Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

NILAIAN TUDUNG BAGI WANITA..~~~

Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam.Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula didalam peti besi yang berkunci.Begitu juga diumpamakan wanita,kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat,darjat,nama,harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita,alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Dapat kita saksikan disana sini wanita mula memakai tudung.pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai,namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher,dada dan sebagainya.Ada yang memakai tudung,tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya,dihias pula dengan kerongsang(Broach)yang menarik.Labuci warna-warni dijahit pula diatasnya dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan di dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnahsebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.



Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang muslimah mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya,malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan