Pengikut

Isnin, 12 November 2012

ILMU ITU SATU CAHAYA..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam kehidupan seharian,setiap benda yang kita lakukan,semestinya memerlukan ilmu..Kadang-kadang kita dengar orang akan berkata,''Ilmu itu cahaya.ilmu itu akan menerangkan hati yang buta.''ada juga yang berkata,''Ilmu itu perlu dicari,bukan menunggu ilmu itu jatuh bergolek di hadapan kita..''

Dunia sekarang,mementingkan ilmu,terutama ilmu dunia berbanding ilmu akhirat..Padahal ilmu akhirat itu amatlah penting buat kita dan ia merangkumi ilmu duniawi jua.Ingatlah bahawa dunia ini adalah jambatan menuju ke akhirat dan dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.''

Sabda Rasulullah S.A.W:
''Siapa yang berkehendakkan dunia,dia mestilah mempunyai ilmu.Siapa yang berkehendakkan akhirat,dia hendaklah mempunyai ilmu.Siapa yang berkehendakkan kedua-duanya,maka hendaklah dia mempunyai ilmu.''

(Riwayat Muslim)

Allah S.W.T berfirman:
''..Katakanlah:Adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan?.Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang yang berakal''

(Surah Az-Zumar:Ayat 9)


Sahabat-sahabat ana yang ana sayangi.
Secara umumnya kita tahu ilmu dikategorikan kepada dua iaitu:

1)Ilmu Fardhu Ain
2)Ilmu Fardhu Kifayah.


ILMU FARDHU AIN:
-Ilmu ini lebih menjurus kepada perhubungan secara langsung antara manusia dengan Allah .S.W.T.Ilmu ini mengajar dan membimbing kita untuk melaksanakan kewajipan dan amalan pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T secara mutlak.

Sebagai seorang yang beragama Islam,wajib kita mempelajari ilmu fardhu ain yang terdiri daripada ilmu Aqidah,Syariah dan Akhlak.Ketiga-tiga bidang ilmu ini penting kerana merupakan asas untuk menanam aqidah dan keimanan dalam hati dan jiwa untuk melahirkan insan yang baik dan sentiasa mengharapkan keredhoan Allah S.W.T.





ILMU FARDHU KIFAYAH:
-Walau bagaimanapun,setiap muslim juga wajib menuntut ilmu fardhu kifayah sebagai pelengkap kepada ilmu fardhu ain yang bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah s.w.t.Tuntutan untuk menguasai kedua-dua kategori bidang ilmu tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kita untuk mencapai kesejahteraan hidup setiap individu,membangun masyarakat dan negara.

Pembahagian ilmu ini tidak bermakna bahawa kita perlu membahagikan juga persepsi kita kepada dua.kedua-dua ilmu ini adalah wajib walaupun satu fardhu ain satu fardhu kifayah dan dengan mempelajari mana-mana ilmu tersebut kita akan diberikan balasan pahala.

Malah,cara kita mununtut ilmu juga tidaklah perlu 'dispecific' kan.Contoh yang ana boleh berikan ialah usrah bukan hanya tempat untuk belajar ilmu agama dan bermain di padang atau pergi ke kelas bukan bermakna kita tidak belajar ilmu agama langsung.

Sepatutnya dengan melakukan semua perkaran ini,akan dapat memantapkan lagi ilmu kita dan merapatkan diri kita kepada Allah S.W.T.Dalam kehidupan kita ni,tidak pernah wujud masa untuk tidak menuntut ilmu bagi seseorang Muslim.(Dengan tidur yang teratur sekalipun bermakna kita belajar untuk mendisiplinkan diri kita)





Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu.Manakala orang yang bodoh akan menganggap dirinya adalah orang yang sangat pandai..Ini adalah kehidupan di dunia.

Saidina Ali r.a telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya mengenai ilmu.:


''Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi.Manakala harta pula warisan Qarun dan Fir'aun.Ilmu boleh menjaga diri kamu,sedangkan harta,kamu yang akan menjaganya.
Orang yang mempunyai ilmu memiliki ramai teman.Sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika diamalkan.Sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.Pemilik ilmu pengetahuan akan sentiasa dihormati.Sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai kedekut.Pemilik ilmu akan memberi syafaat.Manakala pemilik harta akan dihisab.Biarpun masa berlalu,namun ilmu tidak akan lapuk di telan zaman.Tetapi harta itu semakin lama semakin usang.Ilmu pengetahuan dapat menyinari hati.Tetapi harta dapat mengeraskan hati.Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah S.W.T.Sedangkan orang berharta mengakui dirinya sebagai ''Pemilik''

ini perkongsian dari ana buat semua sahabat-sahabat ana..:)..

Wallahua'lam..

Ahad, 11 November 2012

PENGENALAN USRAH..~~

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah..mood untuk menaip hari ni agak ceria sikit dan dengan izin Dari Allah s.w.t dengan turunnya hujan asbab memberikan rezeki kepada semua Hamba-hambaNya ana rasa tenang sekali walaupun tak duk di luar rumah untuk tengok setiap titik hujan..

ana tertarik untuk menulis mengenai usrah..mesti ramai yang dah tahu dan mengikuti usrah ni..tapi ana tetap nak tulis juga permulaan mngenai usrah.kerana apa?kerana ramai yang tahu usrah tapi tidak faham apa sebenarnya yang nak di sampaikan dan yang diperlukan dalam sesuatu usrah itu sendiri...

seperti yang sahabat-sahabat ana tahu,usrah ni datangnya daripada bahasa arab yang membawa maksud keluarga....bila keluarga,dalam keluarga tu mesti kena ada apa?..siapa yang perlu di pimpin?apa yang hendak di pimpinkan?macam mana nak membentuk sesuatu keluarga,masyarakat atau kumpulan tu menjadi harmoni,aman dan sihat?!..^_^..ni muqaddimah dahulu..maaf kalau panjang lebar sangat..:)







Diatas tu hanya gambar hiasan^_^...Berbalik kepada pengenalan usrah.bila kita membina sebuah keluarga atau kumpulan atau apa2 NGO saja,pasti kena mempunyai tujuan..usrah juga macam tu..

Tujuan USRAH ialah:
-untuk memperkuatkan silaturrahim sesama ahli usrah ataupun dengan orang lain.Kita semua adalah bersaudara bukan melalui darah tetapi melalui aqidah juga.Antara hubungan darah dan aqidah,hubungan aqidah yang paling kuat...

Usrah mempunyai rukunnya sendiri..Ianya terbahagi kepada 3 Rukun,iaitu
1)ta'aruf(Berkenalan)
2)Tafahum(Bersefahaman)
3)Takaful(Berseimbangan)

Ana bagi contoh melalui persahabatan atau perkahwinan yang berkait dengan 3 rukun usrah ini.rukun yang pertama ialah:

-TA'ARUF:
   -bila kita temui seseorang,pasti kita ingin mengenali siapa dirinya yang menarik minat kita.Samada kita nak jadikan dirinya sahabat kita atau pasangan kita(bukan bercouple..^_^.).permulaan yang perlu kita lakukan adalah berta'aruf yang membawa maksud berkenalan.dalam proses berkenalan ini,ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan,berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama.Semasa sesi berta'aruf itu perlu mengikut syariat islam...Elakkanlah pada perkara-perkara yang boleh mengeruhkan ukhwah sesama kita semasa berada dalam usrah.

Firman Allah s.w.t:
''Orang-orang mukmin itu bersaudara.''
(Al-Hujurat:26-10)

Firman Allah s.w.t:
''Berpeganglah dengan tali Allah s.w.t semuanya dan janganlah kamu berpecah belah''
 (Ali-Imran:3:103)

Sabda Rasulullah s.a.w:
''Orang-orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain''

''Orang Muslim adalah bersaudara bagi Muslim yang lain.Ia tidak menzaliminya dan tidak juga membeiarkannya.''


Di sini dapat kita lihat Firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w bahawa perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka dalam perasaan belas kasihan mereka,dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu..







Ok,sekarang sahabat-sahabat ana dah mengetahui apa itu ta'aruf atau berkenalan kan..panjang lebar ana cerita tadi.mudah-mudahan dapat dipraktikkan didalam usrah masing-masing.Sekarang rukun usrah yang kedua,iaitu:

-TAFAHUM:
  -rukun yang kedua ini wajib perlu ada dalam diri seseorang.kenapa wajib?kerana kita inginkan sebuah persahabatan atau perkahwinan yang kekal dan berkasih sayang,sudah tentu persefahaman perlu ada dalam sesebuah perhubungan.Begitu juga didalam usrah ini..Setiap ahli usrah perlu bersefahaman dengan ahli-ahli kumpulannya dan juga dengan naqibah..Dalam rukun ini,anak-anak usrah boleh menasihati atau memberikan pandangan yang memberikan manfaat terhadap ahli usrah yang lain kepada naqibah..

Pada masa yang sama,selain bersefahaman antara ahli-ahli usrah dan naqibah,rukun kedua ini juga mengajak saling nasihat-menasihati apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat sesama ahli usrah.Ketika rakan-rakan yang lain memberikan nasihat,ahli-ahli usrah yang lain perlu bersifat terbuka menerima segala yang di nasihati oleh ahli usrah yang lain.Yang pemberi Nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.

Ini penting yang ana nak bagitahu pada ahli-ahli usrah.Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib dan kalau sahabt itu tidak berdaya menanggung kesilapannya,biarlah diri sahabat itu sendiri yang menceritakan kepada naqib@naqibah sendiri.

Ana menitikberatkan akan satu hal ini.Jika ada sahabat-sahabat kita yang melakukan kesilapan,janganlah kita tawar hati untuk menegurnya,memberi nasihat dan dorongan kepadanya untuk berubah ke arah kebaikan.Allah sayang kepada hambaNya yang sentiasa menuju kearah kebaikan..

Rasulullah s.a.w bersabda:
''Agama itu nasihat.''

Oleh itu,perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini.Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi RahmatNya kepada kita.




Rukun yang terakhir ialah:

-TAKAFUL:
   -Takaful ni bukan bermaksud takaful insurans tu ya..tu yang lain..ini adalah kalimah arab..^_^.Maksud takaful ialah memelihara nasid sesama ahli-ahli usrah agar tiada sahabat-sahabat yang terbiar atau terlalai.Rukun ni amatlah penting dalam sesuatu usrah..ahli-ahli usrah perlu faham dan amalkan dalam setiap ahli-ahli usrah.Takaful ini merupakan tunjang iman dan inti sari ukhwah yang sejati.Takaful juga boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar,ziarah-menziarahi,berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
''Kalau seseorang daripada kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ianya beriktikaf sebulan di dalam masjid''









Alhamdulillah..akhirnya ana berjaya juga menulis mengenai usrah..insyaallah sama-sama kita amalkan dalam usrah kita..faham,beramal dan beriman.~~..

Firman Allah S.W.T:
''Dan cukuplah Allah s.w.t menjadi penghitung(akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya)''

(Al-Ahzab:27:39)

 

Selasa, 30 Oktober 2012

BIAR DIRI KITA JAUH,ASALKAN HATI DEKAT KERANA ALLAH S.W.T~

''Manis bicara..Indah tutur kata..
Manis kalimah..Pengikat ukhuwah..
Hati yang suci..Bercahaya..
Kemanisan Iman..Terasa..''

Terngiang ngiang kembali alunan nasyid dari kumpulan nasyid Nurul Haq(kumpulan nasyid kesayangan ana...rindunya pada semua..:'(.)..Ukhuwah itu manis..semua tahu tentang itu.macam tu jugak ana..akhirnya ana dapat merasai manisnya ukhuwah apabila diri kedua-dua pihak saling ikhlas dan jujur..ana sayang sahabat-sahabat ana.perkenalan kami di sek.men.agama faiqah daimiah tidakkan ana lupakan..walaupun kita ada jurangnya,janji Allah itu pasti..Ukhwah yang berlandaskan sunnah insyaallah kekal selamanya..sahabat-sahabat ana yang ana kenal ialah anisah,nadirah,syafiqah,kak zakiroh(kak yang cumel),munirah,balqis,izzati,syifaa',aisyah wajid ali,fatimah,muslihah,sakinah, dan sahabat-sahabat lelaki..
biarpun ada sahabat-sahabat ana yang ana kenal hanya setahun,tapi ana rasa bagaikan dah lama..Mungkin sebab kita ni mesra-mesra gitu..^_^..hehe..Berkata saidina Ali r.a.:

''Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat,dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang mensia-siakan sahabat yang telah dicari..''

Ukhuwah until Jannah..<3



Ada siapa-siapa yang pernah lalui jalan ukhwah dengan senang?.tak mungkin..sedangkan ana merasai jalan yang berliku itu.bukannya mudah..nak capai satu tahap betul2 ukhuwah kerana Allah itu perlukan pengorbanan bukan perlukan kekayaan..kalau berukhuwah hanya kerana kekayaan,sampai mati kekayaan itu tak pernah cukup..apa pun ana bersyukur sangat-sangat allah pertemukan ana dengan sahabat-sahabat ana ni..sahabat-sahabat di facebook dan blog pun ana tak lupakan...kalau bukan sahabat siapalah ana kan..:)

kalau nak ana bercerita pasal sahabat,mesti tak cukup masa ni..hehe...ok ana cerita sikit-sikit biar sahabat-sahabat ana di alam maya ni kenal siapa diri ana(tak la special sangat)..^_^..oh!Ana terlupa..ana tak ceritakan tentang keluarga angkat..(ana yang angkat sendiri.hehe)..ana panggil pakman dan makcik laila..pakman baik sangat dengan ana dan adik kembar ana..selalu ambil berat pasal pelajaran ana dan adik ana(kat anak dia pun dia tak lupa^_^..)pakman ni kerja di kantin sekolah ana..banyak sangat budi yang ditaburkan..mula-mula terasa takut termakan budi..masa ana dan sahabat-sahabat ana nak spm,pakman belikan kek untuk kami calon-calon spm..tahun ni bila ana dan sahabat-sahabat dah nak exam stam ari tu,pakman belanja macam-macam.Allah3....Ana doakan moga pakman dan sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan redho Allah s.w.t...(maaf,gambar pakman dengan isterinya tak ada..)

Seterusnya cerita mengenai adik-adik junior di asrama ana..kalau nak sebut nama di sini,mungkin banyak sangat..tak apa..dulu masa ana duk di asrama,ana rapat dengan adik-adik asrama...tak semua tapi ramai jugak..hehe..diorang ni selalu buatkan ana ceria walaupun ada kala sikap tak puas hati itu ada,Allah tahu kita jalankan tugas dengan baik...maaf kan kak na adik-adik yang dirindui..mungkin banyak khilaf kak selama ni..kak pun manusia biasa..kak sentiasa ingat pada hampa semua..dont worry..^_^...

adik2 junior yang nakal..sayang kamu semua..<3


bersama adik2 yang bakal menduduki spm pada 5.11.2012 ni..bittaufiq wan najah..^_^


bersama budak chikebom!!(Farahana)..hehe..sayang kamu budak comel..<3



Bila ada kehidupan,pasti ada kematian,bila ada kegagalan,pasti ada kejayaan dan bila ada kesedihan pasti ada kegembiraan..macam tu la satu persahabatan..bila ada pertemuan,pasti akan datang perpisahan..la budda pasti akan terjadi.siapa kita untuk menghalang takdir dari yang Maha Esa..hati ana sedih mengenangkan saat-saat manis kita bersama..akan ana sematkan dalam hati dan kanvas usang ini..ana tinggalkan cerita ini dengan kata-kata perpisahan..biar kita jauh asalkan hati kita dekat kerana Allah..<3<3..
Ana Uhibbukum Fillah...



FASTAQIM...
Pertemuan telah ditakdirkan...
Antara kita tidak pernah dirancang..
Manalah takdir hendak dilawan..
Semuanya ketentuan Tuhan...

Wahai Sahabat sematkan sebuah kenangan..
Antara kita tidak ada kejurangan...

Sahabat..Yang amatku kasihi..
Susah senang engkau disampingku..
Sentiasa menasihatiku..
Antara satu dalam seribu....



Inspirasi Islam..~Puteri Al-Farabi..~





















Sabtu, 27 Oktober 2012

SABAR...~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..cuaca yang baik,suasana tenang dan damai di dalam rumah..tiada tempat yang tenang lagi selain dari ''rumahku syurgaku''..kalau di dalam kubur,belum tentu kita tenang dan damai seperti di dunia...''Ya Allah..jadikan kubur-kubur kami seperti taman-taman syurga''..Allah3...

entry kali ni mengenai sabar...''ada yang kata sabar itu separuh daripada iman..sabar itu sifat bagi orang-orang yang beriman dan macam-macam lagi la...ya..ana nak sangat ada sifat sabar dalam diri walau ana tahu ana ni jenis yang panas baran(tak la teruk sangat).Bila ana masuk ke madrasah,ana dicaci,difitnah dan mcam-macam lagi,semua tu mengajar ana jangan cepat melenting..ana belajar menjadi seorang yang sabar walau rasa diri ini tidak mampu..T_T..Allah..sangat susah kalau kita nak buat kebaikan tetapi cukup mudah melakukan kejahatan...

enam tahun ana cuba pupuk dalam diri tentang sifat sabar..emak la pakar motivasi ana..mak tempat ana mengadu selain ana mengadu pada Pencipta Ana..(itu tetap yang utama).emak jadi pendengar setia ana..emak selalu berpesan:''biar orang kata kat kita,ambil benda tu sebagai pembakar semangat,bukan sebagai dendam''..mak...anakmu ni tak ada kekuatan macam mak...anak mak ni sangat2 lah lemah..T__T

jangan biar jiwa derita menanggung rasa..

alhamdulillah sekarang sikit-sikit ana dah mampu sabar dengan ujian,sabar dengan cacian..ana ambil jalan mudah..ana diamkan diri..''diam itu lebih baik dari berkata-kata''..kerana bila kita banyak berkata-kata,akan menampakkan kebodohan diri kita..itu jalan yang ana ambil..sampaikan orang yang memfitnah tu sakit hati..biarkan aja..jika kamu berasa itu memberikan keseronokan,teruskan tohmahan dan fitnah antum pada ana..Allah itu Maha Adil...ana percaya itu...tiada yang lain selainNya...

selepas 6 tahun berlalu dibawa angin bayu..ana sekarang diuji dengan keadaan emak yang sakit...Masa ana masih di asrama,ada dapat panggilan dari abang sulung ana yang mengatakan emak ana masuk hospital..Ya Allah...ujian buat ana lagi...kuatkah diri ana ni...ana mengambil keputusan untuk ulang-alik dari rumah ke sekolah untuk menjaga dan menemani buah hati ana..sekarang ni ana dah tidak ada tempat mengadu..emak ana dah tak berdaya untuk memberi nasihat..tiada lagi kata-kata hikmah dari bibirnya untuk anak-anaknya ini...Ya Allah...ujian apakah buat ana ini?ana ingat kata-kata dari ustaz ana..''Allah bagi ujian pada hambaNya kerana Allah tahu hambaNya dapat menempuhi ujian itu..Allah mahu hambaNya meningkatkan lagi keimanan pada Allah..Terimalah ujian itu dengan Redho..Allah tahu kemampuan hambaNya..''



doa solat tahajjud...

sekarang ni ana,adik kembar,kakak-kakak dan abang serta kakak ipar yang jaga mak..mak rapat dengan kakak yang no.4..kak ana pernah bertanya.:''chaq,kalau chaq kena jaga mak,chaq nak tak??..ana terdiam..ana nak jaga mak ana..tapi ana takut tak ada sifat sabar masa jaga emak..ya Allah...sabarkan hatiku..''insyaallah k.chik tapi chaq takut tak boleh nak sabar ja kalau mak buang air besar ke,chaq takut mak terasa hati..''...itu ja jawapan ana...ana tak mahu mak rasa kecil hati...



buah hati hidupku..T__T
Ya Allah..
Berikanlah kekuatan buat hamba-Mu yang hina ini.Engkau sempurnakanlah diriku sebagai seorang anak...
 Ya Allah..
 padaMU saja ku mohonkan pertolongan.. 
 tiada yang layak selainMu..
    Amin Ya Rabbal'a-lamin....







CERITERA SANG HATI..~~

Bismillahirrahmanirrahim....

''diri kamu apa yang kamu corakkan..''

Ya...dalam ana termenung seorang diri di jendela,ana lihat sinaran mentari menyinari bumi..terdetik di bibir,subhanallah!!maha suci Allah yang mencipta alam ini...ana renung matahari tu dalam-dalam..Ya Allah...sakitnya mata ni...T__T...mata ana dah pedih...:'(..panasnya matahari tidak dapat menandingi panasnya bara api neraka...tu baru bara,belum api neraka yang sebenar..Allahuakbar!..

Ana takut mengenangkan azabnya siksa neraka..tapi..ana tetap melakukan perkara yang dilarang oleh Allah..
Ana mengaku ana dididik menutup aurat,bertudung labuh,berjubah or berbaju kurung yang longgar dan ana berpurdah(baru ja pakai,tak sampai setahun)..pakaian ana ni boleh menutup mata-mata orang diluar sana mengenai zahir ana.Mesti diorang kata,solehahnya dia,cantiknya dia,waraknya dia..tetapi hakikatnya....................BATIN ANA TAK SAMA MACAM PEMAKAIAN ANA!!!...
dari segi zahir boleh tutup mata-mata manusia,tetapi dari segi batin tdak mampu menutup kekhilafan diri ana di mata Allah s.w.t....
dapat ka ana bertahan panas neraka sedangkan mata ana baru ja tenung matahari dah sakit?..Allah3...



bila malam menjelma..ana kembali ke jendela ingin mencari bulan...Alhamdulillah..malam ni bulan penuh...subhanallah...cantik bulan ni...bila ana renung bulan purnama,mata ana tidak sakit...lagi ana renung,lagi mata ana terpukau...Allah3...betapa indah ciptaan-Mu...ana saja tidak pandai mengucapkan syukur pada-Mu...

ana mahu jadi seperti bulan..apabila orang melihat,terasa damai.sejuk mata memandang,biar dari segi zahir dan batin..Ana mahu cantik di hadapan manusia,tambahan lagi ana mahu dipandang Oleh Allah s.w.t..pencipta Ana...ana nak jadi seorang srikandi Allah yang baik dari kalangan yang terbaik..ana mahu jadi anak yang solehah kepada kedua orang tua ana..ana nak jadi seorang hamba Allah yang berjuang demi agama...kerana Allah..Allah lah cinta Hidup Ana...:'(....


Al-quran pegangan hidup ana...sunnah adalah landasan ana menuju ke syurgaNya...


Rabu, 24 Oktober 2012

ANTARA HATI DAN PERASAAN,MANA YANG LEBIH UTAMA??

Bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah...dh selesai exam STAM pada hari selasa bersamaan 23/10/2012...hehe....happy??..ana tak tahu nak kata macam mana..ada kot sikit2..selagi result tak keluar,tak boleh nak cakap apa2...percakapan tu kan adalah doa..>_<...

antara hati dan perasaan....apa maksud hati??
hati ialah gumpalan daging yang berwarna merah hati....kita yang akan mewarnakan ia samada berkilat merah comel,atau hitam seperti arang...hati ni tempat akal bertapak...baru ana tahu akal itu bukan di otak,tetapi di hati...orang selalu kata,''nak buat satu2 benda gunakan akal''...kenapa orang kata macam tu?.ok..yang ana faham..hati ini memainkan peranan dalam tubuh manusia,bila kita nak melakukan sesuatu,pasti hati akan tergerak nak buat ke tak..itu adalah akal..lepas tu kita akan fikir baik dengan buruknya...Rasulullah s.a.w bersabda..:''dalam diri manusia itu ada gumpalan daging,jika elok tubuh badannya,maka eloklah daging itu,jika sebaliknya,maka hitamlah ia..''...

perasaan pula??
perasaan tu fitrah yang Allah s.w.t ciptakan buat makhluknya.fitrah berkasih sayang,cinta-mencintai,benci-membenci(fitrah ni tak elok,jangan ikut ya)..dan macam2 lagi....subhanallah..manusia tidak boleh menciptakan semuanya...Allah ciptakan kita dengan penuh kesempurnaan..tidak ada cacat celanya...
perasaan ingin bercinta dengan Allah dan Rasulullah...<3<3..

 mana yang lebih utama???
tentulah hati kita....perlu kita bersihkan jiwa dengan santapan rohani yang baik-baik...bila hati bersih,suci,insyaallah perasaan yang allah ciptakan buat hamba-hamba-Nya itu akan terlahir perasaan yang harmoni....allahuakbar...:)

maka...hargailah kurniaan HATI dan PERASAAN...
kedua-duanya tidak ada jual di kedai....>_<...

~keep istiqomah~.

Sabtu, 20 Oktober 2012

USTAZAH JATUH CINTA???~~



Ustazah jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.







Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.

#Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia.. :(








 

Jumaat, 19 Oktober 2012

Allah S.W.T yang membolak-balikkan hati manusia..:')..

Bismillahirrahmanirrahim..

''Saya berhijrah bukan paksaan dari siapa-siapa''..

Allahuakbar...hiba ana mendengar rintihan hamba-Nya yang insaf akan kekhilafan diri sendiri...siapa kita yang mahu menghukum..Allah lebih tahu...
hati ana dah lama kosong tanpa pengisian bacaan kitab lama dan membaca risalah al-ma'unah semasa menetap di hostel(masa zaman budak2)...lepas saja exam untuk minggu ni...dalam perjalanan pulang ke rumah,ana terlihat banner ni....tiba2 mata celik luas melihat banner tu..



