Mu,ampunilah daku Ya Allah..sesungguhnya Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui..Ya Allah..hati hamba-Mu ini tidak keruan Ya Allah..jika dirinya baik untukku,agamaku,Engkau dekatkanlah hatinya dengan hatiku moga terpaut dibawah tali kasih sayang-Mu..jika sebaliknya,Engkau jauhkanlah dia dariku agar tidak memberi kekecewaan hatiku ini..Ya allah..selamatkanlah dirinya dari sebarang anasir-anasir jahat dan sembuhkanlah dia dari penyakitnya..Hatiku meruntun sayu..Ya Allah..sesungguhnya pada-Mu ku sandarkan harapan..


Amin Ya Rabbal-'Alamin...




Hari ini genap sudah sebulan akhowat itu tidak kelihatan didalam dewan kuliah..aku melihat tempatnya kosong sahaja sepertimana kosongnya hatiku..Ya Allah..kenapa aku berperasaan begini??..astaghfirullah...permainan syaitan semuanya ni..Fahmi pun dah lama bercuti pulang ke  kampungnya di Merlimau,Melaka..aku pun tidak tahu masalahnya..lamunanku terhenti apabila telefon bimbitku berdering nyaring..aku melihat tertera nama ibuku..
''Assalamu'alaikum ummi..ada apa telefon Fathur ni??''tanya ku setelah menjawap panggilan ibu..
''Fathur boleh pulang ke rumah sekarang??ada hal penting ni..ummi tak boleh cakap lama-lama dalam telefon ni..''aku hairan mendengar suara ibuku..seperti hal yang penting sangat bunyinya..''Insyaallah ummi..malam ni Fathur pulang ye..ok Assalamu'alaikum..''aku meletakkan panggilan..apa la yang penting sangat sampaikan ibuku mendesak pulang hari ini jugak..aku berkemas-kemas pulang malam itu juga..


Keesokan paginya,aku sampai di rumahku di Kulim..sampai sahaja dihalaman rumah,aku melihat kereta berderetan dihalaman rumahku..siapa yang datang ni??takkan menyambut kepulanganku kot??aku terus melangkah ke pintu..Assalamua'alaikum ummi..''aku memberi salam..terkejut aku melihat Fahmi ada bersama dengan rombongan yang datang ke rumahku..apa yang Fahmi buat disini??hatiku tertanya-tanya..Fahmi hanya tersenyum memandangku..''Inilah anak tunggal saya,Mohd Fathurrayyan namanya..''beritahu ibuku pada seorang lelaki yang aku rasa dalam lingkungan 50-an..tak salah aku itu ayah pada Fahmi.aku duduk di sebelah ibuku dengan perasaan tertanya-tanya..''Baguslah kalau dah ada orangnya..begini Cik Fatimah..hajat kami ke sini ingin melamar anak cik Fatimah..''aku dan ibuku terkejut mendengar kata pakcik itu..''Maaf la encik Wahyuddin..saya tidak mempunyai anak perempuan.''ibuku menjelaskan situasinya.''kami ingin melamar Fathurrayyan untuk anak perempuan kami..ini permintaan darinya untuk melamar Fathurrayyan buat dirinya..''..hatiku berdebar-debar mendengar hajat encik Wahyuddin..siapa muslimah itu??aku kenal dengan dirinya kah??..''Macam mana nak??terima tak lamaran itu??''aku memandang ibuku..Aku lihat diraut wajah ibuku yang penuh dengan pengharapan..aku menarik nafas sedalam-dalamnya..''Insyaallah..ana terima lamaran muslimah itu..''..lega hatiku selepas melafazkannya..mungkin dia adalah yang terbaik untukku..hatiku yakin bahawa muslimah itu mengenaliku dan aku mengenalinya..tetapi aku tidak pasti adakah itu gerangan dirinya.''Alhamdulillah..hajat yang mulia patut dipercepatkan..kalau boleh,majlis akad nikahnya dilakukan pada pagi esok,boleh tak??''aku terkejut..kenapa cepat sangat??tapi aku mengangguk sahaja..biarlah..Allah permudahkan urusan buatku..Aku berpaling kepada Fahmi..aku lihat dirinya tersenyum..Aku rasa pelik...


Aku menaiki kereta bersama ibuku..ibuku menyuruh aku memakai tangan palsu untuk akad nikah nanti..dalam perjalanan,aku melihat masjid tersergam indah..rasa macam tidak percaya aku bakal menjadi suami dan mempunyai isteri tetapi aku pelik melihat ibuku membelok masuk ke perkarangan hospital Kulim,bukannya masjid untuk majlis nikahnya..''Ummi..kenapa kita ke sini??tanyaku selepas ibuku parking keretany..''Di sini Fathur akan akad nikah..''ujar ibuku..aku kebingungan..tapi aku hanya membuntuti ibuku di belakang..sampai saja di tingkat dua,aku melihat ibuku menuju ke wad pesakit hepatitis B..aku dapat merasakan sesuatu..takkanlah.."'Akhowat tu kena tahan wad sebab dirinya menghidapi penyakit hepatitis B''..terngiang-ngiang kata-kata Fahmi 4 bulan yang lalu..aku melangkah masuk didalam wad..aku melihat wajah yang terbujur kaku dengan tiub saluran yang berselirat ditubuhnya..aku terkedu.Akhowat itu!!Ya Allah...Diakah untukku..aku menitiskan air mata..subhanallah..betapa baiknya Allah..''Fathur..kita kena percepatkan akad nikahnya.sebentar lagi Zarqa' akan dibedah..''aku menganggukkan kepala...Ya Allah...sembuhkanlah dia..jika dia ditakdirkan sebagai pendampingku,sedarkanlah dia agar aku dapat membahagiakan dirinya..


''Aku nikahkan dikau Mohd Fathurrayyan Bin Abdul Azwar dengan Az-Zarqa' Binti Wahyuddin dengan mas kahwinnya 20ringgit tunai..''aku terkedu..Ya Allah..mudahkanlah urusanku..''Aku terima nikahnya Az-Zarqa' Binti Wahyuddin dengan mas kahwinnya 20ringgit tunai..''hanya sekali lafaz,Zarqa' sah menjadi isteriku..Aku bangun sembahyang sunat dua rakaat..Selesai aku berdoa,aku menuju ke arah katil yang menempatkan Zarqa'..aku memegang jari-jemarinya yang kaku..ku sarungkan cincin ke jari manisnya..''kemudian aku menciumi dahinya dengan titisan air mata..aku terharu dan gembira..''Bangunlah sayangku..Kuatkan semangatmu seperti engkau memeberikan semangat buat diriku dahulu..''aku membisikkan kalimat azimat buat dirinya..aku melihat air matanya menitis dari kelopak mata..''Baiklah..pesakit perlu dibawa ke bilik pembedahan dengan segera..''aku rasa tidak mahu melepaskan bidadariku pergi..Ya Allah..selamatkanlah dirinya..''


2tahun kemudian......


''Abang..tolong tengokkan Afif dan Afifah sebentar..sayang nak masak kejap..''..aku tersenyum melihat gelagat isteriku didapur..Alhamdulillah..selepas pembedahan dahulu,isteriku sudah pulih sepenuhya..sekarang aku hidup bahagia dengan mempunyai sepasang anak kembar ku..Allah Maha Adil..baru ku tahu rupa-rupanya Fahmi adalah abang kepada isteriku..sekarang Fahmi sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata..Terima kasih sayang..kerana sudi menjadi pelengkap hidup akhi(abang)..''aku menciumi dahi isteriku dengan penuh kasih sayang..''Muslimah yang tidak berniqob pun baik jugakkan?''aku tersenyum mendengar usikan isteriku..Ya..dulu pernah aku berkata muslimah yang tidak berniqob ni adalah muslimah yang mempersendakan agama,tetapi terjadi di sebaliknya..bukan semua muslimah yang berniqob itu terbaik buat semua muslimin..Terima Kasih Ya Allah...








Terimalah aku seadanya..^_^
Nukilanku..Ana Ahlannisa' Hanani Hashim..











3 ulasan:

  1. salam ziarah...ana dh baca kisah ni...subhanallah cukup bermakna...ana dapat kisah ni dari seorang sahabat...disertakan email blog nti...jadi sekadar melewati blog ni..wallahua'lam...

    BalasPadam
  2. salam alaik..syukran akak Binti ramli...cerpen ni saja suka2 ana tulis sebab nk hlangkan stress blajar..trima kasih sebab sudi mmbaca..:)

    BalasPadam