Pengikut

Isnin, 7 November 2011

TUNGGU DIRIKU DI PINTU SYURGA YA..?..



Dengan menyebut nama-Mu Ya Allah..dapat lagi diriku ini bernafas d atas muka bumi-Mu dengan rasa rendah diri dan kerdil..lama ku rasa masa berlalu pergi...hmm..diriku rasa kosong tanpa dirimu kakakku..kenapa dirimu pergi dahulu sebelumku??ku menghela nafas denga lemah..aku selalu bergaduh dengannya.biasa la kan adik-beradik ni..kalau tak bergaduh rasa macam tak seronok ja..ku tersenyum dalam kepayahan.Kak Aina.....adik rindu pada kak Aina...Ku teringat kembali saat-saat ku bersamanya.........


''mak!!tengok kak ni..selalu ja kacau barang adik.tak ada kerja lain ke??!!''nadaku bertukar kasar sekali..aku geram sangat dengan kak Aina..ada peluang saja mesti dia kacau aku..''kamu berdua ni la.dari kecil sampai dah umur 17tahun pun masih nak bergaduh-gaduh lagi.''Ibuku menghela nafas melihat gelagat kami seperti anak kecil.''ala dik ni..akak nak bergurau ja dengan dik..nanti akak pergi jauh-jauh baru tahu.''aku berpaling melihat kakakku.pergi jauh-jauh lagi bagus!!aman sikit hidup adik ni.tak suka dapat kakak macam kak Aina ni!..''lantas ku bangun mendapatkan barang-barangku di ribaan kakakku,terus aku berlari masuk ke dalam bilikku..


''Alhamdulillah...akhirnya aku berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.eh!mana kak Aina ye??aku tercari-cari kak Aina di kawasan sekolah selepas mengambil slip peperiksaan..Sekilas ku renung kelibat orang di sebalik pokok besar berhampiran dengan padang sekolah..ku hampiri kelibat tersebut dengan berhati-hati..''kenapa kak Aina duduk di sini??''tanya ku apabila aku mengambil posisi di sebelah kak Aina..kakak tak dapat keputusan yang cemerlang dik.kakak tak boleh bagi kejayaan pada mak dan ayah.macam mana kakak nak tunjukkan slip kakak ni?..''ujar kak Aina dengan nada yang sedih..''padan muka kak Aina..balasan Allah pada akak la tu sebab akak selalu kacau adik..ha..sekarang akak kena terima la..''kataku dengan tersenyum sumbing..aku terus bangun meninggalkan kak Aina sendirian..Aku berasa puas dapat mengalahkan kak Aina.


''seronok kalau aku saja yang ada..tak perlu la ada kakak yang perlu bersaing..kenapa la aku dilahirkan dengan mempunyai kembar??''detik hatiku tatkala aku disuruh memilih universiti mana yang aku mahu.aku rasa terharu dengan layanan mak dan ayahku..sebelum ni mak dan ayahku hanya lebihkan kak Aina dariku,tapi sekarang mak dan ayah melayani ku pula...''mak..ayah..boleh tak Aina nak satu U dengan adik??''aku terkejut mendengar permintaan kak Aina..Ku renung matanya dengan perasan marah.''hmm..k jugak tu..nanti senang la kak Aina tengokkan Aini ni..''kata ayahku..''tapi ayah..''...tidak sempat aku menghabiskan bantahanku mak sudah menyelit.''ok la tu..Aina U sekali lah dengan Aini..tak payah pergi jauh-jauh dah..aku hanya diam sahaja..aku lihat kak Aina tersenyum seperti mengejekku saja..geramnya..!!


Di Universiti Insaniah,Alor Star...