ya!ini yang dicari..setelah sekian lama menanti,akhirnya inilah masanya ana nak mencari ketenanga dengan meninggalkan seketika urusan dunia..exam2 jugak,tapi santapan rohani takkan diabaikan....peace.!!..:D
masa awal tahun dulu ana pernah pi majlis2 seperti ni,pengetua bawa ke sana.dapat berjumpa dengan habib2 yang masyaallah..tak dapat nak gambarkan macam mana diri mereka..jauh berbeza dengan kita(bukan darjat)..:)..

tibanya hari khamis(semalam),ana,adik kembar dan kakak2 ana pi ke UNIKL Kulim,ana sampai lewat setengah jam,ana rasa terkilan sikit takut2 tak dapat tempat yang boleh menampakkan diorang berselawat..
Allah Maha mendengar,alhamdulillah,sampai ja di dewan tu,tak tahu nak masuk pintu mana,ada seorang ikhwan(mungkin petugas diorang kot) jemput kami untuk duduk di barisan hadapan(barisan perempuan)..alhamdulillah...syukur sangat-sangat...dapat la tengok live di skrin qosidah2 yang dipersembahkan...


Tanda kecintaan kepada Rasulullah S.A.W dan Allah S.W.T..


lepas dah habis berqosidah,diorang diajukan soalan untukmenceritakan tentang pengalaman diorang untuk berhijrah..masing-masing ada pengalama sendiri.Allah punya kuasa.daripada artis berkumpulan yang Top dan Glamour,telah membuat transformasi menjadi seorang alim,lelaki soleh khalifah Allah...Allah,Allah,Allah..akhirnya doa2 orang yang mendoakan keinsafan buat mereka telah di maqbulkan..
''saya tekad untuk berhijrah ketika mana saya bermimpi yang saya dah mati,tu baru nampak diri dah mati,belum lagi merasai mati...salah lihat diri saya macam bateri handset,makin lama,makin menurun,sampai dah tinggal satu bar..macam tulah diri saya dulu..saya tak dapat gambarkan jika saya mati dalam keadaan diri yang kosong!kosong tanpa cinta Allah dan rasulullah s.a.w...''...kata-kata dari syeikh Abdullah(Lah V,E)..


Lah V.E...tangisan seorang hamba Allah yang menginsafi diri...:'(




Siapa dapat menduga,mereka meninggalkan dunia artis@glamour tanpa gentar dari ugutan atau kata cacian orag-orang sekeliling mereka...Firman Allah S.W.T yang bermaksud..:''katakanlah(wahai Muhammad!):''wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa..Sesungguhnya,Dialah jua Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...(surah Az-Zumar ayat 39:53)..''

ana tertarik dengan kata2 dari syeikh azan:''ada orang kata dekat saya,ala....nak berhijrah tak payah la berpakaian jubah,serban bagai ni...berhijrah tu dah cukup la..saya tanya pada semua,kalau kita minat hip-hop,pasti kita akan meniru gaya penyanyi hip-hop tu dari hujung rambut sampai hujung kaki,nak menampakkan kita ni taat setia minat la katakan...macam tu jugak bila kita berhijrah,jika berhijrah tapi masih melakukan benda-benda yang tidak melambangkan penghijrahan kita,kita check balik diri kita...macam kiasan tentang satu gelas kotor,gelas bila kotor,kita tuang air yang jernih,orang tetap tengok kotor gels tu,tak tengok dah air yang jernih tu,mesti orang takkan minum..macam tu jugak manusia,bila dirinya dah insaf,berhijrah,tapi mash berpakaian yang tidak melambangkan dirinya berhijrah,orag tetap pandang kemaksiatan yang kita lakukan''...

Allah,Allah Allah...ana menangis mendengar ungkapan beliau..rasa kerdilnya diri ini..tidak disangka,betapa hebatnya orang yang beriman dan insaf.ana yang dari kecil dididik dalam agama yang kuat,masih punya kekurangan diriT__T....malu sangat-sangat..ana doakan mudah2an antum semua kekalkan imej dan dakwah yang di sampaikan...''sampaikanlah walau satu ayat....allahuakbar...


Umatku yang beriman adalah mereka yang mengingatiku dan mengamalkan sunnahku(Rasulullah s.a.w)..


Wallahua'lam...<3<3...perkongsian bersama...