''Kak Aina boleh tak jangan ikut adik??''tanyaku dengan nada yang geram..ke mana saja aku pergi mesti kak Aina hendak ikut sekali hatta berjumpa dengan teman-teman aku pun kak Aina mahu ikut sekali..''kak takut terjadi apa-apa kat adik nanti..''kata kak Aina.''kak Aina..adik dah besar kak..takkan lah selalu akak nak ikut adik.sebab tu kawan-kawan yang lain tak nak kawan dengan akak..akak selalu ikut adik ja..rimas tau tak..!''aku menghelas nafas dengan kasar..Aku terus keluar meninggalkan kak Aina dengan linangan air matanya..menyusahkan orang ja kakak ni..


''Aini..ana nak tegur anti sikit,boleh??''aku melihat wani sambil menghirup jus oren..''cakap la..ana dengar.''kataku dengan hambar..''ermm..terlebih dahulu ana minta maaf ye andai tegurn ana ni tak menyenangkan..ana rasa..anti perlu minta maaf pada kakak anti tu.kesian dia bila anti marah dia begitu..''..ku paling melihat sahabatku.''kenapa pulak ana nak minta maaf dengan dia??ana geram sebab dia selalu nak tahu hal ana,ikut ana ke mana saja..ana pun nak bebas juga..ana lebih suka sendirian..dia buat ana ni macam budak-budak ja.''kataku dengan nada yang sedikit meninggi..''tapi Aini..anti harus bersyukur ada kakak yang mengambil berat tentang anti,jaga anti..tidak ada orang yang bertuah mempunyai kakak seperti itu..bila Allah mengambilnya semula dari anti,baru anti akan berasa kehilangan dia dan masa tu anti menyuarakan rasa kesal pun dah tak berguna..''.aku terhenti menghirup air..kenapa hatiku tiba-tiba berdebar laju??!betulkah aku akan berasa kehilangannya nanti??Ya Allah...''Wani..ana balik ke kamar ana dulu ya..''aku meminta izin untuk berlalu pergi..''ingat Aini,tiada yang lebih berharga melainkan saudara kita sendiri..''aku merenung sahabatku itu..kemudian aku bergegas pulang ke kamar..


''Mana Kak Aina ni??dalam kamar tidak ada pun..aku ke bilik air melihat mungkin kak Aina ke bilik air..tok,tok!!pintu bilikku diketuk.aku membukanya dan hairan melihat kak najah merenungku dengan linangan air mata..''kenapa ni kak najah??''tanya ku dengan hati yang berdebar..''Aina....Ai...Aina...kemalangan didepan pintu utama..''jantungku bagai berhenti berdenyut!aku rebah mendengar perkhabaran itu..mimpikah aku?!!''bila Allah mengambilnya semula dari anti,baru anti akan berasa kehilangan dia''..kata-kata Wani terngiang-ngiang di telingaku..''ini surat yang Aina suruh bagi pada dik Aini..''aku mengambil huluran dari kak Najah..perlahan-lahanku membuka surat itu..


salam rindu pada adik kembarku Aini Batrishah...
  maaf kalau surat akak ni menganggu masa-masa adik..akak mohon maaf pada adik selama ni akak banyak menyusahkan adik..dari kita kecil sampailah kita dah masuk U...akak seronok bergaduh dengan adik..akak happy sangat ada adik kembar..selalu akak berdoa..''Ya Allah..ku bersyukur pada-Mu kerna mengurniakan adik yang nakal tapi baik sepertimu..''..


adik nak tahu tak....akak tak boleh hidup seorang diri..bila adik ada kawan-kawan,akak cemburu..adik nak tahu kenapa?sebab masa dalam rahim ibu kita duduk bersama-sama,makan satu saluran yang sama dan kita keluar pun sama-sama.segalanya kita bersama..akak tak berasa bosan pun bila kawan-kawan lain bertanya.''tak rimas ka asyik ikut adik anti ja??''akak dengan berbangganya jawab.kami ditakdirkan lahir bersama-sama dan kami sentiasa akan bersama..Tapi..akak tahu..adik bencikan akak sebab akak selalu ikut adik..akak terasa bila adik memarahi akak pagi tadi.tapi akak tak kisah..mungkin adik tak mahu akak berasa kehilangan adik..


sekarang ni adik..akak takkan ikut adik dah..akak takkan ambil barang adik dah..dan akak takkan  jaga adik dah..adik dah boleh terima kan bila akak tidak ada di sisi..akak harap adik lebih tabah dan selalu ingat pada Allah tau..selalu doakan kebahagiaan akak ye...akak pernah kata pada adikkan 3 tahun yang lalu,akak nak pergi jauh-jauh..tapi akak akan pergi sendirian.akak tak boleh ajak adik lagi..adik jangan nangis ye..insyaallah..lepas ni kita akan bersama kembali..


jaga mak dan ayah ye dik..akak saaaaaayyaaaang adik sangat2...


terakhir buatmu adikku..


Aina Balqishah..


Ya Allah......aku meraung sekuat hatiku..


2tahun kemudian..


sekarang aku terlantar di pembaringan..aku dah tak terdaya bangun dan melawan penyakitku...mungkin ini kifarah dosa kepadaku selama ini ku kerana selama ini aku tidak menghargai nikmat yang Allah berikan padaku...aku sekarang menghidapi penyakit kemurungan selepas kematian arwah Aina..hatiku berombak kencang...ku memeluk gambar arwah kak Aina dengan erat..ku berasakan sudah sampai ajalku menemui yang Maha Agung...''Aini...mengucap nak..ikut mak ni..ash-haduanlla ilaha illallah...''..aku gerakkan bibir mengikuti lafaz suci murni keagungan Allah...setelah lama ku bertarung nyawa..akhirnya tepat jam 3.30 petang pada hari jumaat bertarikh 3/11/2011 aku menghembuskan nafas yang terakhir..''innalillahi wa inna ilaihi raji'un...''mak dan ayah mengalirkan air mata..suasana sedih menyelubungi diri semua..akhirnya aku mengikuti jejak langkah kak Aina..kita bersama-sama sekarang kak Aina....
Kak Aina...tunggu adik di pintu syurga ya..??kita sama-sama masuk menuju ke Illahi...


nukilanku;Ana Ahlannisa' Hanani Hashim..











KENAPA ABANG KAHWINI SAYA???


"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai".

Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.

Abdul Rahman bin Abdullah, itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Dialah yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar, wajahnya seakan-akan bercahaya. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi "hot papa", mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Dia tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang. 

Dirinya memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Selepas sahaja dia melafazkan akad, dia terus lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya. Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Sedangkan dia begitu baik, begitu alim, begitu sempurna..
Hingga detik ini aku masih belum mendapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, di luar sana, masih ada berjuta wanita yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik daripadaku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun masih tidak pecus lagi. Kerap kali pemakaian tudung ku masih tidak mengikut saranan agama.

"Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah", ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi.

Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.

"Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar", pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.

"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" tanya suamiku memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.

Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku,"Dah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?"
 Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.
Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah. Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.

Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku 'Ah, untungnya badan. Sudahlah kacak, baik pula tu.' Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, "Zahrah, kalau awak tak selesa Abang faham. Ni kali pertama awak hidup tanpa parents kan. Abang faham Zahrah. Susah bagi awak nak terima semua ni. Tapi, dari tadi  Abang tak nampak pun Zahrah senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum," dia cuba memujuk agar aku mengukir senyuman.

Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia malah aku tak pernah mengenalinya secara dekat sebelum ini. Oleh sebab itu aku perlu tahu. Aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni pilihan dia yang terakhir.

"Hmm.... awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.

"Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?", ujar sang suami diikuti ketawa kecil.

"Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanyaku dengan nada yang lebih tegas.

"Hmm... Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum,"soalanya kembali dengan lemah lembut.

"Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?"bentakku.

"Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?" Soalnya pula seakan ingin menjeratku kembali.

Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Aku tidak tahu. Aku keliru.

"Kenapa Zahrah membisu?" tanya si suami membuatkan aku tersedar.

"Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?" Bentakku sudah hilang sabar kerana terasa seolah sedang dipermainkan.

Dia agak terkejut dengan nada ku yang tinggi itu. Namun dia tidak marah. Yang menghairankan ku lagi, dia cuma tersenyum.

"Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah," ujarnya ringkas tetapi seakan penuh makna.

"Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God's name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You've made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice.I'm tired of being the person who people i'll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?" jawabku panjang dan keras.

Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.
Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.

"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada..." balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.

Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya.

"Zahrah nak tahu kenapa Abang kahwin dengan Zahrah? Jawapan Abang memang takkan berubah, sayang. Tidak kiralah macam mana pun Zahrah tanya Abang, jawapan Abang tetap sama. Abang kahwin dengan Zahrah kerana Allah. Allah yang menentukan jodoh kita. Rusuk Abang, ada pada Zahrah. Jadi, siapa yang dapat melindungi hati Abang melainkan Zahrah? Mungkin Zahrah fikir kita tidak secocok. Tapi, ini semua perancangan-Nya, Zahrah. Kecantikan Zahrah, kebijaksanaan Zahrah, kemewahan Zahrah, itu semua tidak menarik Abang kepada Zahrah. Apa yang menarik Abang pada Zahrah adalah Allah. Segalanya telah Allah tentukan. Bila kita lahir, bila kita meninggal, siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki kita, semua itu Allah telah tetapkan, sayang," tutur suamiku ikhlas.

Sekali lagi, kata-katanya menusuk kalbuku. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tersedu sedan aku menangis mendengar kata-katanya. Terus dipeluknya aku erat. Saat ini, aku terasa nyaman. Selamat sungguh aku rasa dalam pelukannya. Biarpun tangisan ku semakin menjadi-jadi, tapi hatiku seolah-olah mendapat satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.

"Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara," pujuknya tatkala melihat aku mulai menangis.

"Ta....tapi..... Abang tak kenal pun Zahrah... Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah," aku cuba menduganya dalam sedu-sedan.

"Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?"

"Ta....tapi..... Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A..." aku masih ingin menduganya. Aku mahu dia tahu aku bukanlah sebaik dirinya. Aku tidak setaraf dengannya.

Dilekapkan jari telunjuknya ke bibirku. "Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak."

Kualihkan jari runcingnya dari bibirku, lantas ku pandang wajahnya. Memang benar kata orang, memang sejuk mata memandangnya. Dia masih kelihatan begitu tenang biarpun aku sudah mengasarinya. Hebat sungguh arjuna ini mengawal emosinya. Aku mengerti jika dia marah. Sudahlah baru sahaja selesai resepsi, penat masih belum hilang, tak semena-mena isterinya pula buat hal. Kagum sungguh aku dengan lelaki yang telah selamat menjadi suamiku.

"Abang, Zahrah minta maaf. Zahrah tak bermaksud nak berkasar dengan Abang. Tapi, bila ada yang mempersoalkan sebab kita berkahwin, Zahrah jadi keliru. Sungguh..." ujarku terketar-ketar dalam tangisan.

Suamiku hanya mendiamkan diri. Dibelainya aku perlahan dengan harapan dapat menenangkan aku.
"Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang" terangku satu persatu.

"Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?" Soalnya ingin tahu isi hatiku.

Aku mengangguk tanda setuju.  Tidak ada lagi kalimah yang bisa kususun melainkan ucapan puji bagi Ilahi. Terima kasih, Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengannya. Terima kasih, Azza wa Jalla kerana kau mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang bisa mendekatkanku dengan-Mu. Terima kasih, Ya Allah!


By:Ayong Izzah II...^_^

Ahad, 6 November 2011

GELAGAT MANUSIA ZAMAN INI...(hmmm)

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN”
tapi, INGATLAH :

✿Ü“ yang memandikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿Ü“ yang sembahyang jenazah kamu “ORANG LAIN”
... ✿Ü“ yang mengkafankan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿Ü“ yang mengkebumikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿Ü“ yang membacakan yasiin untuk kamu “ORANG LAIN”
✿Ü“ yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan “ORANG LAIN”

>>> Individu yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan TAKUT mati..ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI..jadi jangan menyusahkan “YANG LAIN” dengan perangai kamu yang “TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA” (✿◠‿◠)



renung-renungkanlah sahabat2ku sekalian..bila di padang mahsyar nanti kita tidak akan mngendahkan orang di sekeliling kita termasuklah sanak saudara kita...

Sabtu, 5 November 2011

LELAKI IDAMAN WANITA


 LELAKI IDAMAN WANITA


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman 
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah 
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam 
Yang sentiasa haus dengan ilmu 
Yang sentiasa dahaga akan pahala 
Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah 


                                            

SAJAK UNTUK MUSLIMAH..


·Seorang gadis itu
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ... telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya ..



(nukilan dari sahabat ana...Hafizul Kalmullah)..^___^

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN




Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. 


1. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama
2. Jiwa mengajakmu ke arah maksiat
3. Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat
4. Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat 
5. Anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa
6. Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya

EMPAT PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA



1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw..

Duhai bidadari...
jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, 
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, 
Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, 
Bersyukurlah atas apa yg ada… 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, 
Salam perjuangan untuk sahabatku semua..

TAZKIRAH BERSAMA(2)^___^


5 SEBAB HATI JADI BERCAHAYA


Lima Sebab hati Menjadi Bercahaya Kesedihan bisa mempengaruhi suasana hati. Sementara hati akan menjadi pekat kalau selalu dirundung kesedihan karena meratapi hilangnya dunia. Namun sebaliknya, kalau kesedihan itu karena meratapi sesuatu yang hilang dari urusan ukhrowi akan menyebabkan hati menjadi tenang dan tenteram.


Maka ketahuilah, bahwa : 


Pertama, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas habisnya umur yang sia-sia tanpa amal yang bermanfaat.
jangan lokek ilmu yang kita ada..^_^


Kedua, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas maksiat yang tela dikerjakan, sehingga hati menjadi takut kalau hal itu akan menghalangi diri dari masuk surga Allah.


Ketiga, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas tindakan menyia-nyiakan hukum Allah den

TAZKIRAH BERSAMA..^___^

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA DALAM PANDANGAN PARA IMAM MAZHAB...


''Asalkan tutup kepala dah ok.''
aku pakai baju longgar kira bagus la ni,tutup aurat jugak..''
''panas kalau tertutup semua ni..hish!''


hmm...antum dah baca dialog diatas??
itulah jawapan segelintir wanita yang ditanya oleh ana..wajipkah menutup aurat??itu persoalan yang sentiasa meniti di bibir remaja wanita sekarang..
Definisi aurat ialah diambil dari perkataan bahasa arab yang beerti keaiban..dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.Didalam hukum islam terdapat beberapa keadaan dimana seorang islam dibenarkan membuka aurat yakni hanya pada orang-orang tertentu sahaja..
mari kita sama-sama membaca kemudian beramal dengan pandangan empat mazhab para imam..


PERTAMA;MAZHAB HANAFI..


Dalam kitab Al-Ikhtiyar,salah satu kitab mazhab hanafi disebutkan bahawa tidak dibolehkan melihat wanita lain kecuali wajah dan tapak tangannya jika tidak dikhuatiri timbul syahwat.Diriwatkan dari Abu Hanifah bahawa beliau menambahkan dengan kaki kerana pada yang demikian itu ada darurat untuk mengambil dan memberi serta untuk tujuan bagi mengenali wajahnya ketika urusan muamalah dengan orang lain untuk menegakkan kehidupan dan keperluannya kerana tidak adanya orang yang melaksanakan sebab-sebab kehidupan.Beliau berkata sebagai dasarnya ialah firman Allah S.W.T:
''Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya.''
(surah an-nur:31)
Para sahabat berpendapat bahawa yang dimaksudkan ayat tersebut ialah celak dan cincin iaitu tempatnya (bahagian tubuh yang menempatkan celak dan cincin)..Adapun kaki maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah aurat secara mutlak kerana bahagian kaki ini diperlukan untuk berjalan..


KEDUA:MAZHAB MALIKI..


Dalam satu penjelasan ringkas menerusi karya daripada Ad-Dardir yang berjudul Aqrabul Masalik Ilaa Malik disebutkan bahawa aurat wanita merdeka terhadap lelaki asing yakni yang bukan mahramnya ialah kesuluruhan tubuh melainkan wajah dan telapak tangan..
As-Shawai telah mengulas pendapat tersebut dengan berkata bahawa adalah boleh dilihat baik di bahagian luar mahupun bahagian dalam (tangan itu) tanpa maksud berlazat-lazat(naik syahwat) dan merasainya.jika ia berasa demikian (naik syahwat) hukumnya adalah haram.


KETIGA:MAZHAB SYAFIE..


Asy-Syirazi salah seorang ulama' Syafi'iyah merupakan pengarang kitab Al-Muhadzab mengatakan bahawa wanita merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan.Imam Nawawi pula berkata sehingga pergelangan tangan berdasarkan firman Allah S.W.T,''Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya..''
Dusamping itu Rasulullah S.A.W melarang wanita yang sedang berihram mengenakan sarung tangan dan purdah.seandainya wajah dan telapak tangan itu aurat,nescaya baginda tidak akan melarang sedemikian.Selain itu juga,kerana dorongan keperluan untuk menampakkan tangan untuk mengambil dan memberikan sesuatu.oleh itu,wajah dan tangan tidak dianggap aurat.


KEMPAT:MAZHAB HAMBALI..


dalam mazhab imam hambali kita dapati Ibnu Qudamah mengatakan didalam kitabnya Al-Mughni sebagai berikut:tidak diperselisihkan dalam mazhab tentang bolehnya wanita membuka wajahnya ketika solat dan dia tidak boleh membuka selain wajah dan telapak tangannya.
Manakal mengenai telapak tangan ini,ada dua riwayat para ahli ilmu berbeza pendapat tetapi kebanyakannya sepakat bahawa boleh melakukan solat dengan wajah terbuka.mereka juga sepakat bahawa setiap dari kaum wanita yang merdeka itu harus mengenakan tutup kepalanya jika melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh kepalanya terbuka maka dia wajib mengulanginya.
Imam Abu Hanifah berkata bahawa kaki itu bukan aurat.kerana kedua kaki itu sememangnya biasa nampak.kerana itu ia adalah sama seperti wajah.
Imam Malik,Al-Auzai' dan Imam Syafie berkata bahawa seluruh tubuh wanita itu adalah aurat kecuali muka dan telapak tangannya.
Sebahagian pendapat lagi mengatakan bahawa wanita itu seluruhnya adalah aurat kerana diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bahawa wanita itu aurat.Ini menurut hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan beliau berkata bahawa ia hadis hasan lagi sahih.tetapi baginda Rasulullah S.A.W memberi keringanan untuk membuka wajah dan telapak tangan kerana jika ditutup maka ia akan menimbulkan kesulitan..''


WALLAHUA'LAM..


''yang tertutup itu lagi menawan wahai puteriku...siapa kata islam itu susah??
jangan dijadikan sebarang alasan kerana apa yang ditetapkan oleh Allah adalah jaminan menjadi penghulu syurga..^__^..


MA'ASSALAMAH..