Jumaat, 12 Oktober 2012

RINDU AKAN KAMU..~~

Bismillahirrahmanirrahim.....

rindu akan kamu...~~

ya..tu lah maudhu' ana hari ni..ana rindu pada dirinya...Ya Allah..ana teringin sangat nak jumpa dengan dia...nak rasakan angin-angin bayu(ntah2 angin panas kot,hoho) dekat dia..dapat ka ana nak jumpa dengan dia??..wah2..........................................tajuk HOT ni..hehehe...tak la..maaf la..ana bukan nak berjiwang karat2 ni...ana berjiwang seni orang muda2 kata.hehehe...:D...

sebenarnya...ana rindu nak jejakkan kaki ke mesir...masa ana umur 8tahun cita2 ana nak ke mesir..ana nak sambung mengaji di sana lepas ana habis hafizah(hafal quran) tapi tak kesampaian...ana sambung masuk sek.men.agama....lepas stam ni..ana dah buat perancangan..apa2 pun ana nak sambung ke mesir..ana lulus or tak ana nak ke sana jugak...ana dah rindu bau2 wangian cinta ilmu di sana...(nak ke sana jugak..:'(..)

dah termimpi2 naik kapal terbang ni....:D






ambik gambaq2 ni dekat my ukhti...



Ya Allah...nak ikut jejak kakak ana...dah dapat sambung belajar di mesir...siapa kata orang yang hafaz al-quran tak boleh sambung mana2??..semua tu tipu ja.gambaq2 semua ni ana ambik dekat kakak ana...dia dah rasa macam mana menuntut ilmu di sana..ustaz ana bagitau...kat sana syeikh2 nya ramai dan tak lokek dengan ilmu yang dipelajari..ana nak buktikan stam ni..ana nak buat yang terbaik...MESIR!!!!!!!!!!!!!!!Tunggu ana di ruang waktu....:D...ayat puitis tu..haha..



Allah Yang Maha Hebat dan Terbaik...Jika Engkau memilih ianya terbaik buatku,maka ia adalah yang terbaik buat diri hamba-Mu ini...

makin hari makin dekat....~~..T___T

Bismillahirrahmanirrahim......

salam sayang buat semua sahabat-sahabat ana yang rasmi or tak rasmi..asalkan kita kenal siapa diri kita..he...alhamdulillah..baru tadi selesai majlis jamuan yang diberi maudhu' ''Birthday STAM''..knapa panggil macam tu ye?..ha.ha....sebabnya.....minggu depan akan datang hari yang tak berapa pasti di tunggu2 or tak..huhu...:P..rasanya lama tak bukak my comel blog ni..rindu nak tatap dia..tapi rindu lagi nak berjihad di jalan allah...:D...

hari apa yg makin hari makin dekat tu??..hehe....tu saja nak buat gempak sikit...tak gempak pun tak pa..just baca ja ok...nak cerita sikit ni...semalam ana buat kek batik untuk jamuan hari ni...nak tahu buat dengan siapa?.ha...cek buat dengan anak cek la....




ha.....yang tolong ana tu yang sebelah kanan tu..nama dia nur khaulah al-azwar binti Mohd Heiri...si kecik tu anak yang ke-2,nama dia Nur nailah al-farafishah...ha...comel tak??..baik kata comel,kalau tak kena tarik telinga..hahaha...:D..ok..sambung cerita balik..masa ana tengah kacau coklat dalam kuali tu,ana tengok di belakang,mek khaulah tu pusing2 kan biskut yang ana patahkan dua tu sampai patah menjadi 4...ayoyo.....habis hancus biskut makchaq!!..T_____T...tapi nasib baik boleh pakai lagi biskut tu..tak pa khaulah...jangan risau..makchaq tak marah meh..makchaq kan mak menakan yang terbaik..~~..hehehe
last sekali,kek batik dah siap..tapi tak sempat nak ambik gambaq kek tu..sebab nya kek tu ada kekurangannya sikit..hehe...(eh!ni dah masuk cerita lain ni..hoho)

ok back to story real..(ntah betoi ke x speaking ni.main hentam ja!..:D)..antum2 semua jangan ingat ana tunggu hari pernikahan pulak?!..@__@...sebenarnya ana tunggu hari bila bermulanya ana akan berjuang..stam semakin hampir dah..doa2kan ana dengan kawan2 ana ye...rasanya mungkin lepas dua minggu ana exam,ana jumpak my comel blog ni balik ye...



anak2 menakan makchaq,doakan untuk makchaq na...buat masa sekarang tak boleh nak layan lagi kot keletah2 anak2 makchaq ni..lepas dua minggu kita main belasah2 lagi na..haha...:D..ok semua...doakan yang terbaik buat ana ya..k tata..salam..:)